Followers

Thursday, December 23, 2010

Kerajaan Selangor siri 1Malaysia


Konsep 1Malaysia adalah gagasan Satu Malaysia oleh Perdana Menteri yang langsung tidak ada kena mengena dengan penyatuan parti politik untuk menghadapi pilihan raya. Beliau tidak perlukan nya kerana BN adalah perikatan yang telah terbukti perpaduannya. Konsep 1Malaysia adalah konsep rakyat,. Konsep 1Malaysia bererti rakyat Malaysia BERDIRI, BERFIKIR dan BERTINDAK sebagai satu Malaysia.

Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yg memperuntokan kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah di benarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. MB Selangor peka ke pekara ini..??

Kerajaan Pakatan melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang serta papan iklan di negari Selangor, penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik pun, kenapa kerajaan pakatan takut dan kalut dgn logo tu…?? Mungkin Pakatan dah nampak lambang itu kini sudah menjadi ikon oleh rakyat dalam Negara.

Tahniah PM

Saturday, December 4, 2010

DULU KAFIR SEKARANG ANUGERAH TUHAN


DAHULU, UMNO dituduh kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kaum Cina dan India tetapi apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan orang-orang bukan Islam, mereka tidak pula jadi kafir. Inilah Pas yang tidak ada prinsip. Apa yang mereka buat semuanya betul dan mengikut ajaran Islam dan apa yang dibuat orang lain tidak betul. Inilah golongan hipokrit dan sebab itulah, mereka boleh bekerjasama dengan Anwar kerana sama-sama hipokrit.

Semasa dalam UMNO, Anwar kutuk Pas dan kata macam-macam kepada pemimpin dan parti itu. Anwar sokong apa saja yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sekarang Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pula membuat kenyataan bahawa Anwar adalah ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz pula menyokong kenyataan Wan Azizah.

Jika sebelum ini, pemimpin Pas menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka, kini PKR pula ikut rentak yang sama apabila Wan Azizah menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ untuk memimpin negara ini. Orang yang dahulunya dituduh kafir oleh Pas sekarang telah dinaikkan taraf kepada seorang yang dipilih oleh Allah apabila Nik Aziz menyokong kenyataan tersebut.

Kenyataan ini bukan saja tidak betul tetapi boleh mengelirukan umat Islam. Wan Azizah tidak perlu cari pengaruh dan sokongan untuk suaminya dengan menggunakan perkataan seperti itu. Sebagai isteri, Wan Azizah tahu siapa sebenarnya Anwar. Oleh itu, tak perlulah menyifatkan Anwar sebagai anugerah Tuhan.

ZAK

Kuala Lumpur ( ruangan forum utusan 4/12/2010)

Thursday, December 2, 2010

Seloka ‘Anwar Anugerah Tuhan’


“Anwar ANUGERAH TUHAN”
KATA ISTERI YANG TAK KERUAN
KONON BERJUANG UNTUK KEADILAN
AHLI SENDIRI MEMPERTIKAIKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PENYOKONG SETIA TURUT MENGANGGUKKAN

TERLALU OBSES DENGAN IMPIAN

PUTRAJAYA JADI IDAMAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

AMBOI BEGITU HEBATNYA PUJIAN

PARTI SENDIRI TAK KETAHUAN

INIKAN NAK PERINTAH SATU KERAJAAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

KE SANA KE MARI HEBOH SAKAN

SATU DUNIA DIA JAJAKAN

KONON ‘BN’ ZALIM DALAM PEMERINTAHAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

BANGGA SEBAGAI PEMIMPIN PAKATAN

KIT SIANG, HAJI HADI BERI LALUAN

WALAUPUN KERUSI TAK BERKECUKUPAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

GELI GELEMAN SELURUH BADAN

KES PERIBADI DIA LEWATKAN

KES ORANG LAIN DIA SIBUKKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

PARTI KRONI DIA ASASKAN

JANGAN USIK SIORANG KANAN

KELAK TERSINGKIR MACAM SIPOLAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

SIVAJI THE BOSS JADI MAINAN

MENCATUR PEMIMPIN MASA HADAPAN

HABIS BERCELARU PARTI KEADILAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

TIMBUL PULA RASA KASIHAN

KONGRES AMK TAK DAPAT SAMBUTAN

BAGAIMANA MEMBINA PEMIMPIN LAPISAN?

