Followers

Saturday, November 12, 2011

Melayu Pulau Pinang Tertindas....??



Jika sebelum ini di pulau pinang kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kali ini penarik beca pula berbuat demikian…kenapa ya..??

Mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) penarik beca yg di iring dgn 50 ahli pertubuhan NGO melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'….kenapa ya..??

Penarik beca itu rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang di dakwa meminggirkan kebajikan mereka….dari segi apa ya..?? mereka menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan selain mereka nak perhentian beca…?? Ni kira janji pilihanraya tak di tunai kan ke,,,??

Ini yg realnya….Penarik beca ni berarak dgn memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE Anti Melayu',…kenapa ya..?? pulau pinang dah tak selamat ke bila di perintah oleh DAP…?? Sekarang baru tahu..kan…byk hikmahnya selepas PRU12 ni kan…UMNO tak kalah..InsyaAllah.

Utusan Malaysia OnLine

Monday, October 31, 2011

ABDUL AZIZ BARI TERUS BANGANGKAN SULTAN SELANGOR.....??

Oleh kerana pergantungan nya di tarik balik kerana kononnya desakan dari anak2 didiknya yg kencing lari berganti-ganti dan juga sokongan dari Pakatan PgayR dan PAS terhadap seorang ilmuan yg mengajar Law di sebuah pusat pengajian antarabangsa UIA yg di gelarkan Profesor kangkong Abdul Aziz Bari, sekali lagi menunjuk kan keangkuhan kesombongan kegoaannya dgn terus menerus mengulangi pendiriannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan dengan dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Sambutan PAS Perak 60 Tahun di Masjid Tinggi, Bagan Serai Perak pada 29 Oktober 2011

Apa masaalah Profesor kangkong ni, dia nak berlagak macam setiausaha politik MB Selangor..?? macam dia bekerja dengan MB Selangor..?? Apa yg nak di tunjukan....?? dia nak bagitahu rakyat Selangor yg mana rakyat Selangor mempunyai Sultan yang bangang ke....?? yang pendek akal macam dia...??. Tak mungkin dia tak tahu yg mana Baginda bukan berseorangan dalam membuat tindakan, adil ke Profesor kangkong ini terus menerus menyerang Baginda, yg mana dia bebas kesana sini mempertikaikan baginda sedangkan baginda terikat dgn protokolnya, yg menghairan kan MB Selangor sendiri terus membiarkan profesor kangkong ni mengutok baginda bagi pihaknya, kononya atas dasar hak rakyat bersuara, walaupun dalam masa yg sama MB Selangor itu sendiri dan Rakyat Selangor amnya menjunjung kasih dgn titah Baginda...??

Tak mungkin dia tak tahu yg mana MB Selangor Khalid yg dah langgar tindakan Jabatan yg di bawah naungan Sultan Selangor sebagai ketuanya, dengan terus menuduh JAIS salah dengan tindakannya dan sebelum ayak berkokok esok paginya MB dah menyusun jari memohon maaf pada penganjur yg di katakan ada cubaan memurtad orang Islam, sebelum siasatan di laku kan, yg realnya Exco jabatan terbabit Hassan Ali pun sama terbabit dalam serbuan tersebut, ini lah yg di persoal kan, kelemahan MB Selangor yg di bawah parti PgayR yg beragama Islam yg tunduk dengan agama lain, adakah ini pemimpin Islam yg kita nak sandar demi Agama, bangsa dan tanahair...??

Friday, October 21, 2011

HANYA KERANA NAK MENANG-GAJI-ELAUN


Apakah kelak ini juga akan berlaku dalam negara Kepada pemimpin negara..?? apakah ini sikap yg terbaik yg bertamadun yg berhemah, atau ini kah juga yg di katakan dari ketentuan Allah atau bisikan Syaitan...? adakah selepas ini ia akan menjadi lebih baik lagi khususnya kepada perjuangan yg di katakan kerana Islam...?? untuk Islam...?? Syaitan pun merasakan dirinya lebih baik dari makhluk lain...

Bermula dgn mendoakan kehancuran kepada sdr2 Islam, mendoakan pecah perut, dipraktik kan pula dgn demo2 jalanan bagi merealisasikan impian nak berkuasa,gaji dan elaun, dgn bertujuan nak menghuru harakan keadaan walaupun dgn alasan kononnya aman dan yg lebih menjelik kan lagi bila ada provokasi2 yg menghasut menyeru mengajak umat melakukan pekara yg lebih jahat lagi iaitu dgn cara membunuh pemimpin.....??

Saya beterima kasih kepada pemimpin2 yg terdahulu, sekarang dan InsyaAllah akan selamanya yg telah meletak kan negara di antara yg terbaik di atas muka bumi Allah ini sehingga kan boleh berkongsi rezeki dgn umat rakyat masyarakat dari negara2 lain, Syukur Alhamdulillah semoga Allah sentiasa merahmati bumi bertuah ini dan semoga Allah akan sentiasa memberi hidayah kepada pemimpin2 UMNO/BN

Firman Allah " Adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan begitu sahaja sesudah mereka mengatakan : " Kami sekelian beriman." sedangkan mereka tidak di uji..?? Dan sesungguhnya Aku ( Allah) telah menguji org yg sebelum mereka itu, maka sesungguhnya Aku mengetahui orang yg benar dan orang yg pendusta"...al-Ankabut 29

Friday, August 19, 2011

ADUAN DARI ORANG ISLAM SENDIRI…..??


Dalam isu larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang Ketua Menterinya Lim Guan Eng menegaskan “Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak harus dipersalahkan kerana ia diputuskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri. Kenyataan ini keluar bila berlaku simbah cat dan membakar pejabat DAP di Pulau Pinang.

Katanya lagi “Keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri ini diputuskan berikutan ada aduan daripada orang Islam sendiri, jadi ia tidak ada kena-mengena dengan DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2011 di Putrajaya, hari ini.

ADUAN DARI ORANG ISLAM SENDIRI…..?? kata Lim Guang Eng..?? macam tak percaya pula ada org Islam pulau Pinang sendiri yang membantah, apa nak jadi dengan orang Islam pulau Pinang..?? mana pergi sensitivity umat2 Islam di Pulau Pinang..?? apatah lagi di bulan yg mulia, bulan yg penuh Barakah, bulan yg mengharuskan kita orang Islam dengan memperbanyak kan membaca, mendengar ayat2 suci al-Quran. Adakah ini juga salah satu dari sessi dari program2 untuk memurtadkan org2 Islam di seluruh negeri pulau pinang secara besar besaran dan secara kecil kecilan di negeri Selangor..??

Kita bukan menidak kan fatwa bukan menidakn kan tindakan JEIPP atau apatah lagi nak menolak al-Hadis yang jelas menyatakan keperluan kita yg tidak boleh memperkuat kan suara kita dalam ibadat yg sampai boleh menggangu jemaah2 serta orang2 di sekeliling, Cuma apa yg nak di pertikaikan kenapa sekarang..?? kenapa di zaman pemerintahan kononnya ala khalifah Lim Guan Eng al-Rasyidin oleh PAS….??

Friday, August 12, 2011

SYAITAN DAH MAKBULKAN DOA SAHABAT - SAHABAT NYA......??


Selepas Hasan Ali di kecam teruk oleh PAS sendiri kerana menyokong tindakan JAIS memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama kini di maklumkan menerima nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yg di katakan telah menerima tekanan hebat dari pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ akibat dari kenyataan dia bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa..??

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”. Mereka menganggap endirian Nasrudin berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas.

Sementara itu kepada rakan2 khususnya sdr2 ku dalam PAS marilah kita baca dah cuba buat ulasan mengenai cetusan hati Ketua Pemuda PAS ini di laman blognya http://www. eperjuangan.com …….“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.


Yang jelasnya PAS dah tak ada jati diri perjuangan. PAS kini jadi lebih berbahaya dan pasti akan merosakkan Islam itu sendiri kerana nak kan berkuasa kononya dgn kuasa nanti PAS akan mengapai cita2 mereka. Oleh kerana sibuk nak berkuasa, sehingga Nik Aziz berkata, “dengan syaitan pun PAS sanggup berkawan” bagi saya ia bukan ungkapan dari seorang ulama yg di katakan pewaris Nabi tapi ungkapan dangkal dari seorang manusia lemah yg sedang beremosi yg bercita2 tinggi, Nik Aziz sedar yg mana syaitan adalah makhluk yg di laknat Allah yg pasti tidak akan menolong PAS dan sentiasa akan menyesatkan umat manusia itu janji dan permintaan Syitan pada Allah dan mungkin hari ini kita dapat lihat bagaimana Syaitan membantu PAS untuk menjahanam kan Islam dalam Negara….PAS nak ganti UMNO..??

Thursday, July 28, 2011

RENUNGLAH DENGAN MATA HATI


Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Rasullulah sebelum diangkat menjadi nabi, ia adalah manusia yang sama sahaja dengan orang biasa yang lain, seperti mana Mohamad-Mohamad atau Mat-mat di kampung-kampung. Demikian maksud yang difahami daripada ucapan Nik Abdul Aziz yang dirujuk daripada youtube, Nik Aziz hina nabi.

Beliau berpendapat Nabi Muhammad sebelum berumur 40 tahun dan sebelum diangkat menjadi nabi, baginda tiada apa bezanya dengan orang lain seperti makan, minum, dilahirkan, berkahwin dan sebagainya. Kemuliaan baginda hanya setelah diangkat menjadi nabi. Menurutnya, walau pun sudah bertahun-tahun kita menyambut maulidur rasul tetapi masalah kita (masalah umat Islam) tidak juga selesai.

Demikianlah secara ringkas maksud ucapan YAB Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. Saya (penulis) juga merujuk beberapa ucapan beliau di dalam kesempatan-kesempatan yang lain.

Berkaitan dengan ucapan Nik Aziz tersebut, saya telah dihubungi oleh beberapa kenalan. Mereka telah merujukkan ke alamat youtube (diatas) supaya saya (penulis) mendengar sendiri ucapan tersebut. Pada mulanya saya tidak memperdulikan isu berkenaan kerana memikirkan ia akan reda dengan sendirinya. Bagaimana pun pada suatu masa yang tidak lama selepas itu kebetulan saya sendiri mendengar ‘sudut-sudut politik kedai mamak’ yang menarik minat saya untuk memasang telinga darihal sembang-sembang beberapa orang yang tidak saya kenali. Seorang lelaki Cina yang kira-kira berumur pertengahan 50an berkata dalam bahasa pasar kepada dua orang berbangsa Melayu (mungkin pekerjanya). “Prophet Muhammad juga dulu serupa orang biasa. Sudah jadi menteri agama baru dia ada value. Dulu pun serupa kita juga”.

