Followers

Thursday, July 30, 2009

Dadah RM10j: Datuk antara direman


PULAU PINANG 29 Julai - Tujuh lelaki termasuk seorang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM10 juta awal pagi semalam.baca lagi

Malam tadi Berita jam 8 TV3, pegawai polis mengatakan ada orang dalam yang memainkan peranan dalam melepaskan kargo yang membawa dadah dari lapangan terbang di Pulau Pinang, tapi apa yang menarik kini adalah kadar jenayah melampau yang kini di tahap kritikal yang melanda pada dua buah negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat.

Dalam Pakatan Rakyat mereka menghalalkan pekara-pekara jenayah demi untuk memastikan mereka terus berkuasa, maka parti yang memperjuangkan islam kononnya kini hanya diam dan terpaksa akur atas dasar setia kawan kononnya yang telah di ikrar kan.

Saya percaya PAS adalah parti yang memegang pada janji, maka jangan lah kita berharap untuk mereka membuat ulasan dengan apa yang sudah melanda Pakatan, Allah Maha Mengetahui, selepas ini kita akan lihat Selangor kembali kejalan yang yang benar.

Tuesday, July 28, 2009

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.
baca lagi

Saya mengambil kesempatan ini juga ingin menyokong penafian yang di buat oleh Nik Aziz, memang saya saya nafi sekeras-kerasnya dan malah sememang saya tak percaya langsung dan memang saya tak percaya dengan Nik Aziz, sebagaimana dengan Nik Aziz yang boleh atau terpaksa berkawan dengan syaitan maka tidak mahulah pula saya katakan yang saya lebih percaya pada syaitan pula untuk menunjukan tidak percaya saya pada Nik Aziz. mungkin Nik Aziz saya jatuhkan nombor dua dari syaitan. maka kepercayaan wajib dan harus saya adalah lebih kepada janji-janji Allah SWT bukan Nik Aziz yang boleh menghukum sesama manusia, Nik Aziz bukan maksum pun.

Saya pun kadang-kadang hairan apa kelebihan PAS khususnya pemimpin mereka sehingga kita kena menghulurkan tangan, sedangkan kita tahu yang mana mereka-mereka ini mati hidup balik pun tidak akan menyambut tangan kita kalau sambut pun belum tentu ada keikhlasannya, kehairanan saya lebih memuncak oleh sikap pemimpin UMNO adakah dengan berjabat tangan dengan PAS adakah menjadi keutamaan kini.

Saya rasa hentikanlah gimmik-gimmik untuk berjabat tangan dengan pemimpin PAS , maka kepada mereka-mereka yang cuba mengaturkan atau ada consultant atau tender yang menjurus kepada yang kononnya untuk membina jambatan hatta cukup dengan berjabat tangan di antara pemimpin PAS dan UMNO harap berhentikan sahaja, kerana impaknya adalah kepada UMNO, kita hulur tangan pada ahli-ahli PAS dan UMNO adalah lebih molek lagi kerana ahli-ahli PAS dan UMNO adalah penentu, kepada pemimpin UMNO jangan lah membazir hanya kerana sebuah salaman, kita wujudkan program budaya salam dengan ahli-ahli PAS dan UMNO di peringkat akar umbi, ada masanya kita kena tangkap ekor untuk melemahkan kepala.

Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat

Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock -didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak. baca lagi

Merampas kuasa?...Rakyat Perak telah memberi kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, rakyat Perak telah mengadaikan kepercayaan selama berabad lamanya dengan kerajaan Barisan Nasional yang mereka tahu satu-satunya kuasa kerajaan yang telah menjadikan Perak maju dan jaya, tapi oleh kerana terlampau percaya dengan hasutan, janji-janji manis dan rayuan di tambah dengan masaalah ekonomi yang melanda negara ini menjadi tiket PR untuk menambat hati rakyat Perak yang tertekan dan berada dalam masaalah.

Hari ini kalau kita lihat semua negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat mula bergolak dan semua pergolakan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat adalah di sebabkan oleh kerajaan Barisan Nasional??....Di Selangor apa yang boleh kita lihat, kerajaan Pakatan masih meletakkan diri mereka seperti pembangkang dalam kerajaan Selangor, Kerajaan PR Selangor lebih suka mencari salah pembangkang (BN) daripada ingin menjayakan visi dan misi mereka. Kerajaan PR Selangor lebih suka buat demontrasi jalanan (pelik), ini pekara yang jelas dan nyata, yang boleh rakyat Selangor dapat rasakan kepincangan dan kelemahan dalam kerajaan PR.

Allah SWT Maha Mengetahui, mungkin hari ini Allah SWT sedang menghukum rakyat Selangor, Mungkin rakyat Selagor masih lagi dalam keliru, rakyat Selangor masih keliru untuk menerima kebenaran dan kenyataan, semoga rakyat Selangor akan di berikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana Rakyat Perak.

Monday, July 27, 2009

Saya Pengerusi

Assalamualaikum pada semua rakan yang melayari laman blog saya, mungkin sejak kebelakangan ini blog saya tidak ada perubahan dari segi berita penulisan dan komen, untuk pengetahuan rakan rakan semua kemungkinan masa untuk saya berada di hadapan PC sepanjang masa kini amat terbatas kerana pembahagian masa. semoga saya dapat berlaku adil dalam pembahagian masa.

Walaubagaimanapun di hati kecil ini amat memberontak untuk sentiasa berada di hadapan PC sepanjang masa bagi meneruskan perjuangan di alam siber yang tiada sempadan ini, apakan daya demi masa, sesungguhnya manusia ini tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Semalam saya baru selesai mempengerusikan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan saya merasa cukup bangga kerana persidangan yang saya pengerusikan tersebut berjalan dengan lancar sehingga saya tangguhkan kepada masa untuk di pemberitahuan kelak, ini adalah persidangan yang pertama yang saya jalankan selepas pemilihan lepas dan saya sedar banyaklah kelemahan yang saya perlu belajar dari pengalaman yang pertama ini, jujor saya katakan yang mana sebelum persidangan saya banyak membaca tatacara persidangan dan segala yang berkaitan dalam persidangan sehingga kepada meminta pandangan mereka yang arif dalam persidangan.

Hari ini saya ingin berkongsi semasa peristiwa ucapan penangguhan di mana kelantangan semua perwakilan yang ingin berbahas, purata yang berbahas itu tadi mereka memberi komen komen yang negatif terhadap ketua pergerakan pemuda dan juga kepimpinan Ajknya, tidak ada satu pun pekara yang positif terhadap kepimpinan ketua pergerakan pemuda dan juga kepimpinan Ajk, sehinggakan ada perwakilan yang menulis setiap inci kesalahan dan kebaikan yang di lakukan oleh kepimpinan Pemuda Bahagian dan di rungkaikan mengikut nada kekecewaan dengan kepimpinan Pemuda Bahagian, sehinggakan ada perwakilan yang berucap itu tadi menghadiahkan al-Fatihah dengan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, bagi saya ianya adalah baik kerana surah al-Fatihah ini boleh di hadiahkan kepada siapa sahaja, kepada hidup atau yang telah meninggal dunia atau apa sahaja keadaan, cuma kita tidak tahu apakah niatnya sahaja, adakah ingin mempermainkan atau ikhlas.

Perwakilan mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dan bagi saya sememangnya inilah masanya bagi perwakilan dan ahli di peringkat akar umbi membetulkan keadaan dan saya rasa setiap kritikan itu dalah satu pekara yang positif dan pergerakan Pemuda Bahagian harus menerimanya bagi membetulkan keadaan. Sebagai manusia kita tidak akan lepas dari melakukan kesilapan, tiada teguran yang membina kita akan terasa yang kita sentiasa berada di jalan yang benar, sehingga kita tidak sedar yang mana kita banyak melakukan kesalahan dalam kita melangkah.