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

CETUSAN NALURI ISTERI KESAYANGAN

KETUANAN MELAYU KINI DIKETEPIKAN

SEBAGAI STRATEGI MENENTU KEMENANGAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”

ANAK BERANAK DALAM PIMPINAN

ANGGOTA LAIN CUMA TEMPELAN

SIAPA KOMPLEN HARUS

DISINGKIRKAN

BENAR, “ANWAR ANUGERAH TUHAN”

UNTUK DI JADIKAN BATU SEMPADAN

OLEH SEMUA INSAN-INSAN

AGAR TIDAK TERSESAT JALAN

Sharudin Abdullah

Bandar Baru Bangi, Selangor.

Friday, November 19, 2010

PENIPUAN PAS DAN NIK AZIZ


Sebenarnya Pas bukan setakat menggunakan GMC sahaja yang memfitnah UMNO bahkan dalam menggugatkan kepercayaan orang Islam terhadap UMNO dan menafikan perjuangan Islam UMNO mula berlaku pada bulan Ogos 1963 iaitu Dewan Ulamak PAS Kelantan telah merekacipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau sekurang-kurangnya haram”. (Kenyataan boleh lihat dalam Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984).

Hukum seperti ini adalah sebenarnya PAS telah mengharamkan perkara yang harus.

Sebagai bukti pada akhirnya sekarang ini PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (sila lihat Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999).

Oleh itu terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO.

Ketika mula mengkafirkan UMNO pada tahun 1963 dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan dan sesuai dengan maksud ayat al-Quran “KHUSYUBUN MUSANADAH” yang disebut dalam ayat 4 surah al-Munafiqun sebagaimana maksudnya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan dan tingkah laku mereka; iaitu badan mereka yang segak, pakaian mereka semacam orang Islam tulen, dan tutur kata mereka pula yang manis serta senyuman mereka yang menawan; dan apabila mereka berkata-kata di dalam majlis perjumpaan denganmu, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya, lantaran manis dan petah bercakap mengenai ayat al-Quran dan Hadith. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar di tepi-tepi dinding, batang-batang kayu yang tidak mempunyai akar atau tunjang dan tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki, bahkan selalu berputar belit hukum-hakam dan kerja-buat mereka. Dalam hal ini mereka tidak ubahnya seperti bayang-bayang kosong sahaja. Kerana merasai bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka tiap-tiap jeritan atau riuh rendah yang didengar oleh mereka, adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, oleh itu berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya sendiri daripada kebenaran? (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-MUNAFIQUN)

Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan Nik Aziz telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, walau bagaimana pun kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. Kerana dulu orang Pas kata menyokong UMNO menjadi Kafir, kini telah berubah menjadi sesat atau tidak akan masuk syurga sahaja. Yang anehnya ada manusia yang boleh percaya hukum tersebut sedangkan syurga atau neraka bukan hak mutlak kepunyaan Nik Aziz.

Firman Allah yang bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)

Sebenarnya gabungan antara kaum tajaan PAS dan PKR hanya sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival agama atau bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.

Dipetik dari komentar pembaca dalam blog kickdefella

Monday, November 8, 2010

Monyet dapat bunga

PAS adalah perjuangan yg zalim macam komunis, mereka sedar tahu perasan yg mereka sebenarnya sedang menyerang orang Islam yg memerintah dengan baik, mereka rakus tamak haloba merampas pada pemimpin islam yang telah terang2 membangunkan negeri dan negara dengan perjuangan dan titik peluh serta semangat cintakan Agama .Bangsa dan Negara.

Sebenarnya tidak ada apa yang tidak baik dengan kerajaan UMNO/BN, tetapi PAS mencipta keburokan dari kebaikan, mencipta persepsi dari realiti, mencipta kezaliman UMNO/BN konon nya perlu di perangi dan hari ini Allah tunjukkan perjuangan belang PAS sebenarnya yang hanya tahu memperguna menghina Islam dan secara jelas atau tidak PAS telah meletakkan Islam itu di bawah telapak kaki mereka.

PAS sebenarnya tidak mampu memimpin tidak mampu merencanakan hatta pada negeri yang sedia ada dan sempurna, umpama "monyet mendapat bunga", PAS kini antara sedar atau tidak sebenarnya sedang menghancurkan memperdagangkan menzalimi Agama, Bangsa dan Negara bagi survival politik sempit pemimpin mereka yang tidak tahu apa makna perjuagan sebenarnya.

Apa yanga PAS perjuagankan?? Islam ?? Kuasa ??

