Followers

Friday, November 19, 2010

PENIPUAN PAS DAN NIK AZIZ


Sebenarnya Pas bukan setakat menggunakan GMC sahaja yang memfitnah UMNO bahkan dalam menggugatkan kepercayaan orang Islam terhadap UMNO dan menafikan perjuangan Islam UMNO mula berlaku pada bulan Ogos 1963 iaitu Dewan Ulamak PAS Kelantan telah merekacipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau sekurang-kurangnya haram”. (Kenyataan boleh lihat dalam Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984).

Hukum seperti ini adalah sebenarnya PAS telah mengharamkan perkara yang harus.

Sebagai bukti pada akhirnya sekarang ini PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (sila lihat Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999).

Oleh itu terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO.

Ketika mula mengkafirkan UMNO pada tahun 1963 dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan dan sesuai dengan maksud ayat al-Quran “KHUSYUBUN MUSANADAH” yang disebut dalam ayat 4 surah al-Munafiqun sebagaimana maksudnya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan dan tingkah laku mereka; iaitu badan mereka yang segak, pakaian mereka semacam orang Islam tulen, dan tutur kata mereka pula yang manis serta senyuman mereka yang menawan; dan apabila mereka berkata-kata di dalam majlis perjumpaan denganmu, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya, lantaran manis dan petah bercakap mengenai ayat al-Quran dan Hadith. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar di tepi-tepi dinding, batang-batang kayu yang tidak mempunyai akar atau tunjang dan tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki, bahkan selalu berputar belit hukum-hakam dan kerja-buat mereka. Dalam hal ini mereka tidak ubahnya seperti bayang-bayang kosong sahaja. Kerana merasai bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka tiap-tiap jeritan atau riuh rendah yang didengar oleh mereka, adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, oleh itu berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya sendiri daripada kebenaran? (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-MUNAFIQUN)

Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan Nik Aziz telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, walau bagaimana pun kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. Kerana dulu orang Pas kata menyokong UMNO menjadi Kafir, kini telah berubah menjadi sesat atau tidak akan masuk syurga sahaja. Yang anehnya ada manusia yang boleh percaya hukum tersebut sedangkan syurga atau neraka bukan hak mutlak kepunyaan Nik Aziz.

Firman Allah yang bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)

Sebenarnya gabungan antara kaum tajaan PAS dan PKR hanya sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival agama atau bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.

Dipetik dari komentar pembaca dalam blog kickdefella

Monday, November 8, 2010

Monyet dapat bunga

PAS adalah perjuangan yg zalim macam komunis, mereka sedar tahu perasan yg mereka sebenarnya sedang menyerang orang Islam yg memerintah dengan baik, mereka rakus tamak haloba merampas pada pemimpin islam yang telah terang2 membangunkan negeri dan negara dengan perjuangan dan titik peluh serta semangat cintakan Agama .Bangsa dan Negara.

Sebenarnya tidak ada apa yang tidak baik dengan kerajaan UMNO/BN, tetapi PAS mencipta keburokan dari kebaikan, mencipta persepsi dari realiti, mencipta kezaliman UMNO/BN konon nya perlu di perangi dan hari ini Allah tunjukkan perjuangan belang PAS sebenarnya yang hanya tahu memperguna menghina Islam dan secara jelas atau tidak PAS telah meletakkan Islam itu di bawah telapak kaki mereka.

PAS sebenarnya tidak mampu memimpin tidak mampu merencanakan hatta pada negeri yang sedia ada dan sempurna, umpama "monyet mendapat bunga", PAS kini antara sedar atau tidak sebenarnya sedang menghancurkan memperdagangkan menzalimi Agama, Bangsa dan Negara bagi survival politik sempit pemimpin mereka yang tidak tahu apa makna perjuagan sebenarnya.

Apa yanga PAS perjuagankan?? Islam ?? Kuasa ??

Monday, November 1, 2010

PAS BUKAN PARTI ALTERNATIF ISLAM



HARI demi hari orang Melayu disajikan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti Pas, hal ini bukan sahaja berlaku setiap kali menjelang sesuatu pilihan raya bahkan berlaku sepanjang tahun.

Daripada perbuatan khianat, berbohong, sanggup menjadi pecacai DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain hatta sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik!

Lihat sahaja 'tingkah laku islamik' yang dibawa oleh Pas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas.

Itupun nasib baik PKR, sibuk berkempen di Batu Sapi, jika tidak, aksi kolaborasi Pas dan PKR setiap kali melakukan jimak politik akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba!

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak.

Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.

Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam.

Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!

Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!

Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik! Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik.

Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin! Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!

Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008. Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!

Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam. Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!

Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian. Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!

Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya. Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam!

Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?

Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!

Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.

NORHISYAM MOHAMAD

Kuala Kedah