Sikap Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang sentiasa berterima kasih dengan setiap ktitikan adalah satu sikap yang terpuji, tetapi harapan biarlah ada tindakan, sememangnya saya tidak akan nafikan yang mana kita akan lebih suka melihat kesalahan seseorang dari melihat dari segi kebaikan dan saya tidak akan nafikan dan saya percaya semua perwakilan juga bersetuju yang mana ada juga pekara kebaikan yang di lakukan oleh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tetapi mungkin tidak jelas, memang lumrah kita sebagai manusia kita ingin melihat pekara yang jelas dan nyata kepada kebaikan tetapi tidak kepada keburokan.

Semalam Kapal Pergerakan Pemuda UMNO bahagian telah berlabuh dan kerja kerja membaikpulih telah dijalankan segala karat-karat dan sopak-sopak telah di baiki yang mana warna-warna yang pudar telah pun serikan semula, setiap ruang stor yang kosong kini telah disikan semula dengan bekalan dan hari ini kapal Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sudah mula melayari semula. saya mendoakan semoga tahun hadapan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian akan berlabuh semula dengan membawa satu kejayaan yang akan lebih membanggakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Saturday, July 18, 2009

Di sebalik kematian Teoh Beng Hock

Apa yang sebenarnya berlaku? pertanyaan yang hanya boleh di jawab oleh mendiang Teoh Beng Hock, tapi pekara yang mustahil, orang yang sudah mati mana boleh menjawab, tapi oleh kerana itu yang hidup terpaksa menjawab untuk mendiang.

Pelbagai spekulasi dan andaian kini yang kita dengar, bermula dari penulis blog Raja Petra yang membuat adaian cara penyiasatan SPRM yang menjadi punca kematian, dan blog yang anti kerajaan menyalah kan UMNO dan BN yang ada konspirasi, walaupun bila difikirkan secara rasionalnya apa pula kepentingan politik BN dalam kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Andaian saya kematian Teoh Beng Hock sebenarnya adalah menunjukkan kepada kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri. mereka ingin menutup segala tembelang yang telah mereka lakukan, cakap tak serupa bikin, maka penyiasatan terhadap tujuh(7) ADUN DAP terhadap kes salah mengunakan peruntokan rakyat akan terbantut, rakyat kini beralih kepada kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, bijak sungguh permainan DAP, dan semua akan mengambil kesempatan dari kematian mendiang Teoh Beng Hock, termasuk lah Anwar.

Kita orang Islam tahu, membunuh diri adalah suatu perbuatan yang di larang dalam Islam dan mati itu adalah perjalanan terakhir bagi orang Islam sementara menunggu kebangkitan di alam barzakh, tapi bagi orang penganut agama lain kematian adalah bukan jalan terakhir, mereka percaya akan di hidupkan atau di lahirkan semula, sebab itu kalau kita lihat penganut agama lain akan memilih jalan mati sekiranya mereka berada di dalam situasi yang tertekan atau mempunyai masaalah. Saya percaya ini jugalah yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock,

Maka saya menyeru kepada semua orang melayu, saudara Islam khususnya yang berada dalam PAS dan PKR agar berfikirlah secara rasional jangan hanya kerana dasar perjuangan pakatan yang di menterai oleh mereka yang gila kuasa dan terpaksa mengadaikan maruah perjuangan parti yang tidak tahu sampai kemana hala tuju, dan kita terpaksa mengadai kan persaudaraan hanya kerana ingin menyokong secara melulu kepada satu prinsip kononya setia kawan, walhal orang melayu PAS dan PKR tahu kedudukan yang sebenarnya apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Tuesday, July 14, 2009

Lepas Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Meraban



SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”
Baca Lagi disini

PAS menang nyawa-nyawa ikan

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.baca lagi disini

Tahniah kepada jentera BN yang bekerja keras di PRK Manek Urai, walaupun BN kalah tapi menang dalam menambahkan sokongan pada BN dan mengurangkan sokongan kepada PAS, saya rasakan ini merupakan kejayaan bagi BN, maka bagi saya BN menang secara moral dan totalnya dan segala janji yang di buat oleh kepimpinan BN semasa berkempen amat moleklah kalau di kotakan, kerana separuh dari rakyat Manek Urai inginkan perubahan.