Monday, November 1, 2010

PAS BUKAN PARTI ALTERNATIF ISLAM



HARI demi hari orang Melayu disajikan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti Pas, hal ini bukan sahaja berlaku setiap kali menjelang sesuatu pilihan raya bahkan berlaku sepanjang tahun.

Daripada perbuatan khianat, berbohong, sanggup menjadi pecacai DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain hatta sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik!

Lihat sahaja 'tingkah laku islamik' yang dibawa oleh Pas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas.

Itupun nasib baik PKR, sibuk berkempen di Batu Sapi, jika tidak, aksi kolaborasi Pas dan PKR setiap kali melakukan jimak politik akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba!

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak.

Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.

Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam.

Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!

Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!

Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik! Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik.

Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin! Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!

Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008. Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!

Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam. Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!

Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian. Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!

Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya. Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam!

Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?

Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!

Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.

NORHISYAM MOHAMAD

Kuala Kedah

Saturday, October 30, 2010

PAS Sokong Kenyataan DAP Dalam Menentang Subjek Matapelajaran Sejarah


GUA MUSANG 29 Okt – Tindakan DAP mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ibarat seperti menidakkan asal usul mereka sendiri.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Md Nordin berkata dengan sejarahlah rakyat di negara ini menikmati keselesaan hidup hasil kefahaman rakyat mengenai sejarah mereka yang terdahulu.

"Sesiapa yang mempertikaikan sejarah ini boleh diibaratkan seperti mereka yang melupai atau menidakkan asal usul keturunan mereka sendiri, sepatutnya kita harus berbangga dengan asal usul (sejarah) kita.

"Saya hairan bagaimana dengan DAP boleh menidakkan sejarah sedangkan jatuh bangun atau maju mundur sesuatu bangsa dan negara berdasarkan kepada faktor sejarah mereka," katanya ketika dihubungi umno-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP melalui ahli parlimennya, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan itu dengan menyatakan kebimbangannya bahawa akan berlaku manupulasi terhadap mata pelajaran itu demi kepentingan sesuatu pihak di negara ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Galas sekarang, pihak pembangkang terutamanya DAP turut menggunakan isu berkenaan di kawasan bukan Melayu supaya pengundi terbabit tidak memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Sumber Bernama

Tuesday, October 19, 2010

APA JASA PAS...??


AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini. UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.
Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam

Sumber Utusan, Awang Selamat

PAS PARTI PALING BUSOK DAN KOTOR..??



PAS adalah serpihan dari UMNO, begitu juga org Islam/Melayu dalam PKR yg ada dari PAS dan UMNO, PAS pernah masuk dan keluar dalam UMNO, tapi UMNO tetap kekal tidak kemana-mana, masih konsisten dgn perjuangan nya, tidak mengelabah seperti PAS atau melayu2 dalam PKR

Allah memuliakan manusia dari kejadianNya yg lain dengan memberi akal dan fikiran. Kalau nak fikir perjuanga yang terlalu kotor dan busuk?? perjuagan PAS lah yg sepatutnya di beri tuduhan tersebut, kerana lahiriahnya mempergunakan agama untuk meraih sokongan, PAS tahu betapa sensetif nya Islam di kalangan org Melayu dalam negara, PAS memperdaya kan rakyat dengan mempercayai yg mana perjuangan PAS adalah kesinambungan bagi kesempurnaan Islam dalam negara saja, mempergunakan al-Quran dan hadis bukan untuk kebaikan sejagat tetapi untuk kepentingan politik sempit PAS.

Adakah di kira perjuagan PAS menang kononnya memerintah, sekiranya umat Islam dalam negara masih berpecah belah?? persoaalannya yg harus kita tanya pada penyokong2 atau kepada rakyat adakah PAS menang ke Pakatan yang menang??

Thursday, September 30, 2010

PADERI HINA ISLAM, MANA SUARA PAKATAN RAKYAT...??

Oleh Susan Lim - Malaysian Instinct

Kes paderi menghina Islam di Kuching menambahkan ketegangan dalam masyarakat. Di kala sentimen perkauman masih lagi hangat, apa yang dilakukan oleh paderi tersebut dilihat sebagai provokasi nyata yang ingin menyalakan bara.

Penulis sendiri merasa tidak selesa dengan apa yang berlaku sekarang. Penulis juga tahu, orang Islam pastinya tersinggung dengan perbuatan yang dianggap biadap itu.

Di Amerika baru-baru ini penghinaan terhadap Islam berlaku apabila seorang paderi mengugut akan membakar Al-Quran. Sememangnya, Islam sering menjadi sasaran penghinaan golongan rasis dan berfikiran sempit.

