Followers

Wednesday, August 26, 2009

Tahniah Portal Rasmi UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Tahniahlah saya nak ucapkan kepada Portal Rasmi UMNO Bahagian Pasir Gudang kerana telah dapat di baik pulih, harapan agar organasasi yang berada di belakang Portal ini dapat memainkan peranan yang baik demi perjuangan UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Maka dapatlah ahli-ahli mendapat maklumat dari peringkat Bahagian secara terus dan telus, selepas ini tidak adalah rungutan tidak dapat maklumat, bukan sahaja ahli malah kepimpinan di peringkat cawangan apatah lagi yang telah di bekalkan dengan komputer riba dan juga di bekalkan dengan ilmu ilmu pengetahuan mengenai pengunaan jalur lebar, bolehlah sama sama berjuang di alam siber pula.

Nasihat saya kepada admin dan yang berada di belakang Portal ini, jangan gunakan Portal ini seperti hak individu, gunakan lah Portal ini sebagai hak semua ahli di dalam UMNO Bahagian Pasir Gudang, kerja biar ikhlas demi Agama Bangsa dan Negara.

Salam dari saya untuk warga Portal UMNO Bahagia Pasir Gudang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada UMNO Bahagian PAsir Gudang.Tahniah dan syabas sekali lagi.

No comments:

Post a Comment