Followers

Sunday, August 30, 2009

Episod Tunding Jari di Permatang Pasir

GEORGE TOWN: Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy...NST

Suka tak suka boleh ke tidak, pekara ini akan menjadi isu dan akan di bincangkan juga, mengenal pasti atau mencari sebab dalam bahasa lainya "Post Mortem". Sememangnya dari peringkat awal lagi saya dapat rasakan ada yang tidak waras dalam pemilihan beliau, kerana peringkat awalnya ada desa desus bantahan dari peringkat akar umbi, sepatunya dalam hal seperti ini si empunya diri harus memainkan peranan, kena jujur kena insaf, keikhlasan, kena muhasabah diri, kena mandi wajib segala agar kita dapat rasakan yang diri kita ini betul betul bersih dari segala kotoran dan harus merasa diri kita betul2 bersedia sebelum menawarkan diri atau di tawarkan oleh rakan2 seperjuangan, kita harus mengenal pasti diri kita dulu, siapa kita? sesuaikah kita? ini bukan pekara yang boleh di katakan main2 atau boleh cuba2 (Try,Test,cuba,tengok).

Tetapi bolehkah pekara ini juga di katakan pengajaran? kerana pekara yang berlaku secara berulang, tsunami PRU ke12 kita dah dapat banyak pengajaran mengenai pekara yang sama, bila kesilapan meletak pemimpin di setiap kawasan adalah menjadi salah satu punca, adakah pemimpin kita ini masih belum dapat pengajaran atau tidak belajar atau terlupa nak belajar pekara tersebut kerana terlampau banyak sangat tugasan negara?

Sampai bila peringkat akar umbi sahaja yang akan menanggung risiko setiap kali berlaku seperti pekara tersebut, risiko untuk membetulkan keadaan di peringkat akar umbi, kami di peringkat akar umbi ingin mencari pemimpin yang boleh memimpin bukan mencari pemimpin yang di pimpin.

Kepada Pemimpin yang sedia ada yang mungkin yang terlepas dari senario pemilihan kali ini, dengarlah rintihan kepimpinan di peringkat akar umbi kerana mereka lebih mengenali siapa yang harus berada di tempat yang tersebut? pemikiran rakyat bukan seperti dahulu lagi, hari ini rakyat melihat pemimpin dari segala segi, pengajian tinggi bukan ukuran lagi, pembelaan kepada rakyat itu yang utama.

No comments:

Post a Comment