Saya begitu tersentak dengan kata-kata itu dan mahu saja tumpang sekaki untuk menyembang. Tetapi keadaan tidak mengizinkan saya.

Pada pengamatan penulis daripada ‘youtube’ berkenaan, memang 'pengucap' begitu menekankan bahawa Rasulullah tiada beza dengan orang lain sebelum baginda diangkat menjadi nabi.

Tersasar

Sebenarnya ucapan seperti itu satu cemuhan terhadap sejarah keperibadian nabi saw. Ia satu pandangan tersasar yang boleh melahirkan ‘world view’ (tasawwur) Islam yang negatif daripada objektif kerasulan. Persepsi itu langsung tidak memberi apa-apa kebaikan kepada orang yang mengucapkannya, malah ia boleh mencederakan tasawwur Islam pada anggapan masyarakat yang bukan Islam mahu pun masyarakat Islam sendiri.

Di dalam perjalanan sejarah Islam yang telah begitu lama lebih 1400 tahun yang lampau sehingga kini, memang terdapat suatu aliran orang-orang yang tersasar memberikan anggapan sedemikian. Mereka berpersepsi menyambut hari lahir nabi (maulidur rasul) tidak memiliki apa-apa nilai agama kerana kelahiran nabi adalah juga seperti kelahiran orang biasa. Aliran ini mengingatkan penulis satu hadith nabi yang mashur, (maksudnya), “Akan terpecah-pecah umat ku menjadi 73 golongan..”.

Aliran ini mensejajarkan umat Islam diseluruh dunia yang menyambut maulidur rasul sama dengan perbuatan bid’ah dan sia-sia. Persepsi semacam ini seolah-olah menggambarkan permusuhan mereka terhadap pembesar-pembesar agama dan kekasih-kekasih Tuhan, sedang Al-Quran telah memuji dan memuliakan nabi dengan firmannya, maksudnya, “..maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi) dan memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (yakni Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-Araf 157)

Maksud daripada ayat-ayat suci Al Quran di atas mengenai “beriman kepadanya, memuliakannya dan mengikuti cahaya yang terang”, adalah sangat jelas tuntutan firman Allah swt itu tidak terbatas masa hayat nabi saw sahaja. Ayat Al-Quran berkenaan telah memberi definasi tuntutan beriman dan memuliakan nabi harus berlaku sejak dahulu, sekarang dan selamanya. Lantaran itu jika pengikut-pengikut agama Muhammad saw, memuliakan baginda dengan memperingatinya, menyebut-nyebut sejarahnya darihal kebaikannya, berpuisi dan membaca madah untuk mengagongkan baginda saw serta memperlakukan sesuatu untuk membesarkan pada hari ulang tahun kelahirannya, itu adalah substansi daripada tuntutan itu.

Adakah bijak menuding umat dengan menganggap melakukan bid’ah atau mendakwa umat melakukan kerja sis-sia jika umat Islam memperingati hari lahir baginda atau maulidur rasul. Umat memuliakan baginda bukan sekadar memperingati hari lahir baginda sebagai manusia agong, malah meninggikan nama baginda yang mulia, lebih besar daripada itu ialah mensyukuri sumbangan baginda saw yang tidak ternilaikan untuk umat manusia, jin dan seluruh alam ini sebagai manifestasi tauhid.

Jika mereka berpersepsi amalan sambutan maulidur rasul itu sia-sia atau suatu bentuk penyembahan (mensyirikan), mereka sebenarnya sudah jauh tersasar dan meleset. Firman Allah, maksudnya, “Dan telah kami tinggikan (sebutan) nama mu (bagi mu). (Surah Al-Insyirah 4).

Janganlah orang-orang Islam umat Muhammad menjadi seperti ‘satu kaum’ seperti yang tersebut dalam Al-Quran surah Al-Maidah 114, maksudnya, “Isa putra Mariam berdoa, “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya (‘ied) bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami, dan menjadi tanda bagi Engkau. Berilah kami rezeki, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki”.

Menjelaskan ayat tersebut, apakah nilai Nabi (Al-Masih) itu lebih kecil ketimbang sebuah hidangan dari langit, sehingga hidangan itu dianggap tanda yang besar daripada Allah lalu mereka (kaum Nabi Isa as) menjadikan hari turunnya hidangan itu sebagai Hari Raya (‘eid) yang hanya mengenyangkan perut, namun hari turunnya Al-Quran (dan nabi saw itu adalah Al-Quran) yang menyempurnakan segala nabi dikesampingkan atau dipandang perkara kecil. Bukankah Nabi itu sendiri adalah hujjatullah dan tanda terbesar di antara tanda-tanda Allah yang lain. Apatah lagi menganggap orang-orang yang yang menampakkan kegembiraan dan kesyukuran tauhid pada hari maulidur rasul itu amalan bid’ah. Alangkah celakanya kaum-kaum seperti itu telah disinggung dalam Al-Quran.

Dalam mempersoalkan kebijakan 'pengucap' membuat ulasan-ulasan politik, beliau kerap kali terbabas dan tersasul sehingga tasawwur Islam yang mempunyai kekuatan dan kerohanian, tiba-tiba dilihat lesu dan terkulai. Akibatnya Islam yang dipamerkan kepada bangsa-bangsa di dunia adalah seperti tanah gersang yang kering dan sunyi dari perasaan dan naluri.

Apakah lagi kehebatan dan cahaya kerohanian yang ada pada batang tubuh Rasulullah saw jika pengikut baginda sendiri mengatakan baginda sama sahaja seperti orang lain darihal makan, minum, dilahirkan, berkahwin dan sebagainya. Untuk apakah menghibahkan hal berkenaan yang telah memang termaklum kepada semua orang. Sifat zahir dan keperluan tersebut adalah juga terdapat pada kambing dan haiwan-haiwan yang lain. Tidak perasankah, menzahirkan ceramah dan pandangan sebegitu kepada umum adalah menunjukkan kita tidak beradab dan tidak bersopan kepada nabi yang menjadi kekasih Allah.

Janganlah mereka berfikir daripada rasul itu hanya diambil agamanya sahaja semacam ‘hanya mengambil manisnya dan membuang gulanya’. Tidakkah mereka dapat menghayati dengan jiwa yang tenang, bahawa sebelum kelahiran Nabi saw sebagai rasul akhir zaman itu, tanda-tanda dan petunjuk mengenai kemuliaan baginda saw telah tersebut di dalam kitab-kitab agama samawi sebelum Al-Quran, sebagai persiapan yang Allah swt rahmatkan, bagi memberi kefahaman kepada manusia dan alam seluruhnya. Renunglah dengan mata hati.

Rasul Manusia Pilihan

Saya dengan ikhlas rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan dan rasa cemas kepada umum, memandangkan Datuk Nik Abd Aziz adalah juga seorang pemimpin politik yang begitu kerap menyampaikan ucapan-ucapan kepada umum. Apatah lagi apabila mendengar lidah beliau terbabas dan tersasul dengan menyebut–nyebut nama Nabi Muhammad yang mulia dengan Mohammad-Muhammad atau Mat-mat seperti di kampung-kampung, tanpa rasa ingin beristighfar. Seolah-olah beliau lupa seluruh umat Islam mengetahui bahawa tiada orang lain yang bernama Muhammad atau Ahmad pada masa itu selain Rasulullah saw. Marilah kita sama-sama melihat kembali sejarah dan latar belakang sosok tubuh manusia agong itu.

1. Sebelum diangkat menjadi nabi dan menerima wahyu yang pertama (seiring dengan Ilmu dan Iradah Allah swt), Rasulullah adalah manusia yang terpelihara (ismah) dan terpilih di antara seluruh manusia di muka bumi. Baginda adalah kepimpinan ummah ‘samada dalam keadaan berdiri atau duduk’. Seluruh hidupnya adalah suri contoh teladan buat manusia dan jin.

2. Baginda lahir dikalangan bangsawan Arab Quraish yang mendapat penghormat dari seluruh jazirah Arab. Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah yang sangat dikenali didalam sejarah. Tahun itu adalah tahun pencerobohan tentera bergajah dari Yaman dibawah pimpinan Abrahah yang beragama Nasrani untuk menghancurkan Ka’bah (baitullah) atau ingin membawa Ka’bah ke Yaman dengan objektif memajukan Yaman sebagai pusat perniagaan. Sebelum melakukan penyerangan keatas Mekah, Abrahah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa Mekah ia itu Abdul Muthalib (datuk Rasulullah). Didalam pertemuan dengan Abrahah, Abdul Muthalib tidak menampakkan kegusarannya mengenai serangan tentera bergajah ini. Sebaliknya beliau hanya mahu ternakan-ternakan miliknya yang dirampas dikembalikan. Katanya, “Ka’bah itu rumah Allah. Biarlah Allah yang menjaganya”. Peristiwa tentera bergajah ini telah dipahatkan didalam Al-Quran (Surah Al-Fil ayat 1), maksudnya, “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhan mu telah bertindak terhadap tentera bergajah”. Pada tahun inilah nabi Muhammad telah dilahirkan.

3. Ada satu versi mengisahkan tatkala Muhammad saw dilahirkan, penduduk langit (para malaikat) dilihat oleh Iblis berkeadaan sibuk turun kebumi berbondong-bondong. Lalu Iblis mencuba mencuri informasi kenapakah para malaikat berkeadaan demikian. Sehingga membawa Iblis sampai ke Mekah dan mengetahui tentang kelahiran seorang bayi bernama Muhammad yang bergelar nabi akhir zaman. Iblis bersegera melayang dari timur ke barat bekerja keras untuk menyesatkan manusia.

4. Muhammad saw adalah karamah wajhah, tidak pernah menyembah berhala sejak kecil tidak sebagai mana Omar Al-Khathab ra, Abu Bakar ra dan sahabat-sahabat yang lain. Muhammad saw juga tidak pernah berbohong dan sentiasa beliau berkata benar sejak kecil sehingga baginda mendapat julukan Al-Amin. Lihatlah keadilan baginda kepada semua puak Arab sebelum diangkat menjadi rasul dalam peristiwa mengangkat Hajarul Aswad.

5. Seorang pendeta agama nabi Ibrahim as (Waraqah bin Naufal) adalah juga bapa saudara Khadijah ra mengatakan, pada Muhammad itu ada tanda-tanda kenabian. Baginda tidak sama dengan orang lain.

6. Takkala dalam suatu perjalanan ditengah padang pasir, kafilah Muhammad terteduh oleh awan daripada sinaran terik matahari, seorang pendeta Nasrani mengatakan ada orang mulia atau luar biasa dalam kabilah itu.

7. Dalam satu versi mengisahkan, selepas dilihat ada petanda atau cahaya kenabian pada Abdullah bin Abdul Muthalib (bapa nabi), Yahudi ingin menangkap Abdullah dan mahu ‘menidurkannya’ kepada wanita Yahudi, tetapi pada keesokan harinya petanda itu telah tiada kerana telah ‘tertumpah’ pada Aminah. Yahudi mahu agar nabi akhir zaman tergolong dikalangan mereka.

8. Ada versi mengisahkan, takkala Muhammad saw dilahirkan, terpadamlah Api Persia (Majusi) yang tidak pernah padam selama lebih 900 ratus tahun. Juga diriwayatkan oleh Ya’qub ibn Sufyan dengan sanad hasan, “Ketika Nabi saw dilahirkan, istana Kisra, kaisar dari Persia (Farsi) berguncang dan empat belas balkonnya runtuh”.

9. Versi yang lain mengisahkan berlaku kejadian alam (fenomena). Berhala-hala disekitar Ka’bah roboh takkala Muhammad saw dilahirkan.

10. Satu versi yang sangat menarik ialah mengenai rahsia yang terdapat didalam kitab kuno (klasik) Yahudi yang diketahui oleh para pendeta Yahudi. Satu masa akan dilihat dilangit Arab sebuah komet berwarna hijau (fenomena astronomi) bernama komet Ahmad. Pada hari itu ialah petanda telah lahirnya seorang bayi lelaki yang akan bergelar nabi akhir zaman. Bayi mulia itu mempunyai tanda dibahunya alis bulu roma yang halus.

Diceritakan menjelang malam kelahiran Nabi saw, si Yahudi telah melihat komet hijau berkenaan dilangit. Beliau lalu menjerit memberitahu kawan-kawannya bahawa itu bukan komet biasa. Beliau meminta agar memeriksa seluruh jiran tetangga Arab siapakah telah melahirkan bayi lelaki. Selepas keesokannya, kelahiran yang dimaksudkan itu telah ditemui. Si Yahudi itu meminta izin kepada Aminah (ibu Nabi saw) untuk melihat sendiri bayi berkenaan. Sejurus memeriksa bayi tersebut si Yahudi itu rebah pengsan beberapa ketika. Apabila bangun kembali beliau berkata, “Sungguh bayi lelaki ini akan menjadi Nabi akhir untuk umat ini. Kenabian telah berpindah dari bangsa Yahudi kepada keturunan Ismail. Beruntunglah kalian wahai bangsa Arab”.

Darihal komet berwarna hijau itu, seluruh pengkaji astronomi dunia dikejutkan oleh satu berita bahawa komet hijau itu dilihat sekali lagi dilangit dunia oleh seorang mahasiswa Taiwan, Ye Quanzhi di Pusat Observasi Bintang Lulin pada 24 Februari 2009 bertepatan ulang tahun wafatnya Rasulullah saw (menurut versi ahlul bait, 28 Safar 1430 Hijriyah). Mereka menamakannya komet Lulin. Ada sarjana Islam menafsirkan kemunculan komid Ahmad atau komet Lulin itu pada tarikh 28 Safar 1430 Hijriyah memiliki rahsia atau petanda besar.

Daripada semua di atas, (dan kisah-kisah lain yang tidak tertulis) apakah Rasulullah saw sama kedudukannya (maqam) baginda dengan orang biasa di kampong Mekah pada ketika itu atau sehingga hari ini. Kenapakah berhasrat sangat ingin menempel pada sosok tubuh Rasulullah itu adalah hanya manusia biasa sahaja seperti kita dari segi makan minum sehingga penampilan nabi Islam itu dilihat sama seperti tokoh sejarawan yang lain.

Adalah sangat penting agama wahyu ini sebagai satu ajaran untuk menyelamatkan umat manusia dan jin serta rahmat bagi sekalian alam, mempunyai bersamanya kekuatan spiritual. Jika ditanggalkan ia akan menjadi umpama isme-isme ciptaan barat atau pun ciptaan timur yang gagal seperti liberalisma, sosialisma, komunisma dan lain-lain. Suatu hari umat agama samawi termasuk agama Islam, akan menganggap tuhan mereka sudah lesu dan mati, lalu mereka menjual gereja-gereja atau tempat-tempat ibadat mereka.

Telah lebih 1400 tahun Rasulullah saw meninggalkan kita. Keberadaan kita sebagai umat Islam akhir zaman pada hari ini yang menganut agama baginda, walau pun kita tidak pernah melihat wajah baginda dan tidak pernah kita mendengar suara baginda saw, tetapi kita beriman padanya. Lantaran kita menyedari kebenaran jalan hidup yang dibawanya, dan kita terpimpin oleh ajaran wahyu daripada baginda bagi kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Setelah semua itu, apakah tidak lahir di dalam jiwa kita rindu kasih dan cinta kepada sosok tubuh baginda apabila mengenangkan pengorbanan, perjuangan dan kesusahan yang ditanggung baginda, sebagaimana kita terkenangkan pengorbanan kedua ibu dan bapa kita. Bukankah orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta yang memperbanyakkan bersolawat kepada baginda sangat merindui untuk mendapat tempat tinggal di syurga bersama baginda di hari akhirat. Perasaan apakah yang terbenak didalam jiwa orang-orang yang ‘mendakwa dan mendakwi’, jika menampakkan kasih dan cinta kita kepada baginda sebagai manifestasi kesyukuran maulidur rasul itu dikatakan sia-sia. Apakah mereka tidak berpusing dan melihat pula ke dalam diri mereka itu, bahawa persepsi semacam itulah sebenarnya bid’ah dan sia-sia.

Akhir Kalam

Asas sebenar yang membina pandangan kesejahteraan Islam dalam diri manusia itu ialah falsafah. Dengan berfilsafat manusia terpandu untuk mengakui hakikat benar atau salah dalam pandangan dan tindakannya. Merenung dengan falsafah, manusia bisa saja tunduk menangis ketika mengkagumi kebesaran Allah Azzawajalla sehingga jiwa mereka putih bersih lalu melahirkan daya tahan untuk berjihad mencegah kemungkaran. Daripada semua itu dengan sendiri falsafah menjadi paksi ‘keadilan berfikir’ sehingga menjadikan manusia beradab sopan, dan bersedia untuk mengakui haq dan batil. Inilah kekuatan manusia untuk melakukan tamadun dan pembaikan termasuklah membina dan merapatkan perpaduan. Falsafah itulah yang dimiliki oleh manusia-manusia pilihan sebelum daripada mereka diangkat menjadi nabi dan rasul. Tokoh-tokoh Islam dan kepimpinan negara harus sama-sama membina ‘world view’ Islam seperti ini daripada bayangan falsafah.

Jika Allah swt dengan sifat ilmuNya yang maha mengetahui (sebelum dijadikan alam ini) bahawa, Muhammad saw itu adalah makhluk terbaik sekali diantara seluruh makhluk di alam raya ini, maka Allah swt dengan IradahNya yang seiring dengan IlmuNya memilih dan mengangkat Muhammad saw sebagai PesuruhNya. Lantaran itu apakah masih tersisa kelemahan atau kekurangan pada batang tubuh Nabi saw, atau masih terdapat kelemahan baginda sebagai suri teladan di sepanjang sejarah Rasulullah itu yang sebelumnya tidak diketahui oleh Sang Pencipta.

Hendaklah diketahui ketidakmampuan melahirkan tasawwur agama yang sejahtera dan terhormat, serta melupai nilai-nilai beradab sopan adalah dengan sendirinya menunjukkan persepsi itu tidak bijaksana dan tidak bertamadun. Renunglah dengan mata hati.
maktabahsz,blogspot

Wednesday, July 20, 2011

PAS kena sergah dgn DAP termasuk anak kepala..:) PAS nak ganti UMNO..??


Azizan takut dengan janggut Karpal


Kalau sebelum ini PAS memalukan parti apabila tunduk dengan desakan DAP di Kedah, kini PAS termalu lagi dengan ketegasan PKR di Selangor pula yang tetap mahukan Konsert MTV diteruskan pada 24 hb Ogos nanti yg akan berlangsung di I-City Shah Alam walupun mendapat bantahan dari Pemuda PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Khalid Samad.

Bagi menunjuk kan suara PAS mcm TONG KOSONG dalam Pakatan Kerajaan Negeri Selangor yg di pimpin PKR aka DAP, mereka hanya menghantar Setiausaha Politik MB saja untuk menjawab segala bantahan PAS. Ini menunjukkan suara PAS langsung tak dipandang oleh kepimpinan PKR bukan saja di negeri tersebut malah negeri yg di pimpin PAS sekalipun.

Apa lagi alasan yg boleh PAS kata melainkan hanya akur kepada kehendak PKR aka DAP di Selangor. Lagipun, PAS bukanlah suara majoriti di negeri itu. Kalau di Kedah yang dikuasai penuh oleh PAS pun terpaksa mereka akur dengan DAP, inikan pula di negeri yang bukan dikuasai oleh mereka…?? Kata PAS pejuang Islam..??

Kena sergah dgn DAP termasuk anak kepala..:) PAS nak ganti UMNO..??

PENYAMUN PKR jual PENYAGAK PAS…??


Mamat ni adalah AJK AMK ( Parti KeADILan Rakyat) pusat Amizudin Ahmad dan juga di kenali dgn nama Din Binjai di kalangan mereka, telah membuat fitnah dalam blognya sharpshooterblogger.blogspot dgn tajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari... dengan jalan ceritanya menuduh Datuk Seri Rais Yatim merogol amahnya ( org Indon)

Ini adalah salah satu episod penipuan dan pembohongan tuduhan paling jijik dalam abad ini yg bukan saja di tuju kan pd seorang menteri yang telah menganggotai Kabinet selama 37 tahun dan dikenali juga di persada antarabangsa. malah boleh menjadi kemarahan negara Indonesia yg dalam kemelut isu rakyatnya sering di dera semasa bekerja sebagai pembantu rumah, Mamat ini sebenarnya berpontesi nak menghuru harakan hugungan dua hala antara dua Negara ( jelas itu niat sebenar dia)

Oleh kerana fitnah pembohongan dan penipuan yg tak bermoral yg di lakukan maka mamat ini di kenakan saman oleh makamah sebanyak 300K untuk di bayar pada Rais Yatim.

Yang realnya dalam penghakiman balasnya pula ( nak lepaskan diri juga) dia dgn nada tak insaf ( memang kaki penipu dan pembohong) membuat pengakuan mengatakan tindakannya hanyalah memuat turun dakwaan itu daripada HARAKAH DAILY ( kehkeh dapat sumber akhbar lidah pembohongan dan penipuan PAS rupanya, baguslah PENYAMUN PKR jual PENYAGAK PAS )…

Wednesday, July 13, 2011

NEGARA PUN MEREKA LELONG...??


Orang Islam/Melyau PAS/PKR lebih suka melihat kulit dari nak menyelami terjemahan penerangan setiap pengisian dan kandungan serta dasar asas prinsip garis panduan syarat peraturan pada setiap pekara, bagi mereka dengan tajuk saja dah cukup nak membuktikan untuk membolehkan mereka melaksanakan melakukan apa saja suka2 hati mereka atas nama hak asasi demokrasi hak kebebasan dalam perlembangaan.

Begitu juga bagi mereka dalam Firman2 Allah dalam al-Quran dan sabda2 Rasulullah dalam al-Hadis seperti tepu dan beku macam otak mereka, begitu juga Islam bagi mereka seperti Agama yg buta tuli yg tak mengambil kira keadaan, masaalah penganut lain dan umat Islam setempat atau keseluruhan bebanan umat.

Islam adalah agama Allah yg maha pengampun pengasih penyayang , yang memberi pertimbangan neraca keadilanNya, Islam tidak menekan dan menyusahkan, Firman Allah dalam surah al-Hajj “ Dan sekali-kali tidak Aku menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan”

Melayu Islam PAS/PKR kata kita takut bila melihat mereka dah bersama dgn DAP mereka memuja Anwar..?? kita bukan takut kerana itu, tapi kita takutkan kebodohan kebangangan dan ketidak kepekaan mereka dalam nak membuat pertimbangan kononnya nak menghancurkan UMNOtapi mereka tidak nampak kerana dgn terhapusnya bangsa, Negara di pimpin org lain masa tu pasti Islam akan terancam, ini yg kita bimbangkan.

Kalau nama Allah pun Melayu Islam PAS/PKR boleh jual hanya untuk mendapatkan sokongan dan Pas boleh membungkus matlamat perjungan mereka untuk sebuah Negara Islam untuk mendapat sokongan DAP adakah mereka ini kita nak mengharapkan untuk membela Agama, Bangsa dan Tanahair..?? PAS nak ganti UMNO..??

Wednesday, July 6, 2011

Khalid gagap pun bagi syarat...??


"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," syarat Khalid MB Pakatan Selangor”

Khalid sendiri tahu perhimpunan Bersih ni akan buat huru hara kan keadaan, sebab tu beliau sendiri memberi syarat2...ni kompom ada yg bakar kerusi kat stadium, justeru kita cadangkan agar Stadium Bukit Jalil jgn benarkan perhimpuan Bersih guna kan Stadium, kompom mereka akan musnahkan Stadium Bukit Jalil, sebelum Stadium Bukit Jalil atau mana2 Stadium Musnah dan mengalami kerugian beribu2 ringgit adalah lebih baik perhimpunan Bersih haram ni di haram kan terus…??

Tuesday, July 5, 2011

Rais derma semua wang menang saman fitnah….


PUTRAJAYA 4 Julai – Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog hari ini berharap golongan itu termasuk penulis dapat menghormati hak orang lain dengan menjauhkan diri daripada elemen fitnah."Sekiranya mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi di bawah saman ini nanti, kesemuanya saya akan dermakan kepada badan kebajikan."Dalam saman malu, kalau nak buktikan seseorang itu, dia kena ada justifikasi, tapi dia (penulis blog itu) tak ada justifikasi, tak ada saksi, tak ada keterangan dan entah dari sumber mana dia petik…

teringat plak tentang YB2 PAS yg kononnya di fitnah di blog2 seperti ADUN Selising Drs Saipul Bahrin Mohamad yg kononnya di fitnah berkhalwat dan berzina dgn isteri org di koc keretapi, begitu juga dgn ADUN perupok Datuk Haji Omar yang BERZINA dengan seorang Ustazah, persoaalannya kenapa mereka tidak berani nak buat saman fitnah mcm DS Rais yatim yg kemudiannya mendermakan duit2 saman tersebut….??

Syidatina ?????? Ambiga..??


Kalau Lim Guan Eng di panggil di nobat kan oleh PAS sebagai Khalifah Umar Lim Guan Eng kerana jasanya menegakkan Islam di pulau pinang dgn hanya bagi duit RM500 pada guru2 kafa..apa plak PAS nak nobat kan dgn Ambiga..?? apakah jasa2nya yg PAS nak ilham kan bagi paria ni untuk di nobatkan sebagai pejuang Islam….??

Monday, July 4, 2011

NAJIB SETUJU PINDAHKAN STESEN KTM TANJUNG PAGAR


SINGAPURA: Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ)kereta apinya di WTCP.
Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di sini.
Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.

Pemindahan tanah kepada M-S Pte Ltd akan berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar.

Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju supaya satu sistem transit laju antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura dimajukan secara bersama.
Sistem ini akan digabung dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura, dan untuk kemudahan orang ramai, sistem transit ini akan mempunyai kemudahan CIQ bersama di Singapura, di satu kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.
Sistem ini dijadual beroperasi menjelang 2018, dan selepas itu, Malaysia mungkin ingin memindahkan stesen KTMB dari Woodlands ke Johor.

Najib dan Lee bersetuju dengan penubuhan satu pasukan pelaksana bersama yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, bagi membincangkan butiran pelaksanaannya.
Pasukan pelaksana bersama ini akan menyiapkan tugasannya menjelang akhir tahun ini, kata kenyataan itu.

Hasil daripada tugas pasukan pelaksana bersama ini akan dimasukkan dalam satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh kedua-dua negara selepas ianya dipersetujui oleh kerajaan masing-masing.

Najib dan Lee juga bersetuju bahawa bangunan terminal penumpang stesen kereta api Tanjong Pagar dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah dan akan menjadi daya tarikan kepada projek pembangunan yang dicadangkan di tapak itu.
Bangunan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive mungkin turut dipulihara, kata kenyataan itu. BERNAMA

Sunday, July 3, 2011

Guan Eng berang, ditanya video seks babitkan Anwar….


KUALA LUMPUR 29 Jun – Sikap dwistandard Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini terserlah, apabila beliau berang dengan pertanyaan N. Golakrishnan (Bebas-Padang Serai) berhubung laporan pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengenai video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.,

puncanya Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan menerima pakai data daripada laporan Integriti Kewangan Global (GFI) yang berpangkalan di Washington, AS, untuk menuduh Bank Negara bersubahat dalam aktiviti aliran keluar wang haram dari Malaysia.

“Saya ucapkan syabas kepada Bagan kerana boleh menerima laporan GFI dan AS untuk dibawa ke dalam dewan ini tetapi kebelakangan ini, laporan daripada pakar AS mengesahkan 99.99 peratus pelaku dalam video seks adalah Permatang Pauh (Anwar)( kira bunyinya kenapa tak boleh terima..??)

"Itu pun laporan daripada AS juga, Bagan boleh terima ke laporan yang dibuat oleh pakar AS itu,” soal Golakrishnan ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kata balas Guan Eng “Saya tidak berminat untuk menjawab soalan Padang Serai, kalau Yang Berhormat tidak puas hati tanya PKR sendiri,” ..:)

Kata saya “ bila kena part mereka, walaupun kajian terhadap kerajaan BN 00.01% dari mana2 pakar luar dan dalam punya berkemungkinan pun mereka terima, tapi bila kena pada mereka yg jelas pakar kata 99.99% pun mereka kata tak boleh pakai kerana kurang 00.01%...:)

Wednesday, June 15, 2011

Bila Haji Hadi mahu tarik balik fatwa?




FATWA Haji Hadi yang memecahbelahkan umat Islam dan Melayu sehingga ke hari ini adakah masih terpakai? Pas menjadikan fatwa tersebut sebagai rukun dan rujukan dalam perjuangan politik untuk menghadapi UMNO.

Ternyata fatwa tersebut telah memporakperandakan institusi keluarga Melayu dan Islam di nega...ra ini. Suami isteri bercerai berai. Anak berputus kasih dengan ibu bapa, kawan terputus sahabat sesama sendiri, ahli kariah tidak bertegur sapa kerana fatwa songsang ini.

Hari ini, Haji Hadi mengeluarkan fatwa baru. Tidak ada kerajaan Islam. Yang ada Kerajaan Berkebajikan.

Besar dosa yang Haji Hadi terpaksa tanggung di atas Fatwa Haji Hadi yang beliau keluarkan.

Begitu mudahnya orang berserban dan mengaku alim mengelirukan rakyat jelata dengan fatwa songsang yang racunnya terasa sehingga ke hari ini. Walaupun berapa puluh tahun, kesan perpecahan umat Melayu dan Islam masih tidak boleh dibaiki dan diubati.

Kenapa Haji Hadi membisu seribu bahasa? Bila lagi beliau hendak mengisytiharkan Fatwa Haji Hadi yang dibuatnya adalah salah? Bila lagi beliau hendak menarik balik fatwa tesebut? Tidakkah Haji Hadi berasa bersalah mengeluarkan fatwa tersebut? Apa lagi sandiwara Pas selepas ini?... ANAK SELUANGSee More

Friday, June 10, 2011

PENDEKATAN MEMUJUK PADA MEREKA YANG LIAT


Lebih 200,000 pelajar yang masih gagal menjelaskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN kini boleh menarik nafas lega. Ia susulan keputusan kerajaan menggunakan pendekatan "memujuk" bagi pelajar tegar menyelesaikan pinjaman mereka....?? kementerian terbabit menggunakan kaedah dan amalan berunding. Kementerian sedar bahawa ada yang gaji rendah, kalau tak mampu buat bayaran datang berjumpa dan berunding. Kementerian bersedia untuk berbincang dan berunding."--> , masa nak pakai, tak fikir pasal % bayar semula, dah dapat pakai seronok, nak bayar balik liat, cari mcm2 alasan ada yg salahkan kerajaan jadi pembangkang kononnya nak tukar kerajaan, dalam kepala kalau kerajaan berubah tak payah fikir nak bayar PTPTN, kerana dah ada kerajaan kebajikan.dasar penting kan diri sendiri..bayar balik tujuannya untuk di peruntokan semula pada adik2 yg lain, takan tak faham..??

Monday, May 30, 2011

NIK AZIZ SENTIASA MERAPU...??


Nik Aziz kata orang yg buat fitnah pd Anwar tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar ..? Cuma kita sedia maklum yg buat fitnah tu sanggup buat sumpah laknat untuk menyakin kan umat rakyat masyarakat yg mana apa yg di siarkan bukan fitnah malah polis juga dalam siasatan mereka mengatakan video tersebut adalah tulin

Nik Aziz kata kredebiliti Anwar adalah seorang pemimpin berlandaskan Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN…?? Kalau betul lah seperti apa yg Nik Aziz perkatakan tentang Anwar , sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks kerana dia akan sentiasa menjaga asas akhlak moral islamnya…kan, sebagai contoh pada Nik Aziz sendiri ada ke UMNO/BN nak sekat sampai kata Nik Aziz adalah peliwat, Nik Aziz Gay..?? Nik Aziz kaki pompuna..?? Nik Aziz kaki joget..?? kalau UMNO/BN sekat Anwar adakah sehingga hari ini Anwar atau Nik Aziz sendiri masih bebas berpolitik berceramah berkempen terus memburok2kan kerajaan UMNO/BN…?? Nik Aziz dah letih kot..:) tu yg asyik merapu je kan..??

Sunday, May 29, 2011

Orang Melayu Tidak Penting Dalam Pakatan Rakyat


Kenyataan MB Abdul Khalid Ibrahim yg mana Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor akan menyumbangkan RM1,000..?? kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian tanah runtuh tempohari yg mengorbankan hampir 16 nyawa anak2 yatim di Kuala Langat Selangor sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini….?? Tapi marilah kita tengok plak kerajaan Pakatan Rakyat memberi amaun kepada nasib malang tidak jangka terhadap Teoh Beng hock yg bunuh diri…?? dana yg di keluarkan sekitar RM300K, tak termasuk forensik import dari Thailand…? Terhadap Kugan penjenayah yg mati di dalam tahanan polis sebanyak RM30K kerana nak menguruskan jenazah Kugan..??…tapi dekat org melayu mereka bagi RM1K je setiap sorang..?? apa org melayu tak penting ke di kaca mata Pakatan Rakyat Selangor..?? apa Pakatan Rakyat ingat undi org Cina dan India saja ke yg akan menang kan mereka…?? Apapun tahniah lah kerana nak menyumbangkan juga…kita..? sedekah al-Fatihah pada mangsa

Melayu PAS dan PKR yang banggang....??


Kita semua selalu dengar puak-puak pembangkang khususnya PAS menuduh UMNO sebagai penipu rakyat, perosak negara, pembohong, perasuah, pengamal politik lucah dan segala macam mak nenek gelaran lagi. Malah UMNO juga digelar UMNGOK! Baik semuanya didiamkan oleh UMNO... Tak berani melawan atau sengaja malas nak layan?

Ok sekarang aku nak tanya pemberi gelaran tersebut! Kalau betul UMNO menipu rakyat, kenapa parti itu bersama BN terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara? Kenapa UMNO dan BN masih dipercayai walaupun pada 1999 ketika reformasi sedang memuncak dan kenapa pada 2008, UMNO masih lagi menang besar ketika tsunami politik melanda?

Apakah UMNO yang bongok kerana terus menipu rakyat atau rakyat yang bangang kerana terus memberi kemenangan kepada UMNO….?? Atau melayu PAS PKR yg bongok + Bangang kerana jadi anjing DAP memecahbelahkan umat rakyat msyarakat….:) Sumber mesin taip burok je..:)

HUKUM ISLAM UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA...??


DAP kononnya akan sentiasa menjunjung Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, tetapi pada masa yang sama desak agar Bahasa Melayu kurang diberikan perhatian, orang Melayu tidak bebas bekerja kerana gagal menguasai Bahasa DAP, peruntukan untuk masjid dipertikaikan, kuasa Raja-Raja Melayu diperlekeh-lekehkan dan agama Islam perlu disamaratakan dengan agama-agama lain di Malaysia dan justeru itu lah entri terbaru hanya retorik PAS pula bagi menyakinkan sokongan umat rakyat masyarakat Islam/Melayu kononnya akan mempertahankan perlembagaan Negara yg dulu mereka katakan perlembagaan kafir haram secular..?? kenapa nak pertahankan.?? dan sebuah negara dan hukum Islam hanya untuk org Islam saja..?? mana matlamat Pas yg nak jadikan negara dan hukum Islam untuk semua dalam negara…?? mana PAS 4 all..?? Bayangkan kalau Pakatan Rakyat memimpin dan agama bangsa lain menuntut pekara yg sama mcm PAS, dan di praktik kan dalam negara, apatah lagi dah dengar2 nak jadikan negara ni, kristian sebagai agama rasmi…??... Dalam Pakatan pun PAS lemah…PAS nak ganti UMNO..?...Jgn terpedaya…

Saturday, May 28, 2011

PAS double trouble


Saya terpanggil untuk kita Flash back dan merumus semula secara pendek dan jelas dari sumber blog2 yg perihatin mengenai kesah Ustaz PAS yg mendera kanak2 yg berumuor 7 tahun Saiful Syazani hingga membawa maut ….”Anak saya di ikat di dera dan di humban ke dinding bagai penjenayah berat oleh ustaz Pas di sekolah Agama milik penuh parti PAS itu” cerita bapa mangsa, tapi kisah ni mcm senyap sepi je….kan…seolah-olah tidak ada apa yang berlaku pada kepimpinan Pas, Jika ini berlaku kepada pemimpin atau orang UMNO, kompom demonstrasi tak habis dibuat…Kemudian kita lihat pula bagaimana PAS berjuang atas kematian bunuh diri Teo Beng Hock, Pas sanggup berguling-guling atas jalan semata-mata kerana Teo Beng Hock. Nizar pula sanggup memegang lilin dan membongkok demi mayat Teo…??....Inilah sikap 'double standard' yang diamalkan oleh Pas yang kononya parti yang memperjuangkan Islam untuk rakyat Malaysia..PAS nak ganti UMNO…??

Sunday, May 15, 2011

ISLAM AGAMA PEMBANGUNAN


Sesuai dgn fitrahnya sebagai sebuah agama yg menganjurkan mencari kebaikan utk di dunia dan akhirat, Islam sentiasa sentiasa mengalak kan umatnya agar berpandangan jauh atau berwawasan dalam kehidupan. Pencapaian umat tak boleh lah statik saja bah kan harus beterusan meningkat, berdasarkan kaca mata Islam, amat rugi lah org yg berjuang semalam harinya dan hari ininya tidak berubah. Lebih lagi sekiranya hari ininya lebih buruk berbanding dengan semalam harinya.

Thursday, May 5, 2011

PAS YANG TERUS SESAT...?


Adakah Pas akan menbawa umat Islam terus maju menjadi umat yg di hormati atau terus jauh ketinggalan atau PAS nak menjadi kan umat Islam dalam negara terus di perbudak2kan..?

bukan prinsip saya unutk menjadikan topik pejuangan PAS yg dangkal sebagai topik, seperti mereka sering lakukan terhadpa komen2 saya kerana memang sebenarya PAS tak ada isu untuk di bangkitkan, tetapi hari ini saya terpanggil untuk memperlihatkan kedangkalan sorang pejuang PAS dalam FB yang mengunakan nama Mohd Azizul Hisham

kata Mohd Azizul Hisham " Kenaikan Minyak Ron 97 sememangnya akan lebih meningkatnya gejala zina di kalangan remaja yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, kes kecurian di kalangan orang yang miskin disebabkan tidak mampu membeli makanan dek kerana barang dah naik harga, rasuah di kalangan pemerintah semakin berleluasa, kerana tidak cukup untuk sara hidup keluarga...Umno Laknatullah punya keje ni.."

Asas Akhlak Islam bermula dari keluarga dan keluarga juga merupakan satu elemen yg penting dalam membentuk akidah kita sebagai umat Islam...

Tuesday, May 3, 2011

PAS bubar masuk DAP..??


“Jangan terkejut kalau nanti ada anak pemimpin PAS yang masuk DAP.. Pasai apa..? Pasal sekarang ni keadilan dan sikap bertanggungjawab DAP kepada rakyat memungkinkan anak-anak muda berminat menyertai DAP". Kata Mat Sabu bagi mengulas pasal saranan Najib supaya PAS join BN dan tinggalkan DAP, Mat Sabu nak menunjukkan DAP adalah kini lebih mulia perjuangan Islamnya berbanding UMNO, Mat Sabu juga mengambil contoh gaya pimpinan Lim Guan Eng yang kini perjuangannya seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ulasan Mat Sabu ni umpama nak mengatakan juga yg mana DAP juga adalah lebih baik perjuangannya dari PAS kini….?? Apakah lepas muktamar PAS depan apabila Mat Sabu di lantik sebagai Presiden PAS maka PAS akan di bubarkan dan di serap dalam DAP..??

Tuesday, April 5, 2011

Ustaz memukul mendera kanak2 sehingga maut...?


Seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti PAS Jejawi dekat Kangar telah memukul dan mendera seorang anak murid nya yg berumur 7 tahun sehingga mati hanya kerana mencuri duit bernilai RM7 kanak2 malang tersebut Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad lepas

Adakah ini yg di katakan neraca keadilan Allah atau neraca keadilan manusia yg hanya mengikut hawa nafsu, hukum Allah di dalam al-Quran tegas tetap, tapi tak beku dan tepu, hukum Allah bukannya buta tuli.

Hukum Allah juga mengambil kira keadaan, mengambil kira masaalah penganutnya umat rakyat masyarakat Islam setempat atau keseluruhan, Islam adalah agama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang yg sentiasa memberi pertimbangan tidak menekan dan menyusahkan umat rakyat masyarakat, kalau dalam pekara ibadah Islam Allah memberi kelonggaran, apakah dalam perundangan Islam Allah tidak ada ke kelonggaranNya..?

Allah SWT berfirman bermaksud “Dan sekali-kali tidak menjadikan kamu agama suatu kesempitan”-al-Hajj 78

Thursday, March 31, 2011

THE BAHALUL....DATO T.....


Memang tak dapat dibayangkan betapa meluatnya semua orang Melayu yang menentang ANWAR IBRAHIM....menyaksikan ANWAR IBRAHIM selamba sahaja berpesta di seluruh pelusuk negara berbekalkan 'bukti perut buncit sedikit dan 'tweet'...menafikan dia adalah pelakon video seks tersebut. Lebih malang lagi KERAJAAN BARISAN NASIONAL pula di tuduh sebagai perancang konspirasi untuk menjatuhkan ANWAR IBRAHIM tatkala PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK bakal berlangsung. Semuanya gara-gara kebodohan DATO T menggertak ANWAR IBRAHIM....!!!DATO T...mana dia sidang media perletakan jawatan ANWAR IBRAHIM dalam PKR..dah lebih 7 hari ....MANA DIA....!!!!!



BACA LAGI DISINI

Wednesday, March 30, 2011

PEMBONGKARAN KHAS UMI HAFILDA


CERAMAH UMUM PEMBONGKARAN KHAS UMI HAFILDA

PADA HARI AHAD
3 APRIL 2011,
JAM 9.00 MALAM,
BERTEMPAT DI MEDAN SELERA PERJIRANAN 9. TAMAN AIR BIRU, PASIR GUDANG, JOHOR

DATANG LAH BERAMAI-RAMAI, KITA DENGAR SECARA TERUS SECARA TELUS DARI UMI HAFILDA

Friday, March 25, 2011

`Anjung Singgah' Pusat Transit Golongan Gelandangan


Untuk Kebajikan kemudahan Umat Rakyat Masyarakat maka pemimpin UMNO/BN boleh memikirkan untuk membina Sebuah pusat sehenti itervensi bagi menangani isu masyarakat gelandangan di ibu negara yg telah siapa siap untuk memulakan operasi bagi menangani isu golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan, pusat itu yang akan menyediakan perkhidmatan secara holistik bakal menjadi titik penting dalam sejarah kebajikan negara.

Pusat sehenti intervensi ini dinamakan sebagai Anjung Singgah. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kegunaan golongan gelandangan sebagai pusat transit. Pusat sehenti ini akan ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara, YKN.

Ps: Yakin kan aku umat rakyat masyarakat apa yang pemimpin Pakatan Rakyat yang dah buat fikirkan unutk masaalah umat rakyat masyarakat di 4 buah negeri yg mereka pimpin hari ini selain rakus menyusahkan ada ke pekara yg boleh di bangga kan…??

Thursday, March 24, 2011

MCA kesal kenyataan Nazri

MCA kesal kenyataan Nazri
KUALA LUMPUR 23 Mac – MCA kesal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam satu temu bual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina semalam yang didakwa tidak bertanggungjawab dan bongkak.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Nazri dalam laporan yang disiarkan hari ini menyifatkan MCA ketika ini umpama isteri yang tidak mempunyai suami.

Malah, dakwa Tiong Lai, Nazri turut membuat cabaran kepada MCA agar keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak bersetuju dengan gabungan itu.

“Kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab tetapi kami faham bahawa itu hanya pandangan peribadi beliau dan tidak melibatkan UMNO secara keseluruhan.

“Apa pun kami akan membawa perkara ini kepada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang. Terpulang kepada BN untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir, dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Datuk Chor Chee Heung di samping Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong serta Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Yen Yen dalam pada itu mendakwa perkara tersebut sudah dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan apa yang dinyatakan Nazri itu adalah pandangan peribadi beliau.

WAN AZIZAH MINTA CERAI...??



Seorang ahli perniagaan, Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar' Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari.

Khairuddin Abu Hassan (yang bertanda bulat) adalah anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan sepupu Anwar Ibrahim. Arwah Sulaiman Palestin pernah berpesan kepada Khairuddin supaya menghalang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.baca di sini

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama Ku


Skim rumah pertama ku merupakan lagi satu kejayaan kerajaan pimpinan UMNO/BN dalam merealisasikan dan membantu impian golongan muda. Kalau dulu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah selalu garu kepala bila memikirkan bab nak beli rumah.Halangan terbesar biasanya ialah soal wang pendahuluan pinjaman perumahan 10 peratus. Kini mereka boleh masuk ke lebih daripada 20 institusi kewangan untuk mendapat pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah.

Ini berikutan pelancaran Skim Rumah Pertamaku petang Selasa oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd. Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

PM juga berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia," katanya. Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya

Sunday, February 27, 2011

Hapuskan PAS pembawa Hasad Dengki


PAS bertahalluf dengan DAP konon ianya konsep perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk kafir tapi yg jelas Nabi bertahalluf dengan kafir supaya negara tak jadi kacau bilau dan bukan Nabi bersama dengan orang kafir utk serang kaum Ansar dan Muhajirin.

Sebenarnya Hari ini PAS telah salah menguna kan konsep tersebut dengan DAP untuk menyerang sesama orang Islam. PAS akan sentiasa membohong dan menipu kononnya perjuangan mereka atas dasar Islam,Hapuskan PAS insyaAllah umat rakyat masyarakat Islam khususnya akan bersatu dalam negara

Wednesday, February 23, 2011

Kesah Sex Museum di Amsterdam


Aduhai Dato’ Omar pt 7
Kickdefella

"Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal."

Jika anda tujukan tiga soalan kepada pemimpin PAS Kelantan, anda akan pasti mendapat 3 jawapan skema.

Soalan satu, kenapa masalah air di Kelantan tak selesai-selesai? Jawapannya ialah, di Mekah pun tak ada air.

Soalan ke dua, kenapa tidak berhenti menebang balak di Kelantan, cuaca di Kelantan dah banyak berubah dan semakin bertambah panas. Jawapan yang akan anda terima ialah, di Mekah pun panas jugak.

Soalan ke tiga, kenapa negeri Kelantan terus kotor walaupun dan 20 tahun pemerintahan berdasarkan Membangun Bersama Islam di laksanakan. Jawapan yang akan diberi ialah, di Mekah pun kotor jugak.

Baru-baru ini, apabila saya ketengahkan isu pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kota Bharu Bandar Raya Islam, saya dikejutkan dengan jawapan skema yang baru. Jawapannya ialah, apa pelik ada pelacuran di Kelantan, di Mekah pun ada pelacuran juga!

Sekarang saya sedar kenapa Kelantan di panggil Serambi Mekah. Rupanya supaya segala keburukan yang ada di Mekah dapat digunakan untuk membetulkan segala keburukan yang ada di Kelantan.

Baru-baru ini apabila kisah ADUN PAS berzina di atas keretapi tersebar luas di ruang siber, kita dikejutkan oleh kenyataan seorang yang mengaku menjadi saksi bahawa Nik Aziz berkata perbuatan ADUN tersebut sudah di maafkan oleh ‘Allah taalla’.
Nik Aziz sering menyamakan dirinya dengan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. apabila terjerat dengan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan perbuatannya sebagai pemimpin di curigai. Contohnya di dalam isu kronisme, Nik Aziz lantang mendakwa amalan kronisme adalah sunnah nabi bagi menjelaskan kenapa beliau melantik menantunya Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Boleh jadi sekiranya Nik Aziz di gasak oleh wartawan berhubung kesahihan zina seorang ADUN PAS di atas keretapi, Nik Aziz akan menjawab, ‘Sahabat Nabi Muhammad pun ada yang berzina….”

Itu tidak mustahil. Mungkin ADUN PAS Perupok, YB. Dato’ Omar boleh mula mencari-cari senarai sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dihulurkan namanya dan insidennya kepada Nik Aziz, untuknya melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seks menerusi telefon di antara beliau dengan seorang wanita sudah bersuami dan beranak satu yang sedang membara di ruang siber.

Benarkah di Mekah ada pelacuran? Saya tidak pernah tahu sebelum ini dan mereka yang kembali dari Mekah tidak pernah menceritakannya. Tetapi apabila pengikut-pengikut PAS bertegas mendakwa di Mekah pun ada pelacuran, ini menunjukkan mentaliti mereka. Mencari industri pelacuran di Mekah? Pelacuran Islam? Mutaah? Alhamdullillah.
Mengingatkan saya kisah dua orang ADUN PAS sekarang. Seorang ahli exco dan seorang bekas ahli Parlimen. Satu ketika kedua-dua mereka berkunjung ke Amsterdam bersama-sama.

Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal. Bekas ahli Parlimen itupun segeralah masuk dan yakin dia tidak akan bertembung dengan sesiapa yang dikenalinya di dalam itu kerana masih di awal pembukaan muzium tersebut.

Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati beliau bukanlah pelawat yang pertama tetapi yang kedua pada hari itu. Bila beliau asyik menikmati paparan di Sex Museum itu, beliau terserempak dengan pelawat pertama, dan orang itu tidak lain-tidak bukan adalah teman se hotelnya dari PAS Kelantan. Orang itu adalah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Sudah tentu jawapan dari pengikut PAS ialah melawat ke Sex Museum tidak pelik sebagaimana tidak pelik ada rumah pelacuran di Mekah dan di zaman Rasulullah s.a.w. Cuma ia akan menjadi pelik jika Adnan Yaacob atau Ali Rustam yang melawat ke Sex Museum. Tentu pengsan Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh berceramah soal orang UMNO masuk ke Sex Museum. Tentu gugur jambang Khalid Samad kerana tidak berhenti buka tutup mulutnya berkata-kata mengeji perbuatan tersebut.

Semoga insiden-insiden ini di ambil iktibar oleh YB. Dato’ Haji Omar dan dijadikan perangsang untuk menempuh hari-hari akan datang. Yakinlah Dato’ Omar bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mungkin boleh didakwa atas kesalahan moral kerana Nik Aziz ada nas bahawa kesalahan moral dunia hari ini, hanyalah untuk UMNO dan Barisan Nasional. Jika kesalahan moral itu dibuat oleh pimpinan PAS, itu kerana zaman Nabi dan para sahabat, ianya juga dilakukan mereka.


Kickdefella

Monday, February 21, 2011

ALLAH TAALA DEDAH KAN LAGI PEMBOHONGAN NIK AZIZ...??


Dalam salah satu ayat al Quran, diceritakan tentang sekumpulan Bani Israel yang cuba memperdayakan Allah Taala dan akhirnya mereka pula bertukar menjadi beruk dan babi. Kisahnya ialah apabila Bani Israel enggan beribadat sepanjang minggu dan hanya minta sehari sahaja yang dikhususkan untuk beribadat kepada Allah Taala, manakala hari-hari lain mereka boleh tumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka iaitu menangkap ikan. Maka Allah Taala perintahkan bahawa hari Sabtu adalah hari khusus untuk mereka beribadat dan mereka tidak dibenarkan menangkap ikan walaupun seekor.


