Followers

Friday, August 28, 2009

Tidak benar tiada tukang sebat!!!...

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini. Baca Lagi

Hari ini cerita hukuman sebat terhadap model sambilan menjadi topik perbualan hangat di mana mana sahaja, baik dari media, NGO, Politik malah rakyat, adakah patut pekara ini di perbualkan? di perdebatkan? di perbesarkan di kalangan kita yang tidak arif?. makamah syariah negeri Pahang telah menjatuhkan hukuman tersebut dan adalah sepatutnya kita menghormati keputusan itu.

Sekarang cerita hukuman itu sudah menjadi publisiti besar di bulan yang mulia ini, ada yang Pro dan ada yang Kon dalam hal ini, tapi tidak kah kita sendiri rasa bersalah mempersoalkan hukum itu tadi, saya sendiri pun bimbang untuk memberi komen dan akhirnya hukuman itu tadi menjadi bercelaru kini dan selamanya apabila campurtangan pelbagai pihak dengan kenyataan kenyataan yang berbaur Pro dab Kon itu tadi

Kekadang terfikir apakan ini yang empunya diri kehendaki? megapa dari awal, si empunya diri sering atau seperti mencari publisiti dengan keluar kenyataan2 di dada akhbar untuk menyatakan keikhlasan dengan reda dan menerimanya atas sebab balasan atas perbuatannya yang beliau lakukan, adakah beliau reda atau pun tidak? ataupun pihak2 media eletronik arus perdana mengunakan kan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan dengan menemubual beliau? Banyaklah persoaalan kini yang bermain di kalangan rakyat yang prihatin.

Sekarang empunya diri mungkin tersenyum atau mungkin hampa kerana hukuman yang sepatutnya di laksanakan kini terhalang dengan pelbagai campurtangan. Saya percaya kalau ada keredhaan dari semua pihak, maka setiap hukuman akan berjalan dengan izin Allah SWT seperti kata setiap bijak pandai agama khususnya mufti2 yang terbabit untuk memberi komen dan layak memperkatakan pekara ini, keseluruhan mengatakan jangan ada campurtangan dari pihak lain.

Hari ini saya percaya pekara ini akan di politikkan khususnya PAS dan hari ini juga akan terpalit di lembaran sejarah kini muncul seorang lagi wira yang akan mengharumkan nama negara atau akan muncul lagi seorang penceramah politik atau satu lagi isu hitam yang akan di jadikan bahan kempen oleh parti PAS terhadap kejahilannya kepimpinan UMNO sebagai pemerintah sebuah negara Malaysia yang mana Islam adalah agama rasminya.

No comments:

Post a Comment