Followers

Saturday, May 12, 2012

BERSALAM TANGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG HALAL KAHWIN?

KEUNGGULAN ISLAM



Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka  Qardhawi telah merumuskan untuk kita.

Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa
Semasa).bab wanita dan kekeluargaan

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan.

Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh.

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram, Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang.

Kesimpulan:
Perbezaan pendapat ini telah membawa masalah kepada masyrakat kepada kita. Mengapakah terdapat perbezaan pendapat ini? Setiap fatwa yg dikeluarkan oleh sesebuah badan yg berkuasa pasti telah menjalani satu proses yg terperinci. Maka setiap badan itu menggunakan dalil dan ijtihad mereka berdasarkan al-quran dan hadis. Persoalannya, yang manakah harus kita ikuti?
Tidaklah sepatutnya menjadi masalah sekirannya kita berada di Msia yang mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai. Sepatutnya meeka mengetahui bahawa bersentuhan secara sengaja antara lelaki dan perempuan yg halal berkahwin adalah sesuatu yg mesti dielakkan. Maka sekiranya kita menolak utk bersalam dgn seseorang, seharusnya dia memahami.

Bagaimana pula sekirannya kita dihulurkan tangan di tengah2 khalayak ramai, contohnya majlis penyampaian hadiah. Di dlm soal ini, sekirannya kita telah mengetahui bahawa kita akan menerima hadiah dan org yg menyampaikan hadiah itu bukan muhrim kita dan dia menghulurkan tangannya, kita boleh membuat persediaan awal seperti memakai sarung tangan. Sekirannya kita tidak bersedia(tidak tahu akan menerima hadiah), maka tidak mengapa utk kita bersalam dgnnya dengan syarat org lain yg menghulurkan terlebih dahulu. Kerana sekirannya kita menolak di khalayak ramai, pasti dia akan malu. Dan telah sepakat ulama mengatakan haram menjatuhkan maruah org lain. Manakala bab bersalam ini terdapat pendapat yg membolehkannya seperti disebut diatas.

Walaubagaimanapun, kita semestinya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dr perkara2 seperti ini. Kerana telah berfirman di dalam al-quran bahwa sesiapa yg berusaha ke jalan yg benar, Allah pasti akan membantu kita. WA.

BAB UMUM, ISTILAH DAN MAZHAB

Tuesday, May 8, 2012

Surat Terbuka Anggota Polis Kepada Asri Zainul Abidin

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,

     Yang Berbahagia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr atas kiriman warkah ini. Saya tidak mengharap pun Dr. membacanya apatah lagi membalasnya. Sesungguhnya saya tidak layak berbicara dengan Dr apatah lagi mahu berhujah. Seikhlasnya, surat ini hanya luahan hati seorang anggota polis yang juga rakyat negara tercinta ini.

    Membaca tulisan Dr. Saya merasa terpanggil untuk membalas juga menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Dr dari kaca mata saya seorang anggota polis. Oleh kerana warkah ini dimuatkan dalam facebook fanpage Dr pada 3 MEI 2012, saya yakin apa yang Dr katakan dalam warkah tersebut berkait dengan Perhimpunan BERSIH pada 28 APR lalu. Sekiranya bukan, saya tetap merasakan ianya releven dengan perhimpunan tersebut.

    Saya juga akan menjawab dari konteks yang sama kerana saya berada di sana pada hari tersebut. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr atas keperihatinan Dr terhadap kami anggota polis ini, terasa sangat berbangga juga terharu apabila seorang yang tersohor, idola dan contoh kepada jutaan umat manusia di negara ini sanggup meluangkan masa sibuknya untuk menulis kepada kami. Saya pasti, saya amat pasti tiada kerjaya lain yang mendapat perhatian Dr sepertimana Dr memberi perhatian kepada kerjaya polis ini. Terima kasih Dr!