Dengan takdir Allah Taala, pada hari Sabtu jugalah, ikan bukan main banyak sampaikan timbul-timbul di permukaan air sedangkan pada hari-hari yang lain, susah benar mereka hendak menangkapnya. Maka timbullah idea mereka untuk menggali sebatang parit sehingga ke belakang rumah mereka. Dan mereka turut memasang perangkap, jerat dan bubu selain pukat pada hari Jumaat dan hanya mengangkatnya pada hari Ahad.


Mereka cuba menipu tetapi Allah Taala Maha Mengetahui. Bani Israel yang degil itu akhirnya bertukar menjadi kera yang berekor panjang, manakala rabbi atau ulama mereka pula Allah Taala tukarkan menjadi khinzir.


Sesetengah riwayat mengatakan, setelah tiga hari bertukar wajah, bentuk tubuh dan kelakuan, habislah mati kesemua orang Israel yang mendurhaka kepada Allah Taala itu kerana kebuluran.


Itu cerita di dalam al Quran.


Nik Abdul Aziz masih mengulangi keangkuhannya. Nasihat daripada Zul Nordin agar dia menyemak dan mempraktikkan apa yang Allah Taala perintahkan menerusi Surah Abasa, ditolak mentah-mentah. Alasannya, Zul Nordin bukan daripada golongannya.


Bahkan yang paling memeranjatkan daripada seorang lelaki tua yang bertopengkan ulama dan kecendekiawanannya ialah PERASAAN TIDAK PERCAYANYA kepada Allah Taala, dengan mengatakan, seandainya Surah Abasa dipraktikkan, maka PAS akan kehilangan sokongan kaum bukan Islam.


Makanya, JADAH APALAH si Nik Abdul Aziz selalu menyatakan bahawa PAS memperjuangkan Islam, tetapi pada masa yang sama, begitu angkuh terhadap Allah Taala. Islam versi siapakah yang Nik Abdul Aziz ingin ajarkan kepada umat Melayu dan para pengikutnya?


Rupa-rupanya Nik Abdul Aziz takutkan undi orang kafir berbanding menuruti perintah Allah Taala.... rupa-rupanya apa yang Nik Abdul Aziz dakwahkan ialah, TAKUTKAN UNDI KAUM KAFIR berbanding TAKUTKAN ALLAH TAALA...


Mungkin dia fikir, dia hebat menipu, tetapi Nik Abdul Aziz terlupa, Allah Taala menjaga agama Islam kerana Allah Taala telah meredhai agama Islam sebagai agama umat. Allah Taala membersihkan sebarang kekotoran yang cuba merosakkan Islam.


Dan Nik Abdul Aziz ternyata salah satu kekotoran yang ada dalam tubuh badan Islam di negara ini... makin banyak perdaya Nik Abdul Aziz yang didedahkan oleh Allah Taala dalam sebarang keadaan dan peristiwa.... hanya perlu gunakan akal fikiran yang terbuka, berpandukan al Quran dan al-hadis, maka akan nampaklah kecacatan tersebut.
SUMBER THE FLYING KICK

NIK AZIZ BERI GALAKAN UNTUK BUANG BAYI..?



1. Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membuka sebuah sekolah khas untuk remaja yang mengandung luar nikah mendapat tentangan dan penghinaan dari pelbagai pihak terutamanya dari pembangkang.

2. Pelbagai tomahan dan tuduhan liar dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Ada yang menuduh sekolah ini diwujudkan untuk menggalakan maksiat dan hanya akan memperbanyakkan lagi kes buang bayi.

3. Nik Aziz contohnya, membidas dengan penuh perasaan jahatnya mengatakan Sekolah Harapan ini adalah tempat mengumpulkan maksiat dan penzina.

4. Tujuan utama Sekolah Harapan ini adalah untuk memberi peluang kepada remaja yang telah terlanjur untuk terus mendapatkan pendidikan. Walaupun mereka telah melakukan kesilapan dalam hidup mereka, ini tidak bermakna peluang mereka untuk mendapatkan pendidikan dinafikan.

5. HARI INI, SEKOLAH HARAPAN JASIN MEMPUNYAI 31 ORANG PELAJAR. 15 ORANG DARINYA TERDIRI DARI PADA RAKYAT NEGERI KELANTAN DARUL NAIM YANG MENTERI BESARNYA ADALAH NIK AZIZ KLUK KLEK WALI SELIPAR!!!

6. Jumlah pelajar hamil luar nikah yang paling ramai datangnya dari Negeri Kelantan Serambi Mekah!!! Oleh yang demikian ada beberapa kesimpulan boleh dibuat tentang perkara di atas.

7. Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Nik Aziz Wali Selipar terkenal dalam beberapa perkara. Kelantan terkenal sebagai negeri yang paling tinggi sumbang mahrah dan buang bayi. Kelantan juga merupakan negeri yang paling ramai penghidap HIV.

8. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Melaka memberikan bantuan kepada mereka yang sepatutnya dibantu dan dibela. Selain itu, buang bayi juga dapat dikurangkan bilangnya.

9. Oleh kerana kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu atau tidak mahu membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan, Negeri Melaka sedia melaksanakannya.

Sumber JPX

Sunday, February 20, 2011

Semakin Rumit dan Kabur Perjuangan Islam PAS...?


Dua Tokoh agama di negeri Kelantan Zainal Abidin Awang Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, dan juga Mohd. Saifuddin Abdul Rahman jurucakap Minda pondok sekata mengatakan Pas sanggup menjadi bisu dan pekak kerana nak jaga hati DAP demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam. PAS juga sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP. PAS dah tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

Mereka berkata lagi Apakah perubahan yang dibawa oleh Pas setelah berpakat dgn DAP, malah lagi teruk jika di bandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang. Katanya lagi kalau betul lah PAS nak berdakwah dgn DAP mana suara PAS, Kita ambil contoh lah apa yg belaku di Selangor apabila exco DAP sanggup campur tangan dalam hal ehwal Islam kan


PAS hari ini terlalu banyak alasan berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi..??

Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya Hadi Awang; Nik Aziz dan Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar. Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Oleh itu, melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya.

Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz kaki pusing 360 darjah...?


"Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Nik Aziz Nik ketika mengulas dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar, Tetapi Nik Aziz pusing kata dah jadi jadi kewajipan plak dia untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh..Baca di sini

Nik Aziz bagi contoh, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat, justeru Nik Aziz kata siapa Tun Mahathir apa kelebihan Tun sehingga tak boleh kena tegur..?? persoaalannya siapa Nik Aziz pula nak tegur Tun adakah Nik Aziz nak beranggapan dia adalah malaikat plak ke..?? Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan Nik Aziz sehingga hari ini masih lagi Menteri Besar, Tun Mahathir Memimpin dan memastikan Negara sehingga maju jaya, tapi Nik Aziz hanya memimpin negeri sehingga hari ini tapi huru hara.

Tun Mahathir sifatkan kehidupan Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP PKR dan jelas bukan kerana Islam pun malah umat rakyat masyarakat dengar baca apa yg keluar dari mulut Nik Aziz sendiri hatta dgn syaitan pun Nik Aziz sanggup bekerjasama bagi memastikan untuk menghancurkan perjuangan UMNO/BN bukan kerana Islam pun.

Nik Aziz kata UMNO melawan Islam sebagaimana di sebut dalam al-Quran tapi yg jelas PAS adalah parti politik dan begitu juga UMNO tapi bagi Nik Aziz sesiapa yang melawan PAS maka melawan Islam dengan memberi contoh sebelum ada Nabi Muhammad maka zaman itu adalah jahiliah.dan setelah ada Nabi Muhammad sehingga hari ini kalau umat rakyat masyarakat tak sokong PAS maka serupa manusia itu masih di zaman jahiliah. Persoaalannya adakah PAS lahir sama dgn kelahiran Nabi Muhammad. Nik Aziz memperkuatkan lagi fatwanya dengan mengatakan UMNO/BN tidak mengharam judi, mengamal rasuah berlaku kemungkaran zina dan sebagainya tapi dalam masa yang sama tidak pula menyebut permis2 arak yang juga haram yg kini berleluasa di Kelantan baca disini


Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama. Nik Aziz sifat kan Tun Mahathir manusia yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur..tapi yg hairanya bila Tun tegur Nik Aziz, kenapa nak melenting juga dgn membalas semua kenyataan Tun

Mengulas mengenai kerjasama PAS dgn DAP Nik Aziz memberi alasan kononnya PAS memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO. Hanya mereka yg tak cerdik lah yg akan percaya dengan alasan Nik Aziz, DAP tak kenal Islam..?? adakah DAP pendatang ke dalam Negara..?? bukan kah semua ahli Dap adalah org Malaysia ada kad pengenalan Malaysia, malah dalam parti mereka juga ada ahli yg beragama Islam, pemimpin DAP semua lahir dalam Negara, mendapat pendididkan awal dalam Negara, kebanyakan pemimpin DAP adalah pengamal undang2, takan mereka tak kenal Islam..??

Yang jelas Nik Aziz kaki pusing 360 darjah, semakin rumit dan kabur perjuangan Islam PAS

Thursday, February 17, 2011

PRK hanya Medan Persiap hadapi PRU13


Pilihan raya kecil (PRK) merupakan medan bagi Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau berkata sempena persiapan PAS menghadapi PRK Dun Merlimau, kata nya lagi PRK adalah sebagai latihan kepada jentera PAS yg kini dah berada dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar. Dan lagi yang penting untuk menyuntik maklumat kepada rakyat dan untuk memobilisasi jentera parti sebagai latihan katanya lagi jentera PAS tidak harus memikirkan soal kemenangan tapi memberi fokus bagi maklumat untuk tujuan mengurangkan majoriti undi BN dan bukan bertujuan pun nak merampas kerusi BN saja..??.


Sudah hampir 53 tahun takan lah jentera PAS asyik nak berlatih saja, tak letih ke..? saya percaya PRU13 nanti merupakan medan bagi umat rakyat masyarakat menyaksikan sekali lagi jentera PAS tamat latihannya dalam Pakatan dan mula berlatih sendiri semula seperti biasa

Sudah menjadi track rekod PAS yang asyik keluar masuk berpakat dgn parti2 lain untuk menghancurkan saudara2 Islam dalam perjuangan UMNO, itu saja lah kerja perjuagan Islam PAS dan apabila berlaku berpecah kelak dalam pakatan maka Pas akan kembali semula dengan fatwa sonsang mereka kononnya Allah bagi petunjuk betapa berjuang bersama orang kafir adalah haram dan perjuangan PAS merupakan korban bagi tujuan petunjuk dari Allah dan PAS akan membuat pengakuan semula yg mana masih konsisten dengan perjuangan mereka, kerana Islam…??

