Followers

Thursday, March 31, 2011

THE BAHALUL....DATO T.....


Memang tak dapat dibayangkan betapa meluatnya semua orang Melayu yang menentang ANWAR IBRAHIM....menyaksikan ANWAR IBRAHIM selamba sahaja berpesta di seluruh pelusuk negara berbekalkan 'bukti perut buncit sedikit dan 'tweet'...menafikan dia adalah pelakon video seks tersebut. Lebih malang lagi KERAJAAN BARISAN NASIONAL pula di tuduh sebagai perancang konspirasi untuk menjatuhkan ANWAR IBRAHIM tatkala PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK bakal berlangsung. Semuanya gara-gara kebodohan DATO T menggertak ANWAR IBRAHIM....!!!DATO T...mana dia sidang media perletakan jawatan ANWAR IBRAHIM dalam PKR..dah lebih 7 hari ....MANA DIA....!!!!!



BACA LAGI DISINI

Wednesday, March 30, 2011

PEMBONGKARAN KHAS UMI HAFILDA


CERAMAH UMUM PEMBONGKARAN KHAS UMI HAFILDA

PADA HARI AHAD
3 APRIL 2011,
JAM 9.00 MALAM,
BERTEMPAT DI MEDAN SELERA PERJIRANAN 9. TAMAN AIR BIRU, PASIR GUDANG, JOHOR

DATANG LAH BERAMAI-RAMAI, KITA DENGAR SECARA TERUS SECARA TELUS DARI UMI HAFILDA

Friday, March 25, 2011

`Anjung Singgah' Pusat Transit Golongan Gelandangan


Untuk Kebajikan kemudahan Umat Rakyat Masyarakat maka pemimpin UMNO/BN boleh memikirkan untuk membina Sebuah pusat sehenti itervensi bagi menangani isu masyarakat gelandangan di ibu negara yg telah siapa siap untuk memulakan operasi bagi menangani isu golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan, pusat itu yang akan menyediakan perkhidmatan secara holistik bakal menjadi titik penting dalam sejarah kebajikan negara.

Pusat sehenti intervensi ini dinamakan sebagai Anjung Singgah. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kegunaan golongan gelandangan sebagai pusat transit. Pusat sehenti ini akan ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara, YKN.

Ps: Yakin kan aku umat rakyat masyarakat apa yang pemimpin Pakatan Rakyat yang dah buat fikirkan unutk masaalah umat rakyat masyarakat di 4 buah negeri yg mereka pimpin hari ini selain rakus menyusahkan ada ke pekara yg boleh di bangga kan…??

Thursday, March 24, 2011

MCA kesal kenyataan Nazri

MCA kesal kenyataan Nazri
KUALA LUMPUR 23 Mac – MCA kesal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam satu temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina semalam yang didakwa tidak bertanggungjawab dan bongkak.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Nazri dalam laporan yang disiarkan hari ini menyifatkan MCA ketika ini umpama isteri yang tidak mempunyai suami.

Malah, dakwa Tiong Lai, Nazri turut membuat cabaran kepada MCA agar keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak bersetuju dengan gabungan itu.

“Kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab tetapi kami faham bahawa itu hanya pandangan peribadi beliau dan tidak melibatkan UMNO secara keseluruhan.

“Apa pun kami akan membawa perkara ini kepada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang. Terpulang kepada BN untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir, dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Datuk Chor Chee Heung di samping Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong serta Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Yen Yen dalam pada itu mendakwa perkara tersebut sudah dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan apa yang dinyatakan Nazri itu adalah pandangan peribadi beliau.

WAN AZIZAH MINTA CERAI...??



Seorang ahli perniagaan, Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari.

Khairuddin Abu Hassan (yang bertanda bulat) adalah anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan sepupu Anwar Ibrahim. Arwah Sulaiman Palestin pernah berpesan kepada Khairuddin supaya menghalang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.baca di sini

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama Ku


Skim rumah pertama ku merupakan lagi satu kejayaan kerajaan pimpinan UMNO/BN dalam merealisasikan dan membantu impian golongan muda. Kalau dulu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah selalu garu kepala bila memikirkan bab nak beli rumah.Halangan terbesar biasanya ialah soal wang pendahuluan pinjaman perumahan 10 peratus. Kini mereka boleh masuk ke lebih daripada 20 institusi kewangan untuk mendapat pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah.

Ini berikutan pelancaran Skim Rumah Pertamaku petang Selasa oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd. Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

PM juga berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia," katanya. Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya