Followers

Wednesday, August 26, 2009

BN akan kaji punca kekalahan di Permatang Pasir - Najib

KUALA LUMPUR 25 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) telah mencuba yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu.

Saya masih dapat merasakan yang mana pemilihan untuk bertanding masih lagi di hantui oleh orang2 yang tertentu, pemilihan yang masih lagi tidak mengunapakai di peringkat akar umbi yang lebih memahami dan lebih mengetahui ciri ciri kepimpinan yang sepatutnya di letakkan di setiap ADUN atau Parlimen.

Saya tidak faham dengan sikap kepimpinan yang berada di atas yang masih melakukan kesilapan yang sama, apakah kali ini peringkat akar umbi akan merombak secara keseluruhannya? Kenapa tidak gunapakai pandangan di peringkat akar umbi? ujung2 kita mesti sedar yang mana perlantikan di peringkat tertinggi adalah bermula dari bawah.

Saya Harap Datuk Seri dapat mengubah percaturan dengan mengunapakai pandangan dan cadangan dari peringkat akar umbi. Adakah menjadi kesalahan kalau pemilihan itu terdiri hanya dari ahli biasa sekalipun tapi mempunyai potensi dan latarbelakang yang baik untuk kita wakilkan bagi menjadi ADUN? Apakah ianya mesti dari kalangan Bahagian sahaja?

Aapapun bagi saya pandangan dari akar umbi harus diberikan keutamaan.

No comments:

Post a Comment