Oleh kerana asas PAS hanya nak menghancurkan sesama Islam justeru itu lah perjuangan PAS harus umat rakyat masyarakat tolak . Perjuagan Islam PAS hanya retorik semata2. Hari ini PAS sudah terpesong jauh dari arus kebenaran perjuangan mereka. PAS terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan Islam mereka demi untuk bersama DAP, hari ini perjuangan PAS di lihat seperti TIN KOSONG, justeru itu lah PAS seperti melukut di tepi DAP dan PKR...

“Jangan jadi menang sorak tetapi Islam terancam dalam Negara”

Wednesday, February 16, 2011

PKR Kutok Akhbar Palsu Selangor Terkini


Pakatan Rakyat Selangor kini terus di hantui dgn sindrom takut pada bayang2 mereka sendiri apabila Wanita Keadilan Selangor Haniza Mohamed Talha ADUN Taman Medan kini dah pandai mengutuk pihak yang bertanggungjawab sehingga kononnya tersebarnya akhbar palsu, Selangor Terkini yang menyerupai akhbar sah terbitan Kerajaan Selangor iaini SelangorKini.kliksini

Yang Jelas janji Allah tu benar, apa yg dulu kamu mengata mengeji mengumpat menyalahkan kepimpinan mengfitnah kerajaan BN Selangor dan hari ini ianya berbalik kepada mereka, kenapa nak bimbang, kalau berada di jalan yg betul..? mungkin bimbang kerana dulu hingga kini begitu juga lah perbuatan mereka sehingga umat rakyat masyarakat Selangor tertipu dengan pembohongan mereka.?

Wanita Keadilan Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengutuk perbuatan terdesak Umno yang sengaja menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang bertambah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor…?? Atau Wanita KeADILan Selangor khuatir kini bahawa umat masyarakat rakyat Selangor dah mula sedar yang mana kerajaan Pakatan Rakyat hari ini hanya satu Pakatan jahat yg hanya bertujuan nak memecahbelahkan umat rakyat masyarakat dalam negara dan tak tahu memipin pun..??

Apa kata, kita kata pada Wanita KeADILan Selangor supaya buat kerja tunjukkan pada rakyat Selangor apa yg mereka dah perjuang kan yg nak di banggakan oleh rakyat Selangor sehingga hari ini.?? Jangan pula tunjuk kan apa yg telah di rampas sesuatu yg di laksanakan di perjuagkan oleh UMNO/BN, kemudian nak megaku ini lah yg kerajaan Pakatan dah buat dalam negeri Selangor ??

Apa kata, kita kata pada Wanita KeADILan Selangor kenapa nak takut pada akhbar2 palsu dulu pun mereka pernah buat juga malah akbar KeADILan pun tak adil sehingga mengfitnah dan siap minta maaf lagi, takan lupa,,??

Monday, February 14, 2011

AMK dakwa Utusan bohong



Akhbar Utusan Malaysia telah dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai'

Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali kata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh PR (Pembohong Rakyat).

Ketua AMK adalah Ahli Majlis MPSP, dia beri jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan mereka..??


Persoaalanya kenapa tidak tempatkan mereka dulu atau cari lokasi yg sesuai dan laksanakan dulu sebelum merobohkan gerai2 mereka, persoaalannya juga sampai bila mereka perlu tunggu untuk AMK perjuangkan tempat lokasi baru untuk mereka..? tidak kah pemimpin Melayu PKR PAS tak fikirkan apa akan jadi pada peniaga yg telah mereka robohkan apa punca rezeki mereka sementara nak menunggu AMK berfikir lokasi dan tempat..? tidak kah ini memperlihatkan betapa zalimnya pemimpin PR, yg jelas pemimpin melayu PKR PAS tidak ada suara dalam Pakatan.

Saturday, January 29, 2011

ORANG TENANG TERSINGGUNG DENGAN NIK AZIZ


Tindakan terusan terdesak Nik Aziz yg sifatkan mereka yg tidak menyokong dan mengundi PAS sebagai orang jahiliah telah menyinggung rakyat umat masyarakat DUN Tenang, Nik Aziz dah tak ada isu yg nak di bangkitan lagi di setiap kempen2 beliau, Nik Aziz asyik nak membodoh2 kan rakyat umat masyarakat dgn fatwa2 sonsang beliau, sedang rakyat umat masyarakat dah tahu selama ini PAS hanya pembohong dan penipu hanya kerana nak kan sokongan, Islam hanya retorik PAS.

Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.Tetapi di Tenang ini orang PAS masih makan di kedai-kedai orang Umno ..?? Nik Aziz juga pernah berfatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya, dulu PAS meletakkan wanita sebagai org kelas kedua dalam PAS, muslimat di tempat yg berasingan dalam msesyuarat, tapi hari PAS 4 all boleh, yg haram pun dah halal

Friday, January 28, 2011

DOA PAS HANCURKAN, BN SERU PERPADUAN


JIKA Pas menggunakan pendekatan untuk 'bermusuhan', UMNO pula sentiasa mementingkan perpaduan sesama umat Islam. Ini terbukti menerusi kain rentang digantung oleh jentera UMNO di Jalan Kolam Air, Felda Tenang, Labis yang mengajak semua umat Islam tanpa mengira fahaman bersatu dan bersaudara.

Namun berbeza dengan Pas pada kain rentang yang dibawa oleh sebuah lori secara terang-terangan mendoakan kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Semua tahu bahawa apa pun fahaman dan bangsa, umat Islam adalah bersaudara dan tidak sewajarnya mendoakan kehancuran antara satu sama lain.

Justeru, pengundi yang akan memilih wakil rakyat mereka Ahad ini diharap mampu menilai parti mana yang memperjuangkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat…


Ishak Ramad-utusan

AJK MASJID MENGAKU SILAP


Ajk masjid Cheras mengaku mereka membuat kesilapan, baguslah mengaku, lagi pun kita ni manusia akan sentiasa membuat kesilapan bagi memastikan kita matang dalam segala hal, tapi jgn lah selalu melaku kan kesilapan sama yg memastikan kita terus jadi bangang untuk terus di perkudakan, yg jelas mereka ada tujuan yg tertentu, mereka nak melihat Islam/melayu tu bergaduh sesama sendiri, kalau dah kafir tu tetap kafir sebaik mana pun mereka tetap ada tujuan untuk memastikan Islam berpecah belah, sejahat2 watak sifat perangai org Islam kalau ada asas Islam mereka tetap membela Islam…InsyaAllah.

PAS TERUS MENGUGUT PENGUNDI TENANG


Taktik terdesak terus di main oleh PAS bila menuduh kempen UMNO/BN di Tenang yg menguna taktik mengugut rakyat umat masyarakat yg kononnya kalau tak undi UMNO/BN maka akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya, tetapi yg jelas itu tidak pernah berlaku, belum ada lagi laporan polis di buat sepanjang 50 tahun UMNO/BN memimpin dari pesara2 pencen yg mengatakan pencen mereka di tarik, malah semakin di tambah sepanjang tahun dan pelbagai kemudahan di beri kepada mereka yg memegang kad pencen tanpa mengira fahamam dan sokongan mereka.

Yang jelas sokongan PAS yg dah merosot oleh kerana sikap perjuangan mereka yg kini dah songsang dan sesat dari asas pernuangan mereka yg dulunya haram kini dah halal, malah mereka juga perlu ingat bagaimana mereka juga mengugut umat rakyat masyarakat dgn haram syarie, berdosa dan tak masuk syurga kalau undi UMNO/BN

Selain itu PAS juga menuduh UMNO/BN kononnya menguna kan politik wang, hampir 53 tahun PAS mengunakan ungkapan yg sama, umat rakyat masyarakat bukan nya tak cerdik, jangan nak bohong dan menipu lah kan kalau PAS tak menguna kan wang dalam kempen politik mereka, selama ini PAS guna apa untuk berkempen...??

Wednesday, January 26, 2011

KAFIR SOKONG PAS JIHAD


Mahfuz berkempen di depan penduduk cina Labis yang tak sampai 20 orang tu, dia kata bahawa sokong PAS adalah jihad…?? Persoaalan disini, kafir undi PAS pun boleh dikira jihad…? Ini menunjuk kan PAS dah mula terdesak dan mereka akan bercakap apa saja. Kalau orang PAS yang kemaruk nak masuk syurga secara express tu kira ok lah lagi kan, Tapi bila kafir sokong PAS pun dikira jihad..?? jgn sampai lepas ni ada pemimpin PAS yg terdesak kata pada org kafir kalau LU org undi PAS boleh masuk syurga Maaaaa..!!

CERAMAH NORMALA DI HIDANG DGN. ARAK !!



Ceramah Politik anjuran PAS di Tenang telah dikejutkan dengan hidangan arak di sebuah Kampung Cina di Tenang. Ini diceritakan sendiri oleh salah seorang ahli PAS yang hadir di ceramah tersebut. Beliau yang berang dengan kejadian tersebut mendakwa alasan yang diberikan penganjur ceramah adalah jumlah keseluruhan seramai 150 yang hadir ke ceramah tersebut kebanyakannya berbangsa Cina.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Tok Chi mendakwa tindakan penganjur itu sebenarnya mengejutkan beliau dan rakan2 kerana ianya akan mencemarkan imej PAS yang seringkali berkempen mengelak dari perbuatan keji termasuklah minum arak. Ianya juga katanya menafikan apa yang diperjuangkan PAS Selangor yang melarang umat Islam bekerja di premis yang menjual dan menghidang minuman keras tersebut. Kami cuba menangkap gambar beliau akan tetapi beliau meminta jasa baik agar tidak dipamerkan wajahnya.

Tindakan Tok Chi yang marah menyebabkan beberapa Jawatankuasa Program mententeramkan beliau lalu meminta beliau beredar dari ceramah tersebut. Tok Chi sangat kesal dan jika inilah yang dipamerkan pihak jentera, PAS tidak akan dapat menambat hati pengundi Melayu seterusnya perjuangan PAS akan kian tersasar.
Sumber Gelombang Rakyat