Namun begitu, masyarakat Islam yang rasional jarang sekali bertindak balas dengan membakar kitab atau menghina sembahan agama lain apabila Islam dihina. Ini kerana Islam tidak mungkin terhina walau apapun yang dilakukan oleh mereka.

Orang Islam yang waras, percaya bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan mereka yang mencemuh agama ini yang akan berakhir dalam kehinaan.

Tatkala Katy Lim menghina Allah, umat Islam di Malaysia tidak pula membalas dengan mencemuh berhala atau Tuhan yang disembah oleh Katy Lim.

Orang Islam juga tidak mentertawakan buah-buahan dan makanan yang diletak bagi tujuan sembahyang walaupun semua orang tahu yang Tuhan itu tidak ‘mampu’ menjamah makanan yang dihidangkan.

Mereka juga tidak menghina roh nenek moyang orang bukan Islam yang tidak dapat bercakap setelah menjamah kuih bakul yang liat dan melekat-lekat.

Apabila Namawee menghina Azan, orang Islam tidak pula membalas dengan menghentam gendang Cina dan suasana bising tangisan lakonan upahan bila ada kematian kaum itu.

Melayu marah apabila agama dan bangsanya dihina tetapi masih bersikap rasional dan matang serta tidak sanggup menghina agama lain sebagai tindak balas. Itulah bukti tingginya nilai-nilai diri bangsa Melayu serta kesucian dan kebenaran Islam.

Sebagai seorang Cina, penulis kadang-kadang merasa malu dengan gelagat orang bukan Islam cuba menghina dan memalukan orang Melayu dan agama anutan mereka.

Sebaliknya, perbuatan paderi Kristian di Kuching pula secara langsung telah merendahkan martabat agamanya sendiri. Pasti orang Islam tertanya-tanya, apakah Kristian membenarkan perbuatan itu? Apakah agama Buddha atau Hindu juga menggalakkan penganutnya mempersenda agama lain?

Ini kerana sehingga kini kita masih tidak mendengar komen atau kecaman dari pihak pemimpin politik beragama Kristian berkenaan perbuatan paderi tersebut. Theresa Kok, misalnya, apakah dia tidak ada apa untuk diperkatakan tehadap paderi tersebut?

Pemimpin DAP dan PKR yang rata-ratanya merupakan penganut Kristian, Buddha dan Hindu juga sama, tidakkah terpanggil untuk membuat kecaman terhadap paderi tersebut hanya kerana bukan agama mereka yang menjadi sasaran?

Apakah ajaran agama-agama mereka membenarkan penganutnya menghina orang lain? Adakah ajaran agama selain Islam turut mempunyai mempunyai silibus menghina Tuhan agama lain?

Atau apakah pemimpin-pemimpin ini semua sememangnya rasis dan anti-Melayu yang tegar?

Agak memalukan bukan, apabila ada orang masih mahu bergaduh kerana soal kaum dan agama. Kalau semua agama membawa ke syurga, kenapa perlu kita bergaduh?

Apabila anak Cina menyimbah cat di surau, Melayu menerima permohonan maaf mereka dengan baik. Tidak ada politikus Melayu yang melalak meraung dan melolong mencemuh dan membangkitkan kebencian terhadap anak-anak Cina tersebut.

Tidak pernah kita dengar pemimpin Melayu kata ``Mari Kita Parangkan Mereka``. Sebaliknya, politikus Cina pantas membela perbuatan anak-anak Cina itu sebagai kenakalan anak-anak muda semata-mata.

Tetapi, bila seorang pengetua Melayu menyatakan hakikat bangsa lain yang menjadi pendatang ke negara ini, semua politikus terutamanya dari DAP menyalak-nyalak tanpa henti, riuh rendah, bising lagi membingitkan.

Politikus Melayu tidak pula bertindak membela pengetua tersebut tetapi bersikap rasional dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Politikus Cina juga secara terang-terangan membela Namawee seorang rasis dan pengkhianat negara yang jelas, malah mengangkatnya sebagai wira kaum Cina pula.

Semua ini membuktikan bahawa DAP dan PKR sememangnya didominasi oleh rasis dan anti-Melayu. Jika tidak, tidak mungkin suatu ketika dulu pemimpin DAP di Perak pernah menjanjikan yang tidak ada masalah undang-undang bagi umat Islam yang ingin murtad di Perak.

Melihat dari kesungguhan DAP khasnya dan pembangkang amnya, untuk menyemarakkan ketegangan kaum dalam setiap perbuatan dan kata-kata mereka, kita musykil apakah paderi tersebut juga sekadar bertindak mengikut perancangan mereka untuk mencetuskan kemarahan orang Melayu?

Apakah DAP dan pembangkang benar-benar ingin bermain dengan api? Jika tidak, tolonglah bersuara mengutuk penghinaan paderi tersebut terhadap Islam. Tidak apa jika tidak ikhlas, lagipun pernahkan DAP melakukan apa-apa kebaikan terhadap Melayu atau Islam secara ikhlas?

Tolonglah jangan dimalukan bangsa Cina di Malaysia ini.

sumber kedahkekl.blogspot.com

Sunday, June 20, 2010

PAS MEROSAKKAN AKHLAK?


Betapa hari ini mereka-mereka (pemimpin ulama konon) yg berjuang atas dasar Islam kini rata-rata mempengaruhi bagi mengotorkan jiwa2 orang islam tanpa sedar mereka melemahkan rohani merosakkan akhlak penyokong mereka sendiri dan umat islam khususnya, bagi merealisasikan impian politik sempit mereka, sehingga penyokong mereka sendiri tidak dapat mengenali siapa saudara2 Islam dan siapa musuh yg perlu di tentang.

Pemimpin ulama PAS hari ini lebih banyak menanamkan perasaan sedih dukacita keresahan kepada penyokongnya dan rakyat bagi menagih simpati dari perjuagan mereka yang kini telah songsang dari perjuagan asal mereka bagi menunjukan kebenaran mereka kini berjuang dalam Pakatan Rakyat

Perjuangan PAS kini berjiwa yg lemah, cita-cita kini yg tidak luhur kabur dan tidak lagi mempunyai semangat ketahanan juang yg tinggi yang dapat kita lihat hari ini perjuagan PAS hanya mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat tanpa memikirkan lagi dasar-dasar perjuangan PAS yg sebenar.

Sabda Rasulullah SAW : " Mintalah pertolongan dari Allah SWT dan janganlah kamu merasa lemah"..HR muslim

Yang nyata sebenarnya Perjuangan PAS hari ini lebih kepada bersikap tamak dan haloba pada Allah SWT kerana tidak mahu mengsyukuri nikmat(dalam negara) yg telah di berikan walaupun sedikit tetapi besar faedah pada hambaNya.

Tuesday, June 15, 2010

PAS DAH MENGALAH!!! HUKUM HUDUD TAK BOLEH DILAKSANAKAN!



PAS DAH MENGALAH!!! HUKUM HUDUD TAK BOLEH DILAKSANAKAN!

Betapa agungnya kuasa ALLAH. Dulu bukan main lagi pas menghina mencerca umno kerana tak mampu melaksanakan hudud !

Last-last ALLAH kehelkan balik lidah pemimpin lahabau Pas. dia akhirnya akui tak mampu laksanakan hudud di negeri pemerintahan mereka.

inilah parti paling jijik pernah lahir dalam sejarah islam sejak 1,400 tahun yang lalu !

pembohong,munafik,hipokrit paling lahabau !tahniah malaysiandigest,kerana menyiarkan pengakuan parti sesat pas !

sila baca kenyataan berikut :-

Pas Akui Belum Mampu Laksana Undang-undang Islam Di Negeri Pakatan Pembangkang

KOTA BAHARU, 11 Jun (Bernama) -- PAS belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri yang diperintah pakatan pembangkang, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata parti itu terpaksa mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

Malahan beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus.

"PAS yang berjaya memerintah Kelantan, pernah di Terengganu dan Perak, dan terkini memimpin kerajaan di Kedah di samping menyertai kerajaan campuran di Selangor dan Pulau Pinang telah mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri," katanya dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini Jumaat.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat.

Ucapan dasar Abdul Hadi pada muktamar itu, yang bertemakan "Islam Adil untuk Semua", lebih banyak retorik dengan banyak menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) melakukan kesilapan dalam pentadbiran negara.

"PAS wajib berjuang mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar dalam segala lapangan, dan seterusnya memulihkan imej Islam walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan," katanya.



-- BERNAMA

posted/edited by : Linda
references : GAP/Malaysiandigest.
By: Anti-PKR Club

Friday, May 21, 2010

Nik Aziz dan Perjuagan PAS berkawan dengan syaitan Akhirnya??