 Yang Berbahagia Dr,

 Saya bukanlah seorang yang terpelajar seperti Dr, mempunyai gelaran Prof atau Datuk jauh sekali..cuma sesekali orang memanggil saya dengan gelaran Tuan, kadangkala Encik..ada juga yang suka memanggil kami ANJING. Apa pun panggilan kepada saya dan kami anggota polis, komitmen dan seluruh jiwa raga kami adalah untuk melihat ketenteraman dan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara. Yang Berbahagia Dr, Saya akur dengan penjelasan Dr tentang bahaya kuasa ini. Kuasa boleh disalahgunakan, menindas orang yang lemah serta menzalimi orang yang tidak bersalah. Mungkin kerana itulah, pihak polis yang diberi kuasa ini sering dipersalahkan, dituduh juga dicerca denga tuduhan yang berbagai. Walaupun Dr tidak menyatakan dengan jelas namun saya dapat membaca apa yang Dr maksudkan. Apa pun, saya menghormati pendirian dan pandangan Dr. Cuma saya agak terkilan kerana Dr hanya melihat bahaya kuasa ini dari kaca mata seorang peserta perhimpunan, bukan dari kaca mata rakyat secara keseluruhannya. Mahupun dari kacamata pihak polis yang sedaya upaya mengawal perhimpunan itu. Saya juga sangsi adakah Dr diberi peluang untuk melihat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut. Saya juga agak terkilan kerana tiada satu pun kata-kata Dr yang menyanggah tindakan peserta perhimpuan tersebut sehingga memaksa polis bertindak sebegitu rupa.

 Yang Berbahagia Dr.

 Ingin saya memetik kata-kata Dr yang Dr tujukan kepada kami anggota polis: “Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya”. Dr yg saya hormati, daripada perenggan ini, saya simpulkan bahawa mungkin Dr diberitahu bahawa anggota polis yang bertugas memukul peserta perhimpunan yang mana menurut pandangan Dr adalah rakyat yang tidak bersalah. Sebagai seorang pegawai polis yang berada di sana, tidak dapat saya nafikan bahawa tidak mungkin sesuatu tangkapan itu boleh dibuat tanpa kekerasan. Harus juga kita bertanya kepada diri apa yang memaksa anggota polis bertindak sebegitu rupa. Sekiranya tiada provokasi dari peserta mahupun engkar larangan, adakah polis dengan sewenang-wenangnya akan melakukan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan ini?

 Yang Berbahagia Dr,

 saya dan kami anggota polis yang bertugas, seawal diarahkan untuk mengawal perhimpuan tersebut tidak pernah sekalipun terniat atau terlintas difikiran untuk memukul mahupun menzalimi peserta-peserta perhimpunan. Doa kami hanyalah supaya perhimpunan itu berjalan lancar dan bersurai seawal mungkin, agar tiada insiden mahupun kecelakaan berlaku sepanjang penugasan kami. Tetapi Allah lebih berkuasa, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dalam sekelip mata kekecohan berlaku akibat kedegilan peserta yang mengikut arahan individu tertentu, melanggar halangan menuju Dataran Merdeka. Percayalah Dr, sekiranya arahan untuk tidak memasuki Dataran Merdeka itu dipatuhi, saya yakin, malah saya amat yakin tiada insiden mahupun kecederaan akan berlaku.

 Yang Berbahagia Dr, 

Mungkin Dr ada melihat melalui video atau televisyen perilaku peserta-peserta ini. Mungkin Dr ingin memperkatakan sesuatu tentang perilaku mereka. Kerana perjuangan, mereka hilang kewarasan, hilang harga diri malah hilang rasa hormat terhadap orang lain. Tidak perlulah saya mengulangi lagi apa yang peserta-peserta ini telah lakukan demi perjuangan mereka ini. Dari pandangan saya yang pendidikan tidak seberapa ini, saya kira Dr juga perlu lebih menyeluruh dalam hujahan Dr. Sebagaimana Dr menegur kami anggota polis, perkara sama juga perlu Dr lontarkan kepada peserta-peserta perhimpunan ini. Moga dengan nasihat dan teguran Dr, tiada lagi laungan polis anjing mahupun tindakan meludah kepada anggota polis akan berlaku dalam aktiviti mereka selepas ini.

Yang Berbahagia Dr,

 Kami anggota polis hanya mahukan ketenteraman ibu kota terpelihara dan hak-hak rakyat yang tidak menyertai perhimpunan itu juga terus dibela. Ada yang menjustifikasikan hak mereka untuk berada di Dataran Merdeka pada hari itu adalah semata-mata kerana mereka pembayar cukai. Tidakkah mereka pernah terfikir jutaan lagi rakyat yang tidak mahu mereka berada di situ juga membayar cukai! Yang Berbahagia Dr, Sepertimana mereka, kami anggota polis juga adalah rakyat. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pengundi. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pembayar cukai. Akhir kata, terima kasih atas teguran, doa dan panduan Dr. Moga Dr terus dilimpahi rahmat dan kesihatan untuk menulis dalam ruangan seterusnya. Terima Kasih. Dari..Kami Juga Rakyat Malaysia    Info disini