Followers

Saturday, August 29, 2009

Allah takdirkan Umno kalah lagi

Tahniah kepada Umno Barisan Nasional yang kalah dan terus kalah dalam beberapa siri pilihanraya kecil dan terbaru PAS-PR berjaya mengekalkan kerusi Permatang . PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat bukannya mendabik dada tetapi bersyukur dengan kemenangan itu . Kami lawan Umno bukan suka-suka tetapi kerana mereka ini menzalimi rakyat dan diri mereka sendiri, selama berpuluh tahun rakyat ditipu dengan penyelewengan dan kebejatan melampau sehingga gerombolan ini sanggup lawan Tuhan Allah (macam tulisan penganut agama kristian), Tuhan sekelian Alam. dari jundullah laman PAS johor

Sebagai orang Islam kita menerima kekalahan itu sebagai takdir dari Allah SWT selain dari faktor kempen melampau dan agresif yang di tunjukkan oleh parti PAS. Mereka telah memulakan kempen untuk menghalal kan segala cara bagi tujuan untuk memastikan kuasa harus di kekalkan, peringkat awal sebelum berkempen sahaja Masihdol Am PAS Nik Aziz telah pun memulakan dengan menakutkan pengundi Islam dengan isu memangkah untuk masuk Syurga dan Neraka.

PAS juga telah mengwar-war dengan menarik penyokong yang bukan Islam dalam tidak campur tangan dan berdiam diri dalam isu arak yang di halalkan oleh rakan mereka dari DAP, serta sanggup berceramah di dalam gereja bagi meyokong pengunaan nama Allah SWT oleh penganut agama kristian yang dibantah oleh mufti mufti.

PAS hanya konsisten untuk menjatuhkan UMNO sahaja itu matlamat perjuangan asal mereka tetapi tidak dapat dilakukan kerana dahulu mereka bersendirian dan Islam menjadi teras perjuangan, tetapi mereka tidak mampu melakukan secara sendirian, maka terpaksalah Masihdol Am PAS Nik Aziz mengeluarkan kenyataan kepada ahli ahli yang mana kita harus dan terpaksa berkawan dengan syaitan, bagi tujuan tersebut, secara perlahan pemimpin mereka memainkan peranan dengan berjumpa dan berunding dengan DAP dan PKR, parti ini lah Syaitan yang di maksudkan oleh Masihdol Am PAS.

"PAS tetap komited untuk perjuangkan Islam selagi hayat kami dikandung badan biarpun datang pelbagai ujian dan tribulasi kami semua yakin Allah akan berikan juga kemenangan kepada Islam"....ungkapan dari pemimpin PAS kepada peringkat akar umbi PAS, mereka memainkan isu betapa Islam hari ini sentiasa kalah dalam semua hal khususnya di negara Malaysia yg kita cintai ini.

"PAS sekarang ini adalah uslub untuk memberi faham kepada rakyat tentang keindahan dan keadilan Islam itu sendiri terutamanya rakan-rakan kami dalam DAP dan PKR yang selama ini turut dibelenggu salah faham tentang Islam gara-gara Umno"....Hampir 52 kita Merdeka , 52 tahun bukan masa yang singkat, lama sangat2 tidak kah DAP faham tentang Islam, mengarut! dalam PKR tidak ada kah orang Islam di dalamnya?

PAS kini hanya komited dengan rakan syaitan mereka untuk menjatuh sesama Islam saudara Islam mereka hanya kerana kepimpinan mereka yang gila kuasa semata mata, gila untuk berkuasa, mereka sedar PAS terpaksa menjualkan maruah perjuangan mereka selama ini. Adakah PAS ingat mereka boleh melaksanakan hukum dan syariah Islam sekiranya PR memerintah negara? Adakah kita akan melihat kejatuhan Islam dalam negara kita hanya gara gara mereka yang gila untuk berkuasa ini?

Di Selangor kini Beer sudah mula di halalkan, YB DAP sudah mula menegur tentang laungan azan yang membingitkan, rumah pelacuran tempat2 maksiat bertambah......apa yang PAS boleh lakukan? YB PAS pun kena herdik sahaja di Selangor supaya jangan campur tangan, hari ini YB PAS mengarahkan supaya AJK Masjid dan Surau di beri kuasa semula untuk menangkap orang2 Islam yang minum Beer yang di halalkan oleh rakan rakan mereka, itu sahaja yang mereka boleh buat atas dasar komited dan kerjasama Pakatan Rakyat. ini kah yang PAS katakan keindahan dan fahaman Islam kepada rakan2 mereka?...Hampas!!




No comments:

Post a Comment