Mereka mengatakan yag mana ungkapan Nik Aziz sanggup berkawan bersama syaitan adalah satu perumpamaan dgn alasan Nik Aziz adalah pakar Mantik dan ianya menjadi sepeti satu kiasan (balaghah) Jangan ingat kita tak faham bahasa kiasan dan jgn oleh kerana kita selalu mempersoalkan nya justeru kita tidak cerdik.

Kita tahu dan percaya mana mungkin Nik Aziz boleh berkawan dgn syaitan, tapi dalam konteks lainnya sebagai org islam yg beriman setiap apa yg kita lakukan akan mendapat Rahmat dan Restu dari Allah SWT dan setiap apa yg kita kata dan kita ucap ianya akan menjadi sebagai satu doa selagi kita mulakan hidup kita dgn memuji dan memuja nama Allah Swt dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.

Dalam skop politik kata2 Nik Aziz juga mengatakan yg DAP umpama syaitan kerana masa itu banyak tindak tanduk PAS di perkecilkan oleh DAP dan dalam skop politik juga Nik Aziz telah berkompromi dan berundingan dgn DAP untuk bekerjasama tetapi Nik Aziz tidak boleh terus bersetuju kerena kempen yg tahap melampau terhadap DAP telah di sematkan dalam penyokong PAS yg mana DAP harus di perangi secara total dan bimbang kejutan semangat penyokong dan sokongan terhadap PAS terjejas serta pembohongan yg ketara.

Hari ini PAS bersama DAP dan penyokong tegar PAS merelakan atas dasar perumpamaan itu tadi selain mainan politik sempit untuk berkuasa maka harus bersama dgn DAP bagi memerangi UMNO kini bukan kerana kafir tetapi kerana UMNO zalim dan sebagai juga tidak menjalankan hukum2 dan nilai2 islam versi PAS.

Persoaalannya adakah prjuagan PAS bersama DAP kelak akan memastikan sebuah negara dan hukum islam secara total atau ianya tetap sama seperti hari ini? Malaysia adalah adalah sebuah negara islam dan tidak ada keraguan sepatutnya tidak perlu di pertikaikan tidak ada asas, tidak ada fakta untuk menolaknya.

Pembohongan yg tidak cerdik dan sempit sekiranya kefahaman PAS memerintah barulah Malaysia akan menjadi Islam di main kan, sedangkan rakyat semua tahu yg mana ciri2 islam memang sudah bertapak dalam negara, justeru hari ini kita di kenali di seluruh negara2 Islam, malah Yusof Qardawi pun menerima ijazah ketokohan beliau dalam negara, malah negara juga di jadikan contoh sebagai sebuah negara islam yg berjaya menitik beratkan nilai2 islam dalam negara yg hidup berbilang bangsa agama serta adat resam mereka yg boleh di praktikan dalam negara.

Bagaimana dgn pengakuan Lim Kit Siang yg mana negara Islam bukan matlamat Pakatan Rakyat? berapa lama pula masa PAS nak ambil untuk mengislamkan DAP? atau kelak dgn sombong dan bongkak sebelum ayam berkokok DAP akan memeluk Islam sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah?

Sebab itu rakyat merasakan BN tetap relevan untuk memerintah negara, insyaAllah PRU13 kelak BN akan secara total mengembalikan semua negeri dalam negara, kerana hari ini rakyat khsusnya org2 melayu Islam dah nampak dan petunjuknya adalah PRK Sibu yg lepas bagaimana Islam dan nama Allah SWT di perlekehkan dipergunakan dijadikan bahan kempen politik semata-mata bagi menunjukkan sudah tidak ada nilai lagi Islam dan Allah SWT bagi perjuagan PAS.

Bangkit lah rakan2 semua kita sedarkan rakan2 Melayu Islam dalam PAS dan PKR agar mereka muhasabah diri " Sebelum Bangsa terhapus, Negara di perintah orang lain, Islam pasti terancam dalam Negara."

Friday, May 7, 2010

Lagi Kisah Anwar

Kebetulan atau dirancang? Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang sudah menjangkakan kekalahan PKR di Hulu Selangor terus menghilangkan diri ke Oslo, Norway. Kerap terjadi apabila ada peristiwa yang tidak menguntungkan PKR, Anwar terbang ke luar.

Beliau dilaporkan menghadiri Forum Kebebasan Oslo yang menghimpunkan aktivis yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi di negara masing-masing. Awang tidak pasti apakah sumbangan Anwar dalam konteks Malaysia.

Menurut laman web forum berkenaan, sumbangan Anwar paling menonjol adalah dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian di Malaysia.