BN harus bangunkan Manek Urai dari pelbagai segi dan semoga Tuan Aziz Mat akan terus menjadi wakil rakyat BN dan bekerja untuk masyarakat di Manek Urai yang mengundi beliau. Sekiranya ini berlaku, saya percaya PRU 13 nanti Kelantan pasti akan bertukar kerajaan, Syabas BN.

TAKBIR.....

Azmin saran rombak Exco Selangor

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, sekali lagi bertegas dan mendesak kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PR, melakukan rombakan terhadap barisan Exconya bagi memastikan pembangunan negeri itu dilaksanakan secara lebih efektif.

Saya percaya beliau tahu apa yang sudah berlaku, kemelut yang berada di dalam kempimpinan kerajaan baru negari Selangor PR, yang sedihnya menjadi mangsa adalah rakyat, PR masih tercari cari formula untuk menyatukan padu kepimpinan, Pakatan yang mempunyai ideologi yang berbeza beza, masih lagi tidak mempercayai di antara satu sama dengan yang lain. sudah hampir 2 tahun memerintah tapi tiada rangsangan yang boleh di banggakan oleh rakyat Selangor, baik dari segala segi. Selain masih lagi meletak diri mereka seperti pembangkang dalam kerajaan sendiri.

DAP, PAS dan PKR sebenarnya di lahirkan atau di wujud hanya untuk menjadi pembangkang itu realitinya, bukan pemerintah, kerja mereka hanya mencari salah orang lain, kita boleh lihat dengan jelas, setiap kali perhimpunan di buat atau ceramah kerja mereka hanya mengutok, memaki hamun dan mengada ada cerita tanpa fakta. Tidak ada pun satu perhimpunan atau ceramah yang boleh memajukan Negara, yang menjadi hairan dan pelik pekara tersebut juga berlaku di negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat, dah menang tapi masih bimbang, macam tidak percaya kepada rakyat yang telah mengundi mereka.

Saya selalu berada di Selangor di Parlimen Ampang, saya ada juga terdengar masalah dalaman di antara YB Parlimen Ampang(PKR) dengan YB ADUN(PAS) dan wakil AhliMajlis(PAS)yang ada perlagaan di antara mereka dalam untuk berjuang kepada masyrakat dan dengar juga desas desus yang mana Wanita Bahagian PKR Ampang tidak seia dan sekata dengan YB Parlimen Ampang. malah dah mula menjuir bibir bilamana nama YB Parlimen Ampang di sebut depan mereka, maka bukan kata exco sahaja perlu di rombak, saya cadangkan PKR di bubarkan sahaja, kerana merosak kan penyatuan melayu.

Thursday, July 9, 2009

PAS Beri Rasuah


KALAU UMNO MEREKA KATA RASUAH.
KALAU MEREKA DIPANGGIL ARMALAH.
DASAR SETAN



MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...
TEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK MUKA SENDIRI...
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,BERCAKAP BOHONG,LAMA-LAMA hamPAS JADI PENCURI...

Itulah gambaran yang layak diberi kepada hamPAS.

Selama ini habis segenap desa dan ceruk hamPAS dok mengata UMNO rasuah. Tapi kalau mereka yang buat tak dinamakan RASUAH. Mereka namakan SEDEKAH/SUMBANGAN IKHLAS/ARMALAH.

Itulah hamPAS,lidah bercabang atau lidah setan.

Gambar diatas ini sebagai bukti jelas. Semalam hamPAS buat satu majlis di Pasti Manek Urai Baru. Mereka memberi RM 150 kepada tiap-tiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak yatim. Wang tersebut diisi di dalam sampul surat yang dipegang makcik tersebut. Makcik tu anak yatim juga kot....


Ruang Bicara Faizal

Kes Anwar ditangguh lagi

KUALA LUMPUR 8 Julai - Peguam Sulaiman Abdullah yang mengadu tidak sihat minggu lepas semasa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibekalkan semua dokumen berkaitan kes liwat pembantunya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Baca Lagi di sini

"Anwar akan melakukan apa sahaja agar dapat melewat lewatkan kes liwatnya itu, lepas ini apa lagi?, ada sembilan penguam, bagi anwar setiap kali perbicaraan semua penguamnya mesti hadir, sakit salah seorang perbicaraan akan tangguh, biar berani kerana benar, kalau terasa diri itu di pihak yang benar kenapa mahu di lewatkan, perkara yang baik harus di percepatkan.

Nik Aziz membohongi diri sendiri dan rakyat


Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqambaca lagi

"Nik Aziz akan terus melabelkan apa sahaja bagi menyakin kan penyokong nya dan rakyat yang mana perjuangan UMNO tidak berlandaskan Islam, seperti pernah saya perjelaskan, mereka yang lemah mental dan taksub sahaja akan percaya dengan pembohongan Nik Aziz, kalau kita renungkan dan akan jelas apa sahaja yang di labelkan kepada UMNO akan berbalik kepada PAS, apabila taksubnya sehingga ada penyokong menyatakan bilamana melihat gambar Nik Aziz seperti dapat pahala. macam sama dengan penyokong arqam.

Penyokong PAS ada yang menganggap PAS itu seperti Agama kerana PAS di pimpin oleh Ulama, PAS di samakan dengan agama, kerana yang mewarisi agama dari nabi adalah ulama, yang memimpin PAS juga ulama, agama guna al-Quran dan hadith, PAS juga mengunakan al-Quran dan hadith, maka taksubnya penyokongnya, mereka mengaggapkan PAS seperti agama, malah punya lah taksub sehinggakan bagi mereka melangkah atas lambang PAS pun berdosa besar, macam pengikut Ayah Pin je.

Dalam perlembagaan UMNO perjuangan untuk Islam berada di No.3 (fasa 3.3) tetapi dalam PAS no 5 (fasa5.1) dalam perlembangaan pun Islam di tempat 5. PAS tanpa segan silu malu dan tanpa melihat dan memikirkan akibat, terus mengunakan senjata Islam untuk menentang musuh politiknya (UMNO), yang jelas dan nyatanya Nik Aziz akan terus membohongi penyokongnya dan rakyat.

Wednesday, July 8, 2009

Ibu bapa marah pagar tabika dikunci lagi

MURID Tabika Kemas Taman Samudera, Gombak duduk
beralas surat khabar lebih dua jam kerana pintu pagar
dikunci pihak tidak bertanggungjawab, semalam.



KUALA LUMPUR: Seramai 43 murid Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Samudera, Gombak, di sini menunggu lebih dua jam di pintu pagar, semalam, selepas ia dikunci seorang wanita yang mendakwa mendapat arahan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
baca lagi


"Doa orang yang terinaya akan di makbulkan Allah SWT, ketabsuban berpolitik oleh ahli parti PAS sehingga sanggup membelakangi moral kehidupan sebagai orang Islam yang yang sentiasa berhemah tinggi yang sentiasa ada sifat kasih sayang kepada sesama manusia sebagaimana yang dituntut oleh agama tidak ada dalam perjuangan PAS. hanya kerana perbezaan politik sehingga kita sanggup bermusuhan di atara sama kita.


Perjuangan UMNO tidak sampai tahap pulau memulau, tapi kalau kita lihat di mana mana kawasan PAS memulaukan diri mereka sendiri, UMNO sentiasa berbuat baik dengan siapa sahaja dari azali penubuhan UMNO, malah UMNO sentiasa mnghulurkan tangan untuk mengeratkan tali siratulrahim.
Hal hal seperti ini lah yang harus di perbetulkan oleh PAS.


Anak-anak adalah amanah Allah SWT, kita harus memberi pendidikan yang terbaik buat mereka, tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka juga akan berusaha unutk memastikan anak anak mereka juga mendapat ilmu, kewujudan KEMAS adalah untuk membantu golongan yang tersebut. Kita belum nampak PAS berusaha untuk membantu golongan tersebut atau mencipta modul untuk membantu golongan tersebut.