'Perjuangan' Anwar itu mendapat liputan meluas media antarabangsa. Sememangnya Anwar sejak sedekad lalu bekerja keras untuk menonjolkan imej sebagai ikon antarabangsa dan disayangi media asing, lebih-lebih lagi sejak kes liwat pertamanya.

Kini Anwar yang menghadapi satu lagi dakwaan kes liwat dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada beliau, memperhebatkan lagi penampilannya di arena antarabangsa.

Di luar negara, beliau menggambarkan imejnya bersih bersih moral dan berintegriti. Seperti biasa juga, beliau meraih simpati dunia bagi menyelamatkannya yang berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Turut menarik perhatian Awang, beberapa aktivis yang mencetuskan kontroversi di negara masing-masing termasuk yang menentang pemerintahan Islam menjadi ahli panel forum. Awang boleh baca agenda yang tersirat di sebalik forum seperti itu.

Sebagai maklumat latar, Forum Kebebasan Oslo tanpa dicanangkan, juga memperjuangkan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tetapi Awang tidak teruja hal tersebut. Yang menjadi persoalan mengapa Anwar ghairah menjual imejnya di luar negara selain memburukkan Malaysia. Apakah beliau sedang melakukan persiapan tertentu?

Awang tidak fikir Anwar akan mengikut jejak langkah sahabatnya, Raja Petra Kamaruddin lari meninggalkan negara kerana ia akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Selain mempercaturkan campur tangan asing membantunya, Anwar memerlukan platform baru di luar negara jika keadaan mendesak. Beliau mampu berbuat apa sahaja sebagaimana pendedahan puluhan pemimpin PKR yang telah meninggalkannya.

rencana awang

Saturday, March 20, 2010

Nik Aziz terlalu takbur?.....

TUMPAT 22 Nov. – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting*, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

”Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

“Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

“Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.

“Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

“Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,” katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

“Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

“Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

“Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,” ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Utusan Malaysia Nov 23hb 2009

Saturday, January 30, 2010

Cemerlang Gemilang Terbilang Juara Rakyat 1 Malaysia

Lama saya tidak menulis dalam blog sendiri, bukan malas atau bukan jemu untuk menulis atau jemu dalam perjuagan hari ini, tetapi terlebih berjuang sehingga terlupa yg diri ini ada blog sendiri yg harus di isi dengan pelbagai isu dan pandangan bagi untuk memastikan dasar perjuagan demi agama bangsa dan negara dapat di teruskan, cuma ada keperluan lain yg harus di beri perhatian lebih atas nama perjuagan, apa lagi yang pada kita?...perjuagan.

Bila berada di alam jalur lebar hari ini saya lebih banyak mendapat pendedahan dengan apa itu erti perjuangan yg susah hendak di terjemahkan dengan kata kata tetapi yg harus saya terjemahkan di luar di alam yang nyata dengan lebih penuh keyakinan.

Saya melalui dan berhadapan dengan pelbagai artikel yg di kongsi oleh rakan rakan dari pihak lawan mahu pun kawan yg pro dan kontra dan dengan secara sehat atau tidak perdebatan dan komen komen di kemukakan bagi menyatakan perjuagan siapa yang paling betul dan siapa yg salah tapi pada penghujungnya perdebatan dan komen ianya berlalu tanpa titik noktah kerana masing masing kepenatan yg tidak ada kepuasan tetapi perjuagan harus di teruskan untuk mencari kebenaran.

Saya mengambil kata-kata dari Tuan Haji Mohd Ghazali Ahmad (HAMGA)beliau dulu adalah merupakan ahli PAS yg pernah duduk didalam pelbagai jawatan penting di dalam PAS dan kembali berhijrah pd UMNO, kata beliau "Siapakah yang sebenarnya di pihak yg benar? PAS mengakui mereka lah yang benar, UMNO juga mengatakan kita benar, pengakuan diri tidak boleh di jadikan alasan untuk menentukan kebenaran yg benar kerana syaitan pun merasakan dirinya lebih baik dari makhluk lain"

Hari ini UMNO masih konsisten dengan perjuagan demi agama bangsa dan negara tidak berubah walau segelumit inci sehingga ke hari dan sebagai bukti dalil dan fakta sehingga hari ini hampir sedekad kita masih lagi memerintah masih lagi di beri kepercayaan oleh berjuta juta rakyat di dalam negara bagi untuk memastikan perlembangaan Islam adalah agama rasmi negara institusi raja raja melayu dan ketuanan melayu di pertahankan tanpa mengabaikan agama dan bangsa2 kaum lain.

PAS hari ini bukan sahaja tidak konsisten dengan menolak perjuagan mereka yg kononnya untuk sebuah negara dan hukum islam hanya kerana nak bersepakat dengan DAP, maka dengan tidak konsistennya perjuagan PAS, jelas dan nyata selama ini PAS pembohong, bukan sahaja kepada penyokong penyokongnya malah kepada rakyat dan yg paling utama PAS berbohong pada Allah SWT.

Cuma sya lebih berharap agar rakan2 di blogger dan luar alam siber ini agar lebih berhemah dalam kita memberi penerangan kepada masyarakat tentang kepincangan dan kerosakan umat yg telah di lakukan oleh PAS dan rakan sekutunya DAP dan PKR dengan lebih berhemah dan bertamadun semoga kita lebih di lihat sebagai sememangnya parti yg bejuang untuk agama bangsa dan negara, semoga kita akan terus memberi khidmat yg baik cemerlang gemilang dan terbilang sebagai juara rakyat di dalam 1 MALAYSIA.

Saturday, January 2, 2010

Adakah Sejarah Hitam akan Berulang?...Ya Allah

Pada penghujung tahun 2009 lagi hampir beberapa jam kita akan menyambut tahun baru, rakyat Islam seluruh negara telah di berikan satu hadiah awal sempena tahun baru 2010, hadiah yang telah membuat rakyat Islam begitu marah dan tertekan dengan keputusan makamah persekutuan yang telah berpihak kepada Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar mingguan The Herald bagi boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan makamah juga menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Hari ini kita dapat lihat bagimana islam terus di permainkan dan di perkudakan oleh agama-agama lain dalam negara, orang melayu orang islam sudah tidak hormat lagi, raja-raja berperlembagaan tidak di hormati lagi oleh mereka mereka ini.

Siapa dalang kepada berlakunya semua ini? jawapannya mudah PAS, parti yang kononnya berjuang bersama islam yang tidak konsisten dalam perjuagannya, menjadikan islam sebagai agenda politik untuk berkuasa, untuk memecah belahkan umat, hanya inginkan sokongan dari umat islam yg dengkal dan jahil dalam agama yang kononnya memerlukan bimbingan yang memerlukan pemimpin yang kononnya fasih, bijak yang tak jahil tak fasik yg nampak tak munafik dalam segala bidang agama hatta perjuangan politik agar kononya dapat membawa mereka memimpin mereka terus kesyurga tanpa melintas tali siratulmustakim.

Hari ini mereka yang di janji syurga ini terus menyokong walaupun tahu perjuangan PAS telah menolak, mengetepikan, tagguhkan atau dengan kata mudah menolak wadah perjuagan mereka untuk sebuah negara islam bagi memenuhi kononnya hidup berpakat pula dengan satu2 parti yang menolak islam DAP.

Dan hari ini untuk meraih sokongan bangsa dan agama lain demi kuasa bukan kerana Allah SWT salah seorang pemimpin PAS sendiri telah berhujjah dengan panjang lebar malah siap dengan dalilnya bagi menyokong mengizinkan pengunaan nama Allah oleh penganut ugama kristian khatolik malah beliau sendiri berceramah di di dalam gereja tersebut bagi menyokong tujuan pengunaan nama Allah SWT, dan beliau jugalah yang mendapat nama jolokan YB kuil...nauzubillah!

Siapakah yang untung dengan tidak konsistennya PAS dalam perjuangan mereka? hari ini mereka rakan2 PAS sendiri rakan Pakatan kononnya berkempen dalam loghat dan bahasa yg kita tak faham sesama sendiri pun tak faham dgn mengatakan PAS sudah tidak perjuangkan islam lagi, PAS nak perintah sikit sana sikit sini mesti sama2 dengan kita, maka tak perlu takut hanya UMNO sahaja kini yang perjuang kan Islam, orang islam sudah tidak kuat, kita boleh cakap apa sahaja tentang islam, hari ini PAS akan DIAM, PAS akan melihat, PAS tunduk sahaja melihat islam di perlekehkan.

Adakah ini akan jadi semula pencetus kepada akan berlakunya apa yang telah kita alami sejarah hitam pada mei 1969 harapan saya agar di jauhi oleh Allah SWT, semoga rakyat lebih rasional, saya tidak mahu anak-anak kita mengalami apa yang telah nenek moyang mereka alami.

TAKBIRRRR!!!!!.....