Sebenarnya PAS sentiasa cemburu dan dengki dengan perjuangan UMNO dalam memastikan anak bangsa berjaya dalam kehidupan, sama samalah kita berdoa bersama sama dengan anak anak yang terinaya ini, sebagaimana yang berlaku di Terangganu.

Monday, July 6, 2009

Akan berakhirkah perjuangan Anwar


Apakah kali ini Anwar akan di dapati bersalah oleh makamah apabila meliwat saiful, maka akan berakhirkah karier politik Anwar?. saya percaya seluruh negara akan tertumpu kepada perbicaraan Anwar, lebih hangat dari PRK di Manik Urai, Penyokong Pemuda PKR merancang untuk membawa 5,000 penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur masa perbicaraan Rabu ini. di laman Blog yang anti PKR pula menganjur himpunan rakyat yang menyokong sdr Saiful yang terinaya seorang rakyat biasa yang perlukan pembelaan.

Dulu semasa mula mula Anwar di sabitkan dengan kesalahan meliwat ini beliau sebenarnya di dapati bersalah malah hakim makamah federal mengesahkan yang mana ada unsur unsur yang Anwar melakukan liwat terhadap mangsanya iaini SUKMA DARMAWAN SASMITAAT MADJA. Hakim kata juga adalah terdapat bukti yang mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homosexual semasa kejadian di Tivoli Villa memang sah berlaku. Kita boleh baca peranggan ini di laman web www.kehakiman.gov.my

Malah hari ini kalau kita lihat di YouTube juga kita boleh dapati video pengakuan sdr SUKMA DARMAWAN SASMITAAT MADJA yang menbuat pengakuan Anwar meliwat beliau, semoga kali ini Anwar akan mendapat pembalasan terhadap apa yang beliau lakukan selama ini, tapi adakah penyokongnya akan menerima apa yang berlaku kelak sekiranya Anwar di dapati bersalah? Sama sama lah kita lihat.

Awang Selamat: Melayu sudah diambang kejatuhan...

Kolumnis kontroversi, Awang Selamat, mendakwa belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah diambang kejatuhan.

"Bayangkan nasib Melayu nanti," tulisnya dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia, Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.

Awang Selamat mendakwa, belum lagi berkuasa, mereka (DAP dan PKR) sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu.

"Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi," tulisnya.

Menurutnya, sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang, khususnya DAP, yang menurutnya dibantu oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim "untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan".

Lebih menyedihkan lagi, tulisnya, perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin PAS, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menurutnya lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain.

"...kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya," tulisnya lagi.

Menurut Awang Selamat lagi, banyak lagi perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi raja yang kini didakwanya sentiasa diperlekehkan.

"Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa maknanya ini semua?" soalnya.

Katanya, selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, "selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu'.

"Saya terharu dengan keperihatinan penulis Awang Selamat dalam memperjuangkan hak hak, ketuanan, perlembagaan dan kuasa kuasa orang melayu, bangkitlah kawan kawan agar apa yang di war war kan oleh beliau tidak akan menjadi kenyataan....

Sunday, July 5, 2009

Teraniaya dan terpedaya


Hari ini kita di kejutkan lagi dengan pembabitan pelajar pelajar dari universiti yang membuat provokasi terhadap isteri Perdana Menteri, semua ini tercetus apabila penulis laman blog tersohor mereka Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan pembuhuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa klip video yang lebih kepada masaalah dalaman keluarga yang di perbesar besar oleh mereka yang terasa tersisih dalam keluarga dan tidak di beri perhatian oleh beliau.

Saya cuma ingin memberi komen mengenai pembabitan pelajar-pelajar yang boleh lah kita sifat mereka-mereka ini telah di aniaya oleh mereka mereka yang berada di sekeliling mereka dengan memberikan, menanamkan perasaan benci yang amat sangat kepada individu, pada hal mereka mereka ini sepatutnya di tanamkan dengan sikap cintakan umat dan saudara Islam.

Adakah dengan menconteng dinding, menyimbah minyak ini pratikal ke dengan status kita sebagai seorang pelajar universiti? tidak ada pendekatan lain ke yang lebih berhemah yang lebih mencerminkan kita ini pelajar sebuah universiti, bukankah banyak lagi ruang, pentas yang boleh di gunakan bagi menyuarakan sesuatu pekara dan pendapat.

Kepada pelajar-pelajar yang terbabit, berbaliklah semula kepada nawaitu kita, jangan hampakan keluarga yang berharapkan seorang anak yang berjaya di masa kan datang, tinggalkan dahulu pekara pekara yang boleh menjejaskan masa depan, masa masih panjang lagi, suatu saat masa akan merubah segalanya, manusia tak kekal. Jangan kita terpedaya dan di perdayakan oleh mereka yang berkepentingan diri semata-mata demi sebuah kepuasan yang belum tentu.

Nik Aziz Berhasrat Jumpa Najib Sebelum Berdebat

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.


" Kita dapat lihat hari ini kekalutan demi kekalutan yang telah Nik Aziz lakukan, mengkafir sesama Islam, memaki hamun sesama Islam, menuduh membuat fitnah, bercakap tanpa ada fakta, ikut sedap mulut, maka nilai-nilai keperibadian sebagai seorang ulama tergadai hanya kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan sesama Islam, demi untuk kuasa dunia.


Hari ini untuk menutup kelemahan yang ada pada diri yang di rasakan sebagai ulama tersohor di kelantan, maka permohonan untuk berdebat pula diluahkan, berdebat dengan bertujuan untuk menyatakan kepada rakyat yang mana kononnya PAS masih lagi perjuangkan sebuah negara Islam dan Hukum Islam, nak memberitahu rakyat yang mana PAS berada di landasan yang betul bilamana berkongsi kuasa bersama sama dengan parti DAP dan PKR.

Perdebatan kononnya berkisar kenapa UMNO tolak Islam?....Rakyat yang lemah mental seperti beliau sahaja yang boleh melihat dan merasakan yang UMNO menolak Islam, saya percaya masih ada ramai penyokong beliau yang mental tidak selemah beliau. Dunia mengiktirafkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, malah pemimpin kita dari kalangan UMNO telah di lantik di tempat yang tertinggi didalam pertubuhan Islam sedunia, saya juga adalah orang UMNO dan syukur alhamdulillah saya masih lagi boleh merasakan Islam tetap di perjuangkan. laungan Allah Maha Besar sentiasa berkemundang setiap waktu untuk menunaikan solat.

Pemuda Umno 'ganas'????

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN pembangkang, malam tadi.

Saya rasa dan berharap agar Pemuda UMNO jangan terikut-ikut dengan cara atau perilaku seperti yang di buat oleh pemuda PAS PKR dan DAP, biarlah mereka sahaja yang monopolikan keganasan, bukan UMNO, kerana UMNO sememang nya telah di kenali dengan perilaku yang berhemah dalam perjuangan, kerana perjuangan yang berhemahlah, maka UMNO sehingga kini masih mengekalkan satu-satu nya parti siasah orang-orang melayu yang masih memerintah negara, saya percaya provokasi-provokasi awal semmemangnya di cetuskan oleh pihak PAS dan DAP, bukan kita menidak kan apa yang sudah berlaku tetapi kita mesti juga meneliti peringkat awal kejadian.

Walaupun saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya memberi komen berdasarkan track rekod pembangkang dalam mereka menangani isu isu yang berbangkit, malah cara tindakan mereka yang ganas telah merugikan pelbagai pihak, termasuk negara malah kalau kita lihat yang terbaru bagaimana mereka menyerang instiusi beraja, secara seikologi secara mental, dengan mengunakan semua ruang yang ada, mungkin mereka tidak sedar bahawa itu juga adalah berbentuk kegaganasan.

Maka kepada pembaca apa sangat lah kalau setakat pecah sebuah meja yang tidak kita tahu kesahihannya, walaupun di akui, kalau nak di bandingkan dengan memecahkan belahkan umat-umat melayu.