Followers

Sunday, May 31, 2009

Leih Baik Dok Bawah Cina Dari Melayu..Azmin




Semalam, semasa aku dok meronda "pantau" ceramah dari puak2 PKR di penanti, aku singgah di Kubang Semang.

Kubang Semang merupakan kubu kuat Anwar dan Pas. Penceramah yang dijadualkan berceramah di kubang semang semalam ialah Anwar, Tian Chua, Mustafa Ali dan Nga. Tetapi berlaku penambahan penceramah dengan Azmin dan Ahmad Awang turut diundang berceramah.

Seperti biasa, Anwar dan Tian Chua memomokkan 7-8 ratus pengundi penanti yang hadir (bukan semua orang penanti pun) dengan kononnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN dan sedikit isu rasuah dan isu SPRM. Manakala, Ahmad Awang mewar-warkan tentang isu pergolakan dan desakan pembubaran DUN di Perak.

Tapi yang paling aku tertarik ialah ucapan Azmin.

Azmin berceramah tentang betapa bagusnya DAP dan pemimpin2 cina dalam PR. Salah satu ungkapan yang masih terlekat dalam kepala aku ialah " lebih baik kita berada di bawah pemerintahan cina daripada berada dibawah pemerintahan melayu perasuah".

Aku yang dok tengah syiok minum hampir tersemboq ayaq kat muka pakcik Pas yang dok depan aku. Hebat sungguh ucapan Azmin. Dia dengan berani menentang amalan yang "sinonim" dengan PKR sendiri. Dia mungkin dah lupa, di penanti... PKR sedang menghadapi isu rasuah yang di laporkan oleh kak min.

Ucapan Azmin ibarat "telunjuk ditunding kedepan, tetapi 4 lagi menunding kearah sendiri".

Jika di tafsir balik isi ceramah oleh Azmin, para pengundi harus menolak Dr mansor dan PKR kerana tiada gunanya memilih "melayu perasuah" sebagai pemimpin. Tetapi sayang sebab tiada calon cina bebas bertanding di penanti.

Mungkin calon bebas cap wau bulan iaitu saudara Nai Khan Ari a/l Nai Keow boleh dijadikan alternatif kerana beliau bukan melayu.

Apa-apa pun, keputusan PRK N12 Penanti besok adalah merupakan sesuatu yang menarik untuk kita saksikan. Apakah Mansor akan "rebah" dikaki kak min atau PKR akan terus bertapak kukuh di sini. Peratusan keluar mengundi dan majoriti undian juga bakal menjadi tumpuan.

Sama-sama lah kita tunggu.

p/s: di Guar Perahu (salah satu kubu kuat Pas), dilaporkan bendera PKR banyak yang dikoyakkan oleh "tangan2 ghaib" semalam. Mungkinkah ini signal penolakkan dari ahli2 Pas dikawasan tersebut ??? Wallahualam.

sumber dari Pusaka ayahanda

Saturday, May 30, 2009

Benarkan cendiakawan pimpin Umno...

Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno. Penganalisa politik dan sejarah, . Datuk Dr Ramlah Adam berkata Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang

Saranan dari mereka yang pakar harus di ambil kira, kerana stiap teguran itu adalah kebaikan

InsyaAllah UMNO tidak sakit, UMNO tidak Tenat, UMNO sentiasa sehat waalfiat

Hari ini saya saya terpanggil untuk membetulkan kepada semua kempimpinan di peringkat bahagian dan cawangan khususnya yang telah di beri peluang untuk menyampaikan maklumat mahupun pandangan mereka kepada ahli ahli di peringkat akar umbi, dan hari ini saya telah pun menyatakan kepada pandangan dan kebimbingan saya di peringkat Pemuda Pusat dan Pemuda Bahagian Pasir Gudang dan saya gembira kerana mereka bersetuju dengan pandangan saya dan saya rasa ini lah masanya mereka mencari pendekatan lain yang lebih berhemah dalam memberi penerangan, maklumat kepada ahli ahli di peringkat akar umbi khususnya pemuda pemuda, hari ini kalau kita lihat pembangkang juga mengunakan pendekatan yang sama dengan menanamkan kepada masyarakat dan rakyat khasnya mengenai ketenatan dan kesakitan yang di alami oleh UMNO hari ini malah mereka menyatakan yang ketenatan dan kesakitan UMNO itu di akui sendiri oleh kepimpinan UMNO, Apa dah jadi?

Saya hairan kenapa kita sebagai ahli UMNO di peringkat kepimpinan sendiri sering mengugkapkan pekara UMNO sedang sakit, UMNO sedang tenat, UMNO perlukan suntikan, UMNO perlukan obat, UMNO sudah tua, kemudian dengan sedihnya konon merayu kepada ahli di peringkat akar umbi untuk membuat sesuatu supaya UMNO itu kembali normal.Siapa yang sakit, siapa yang tenat sebenarnya?

Saya rasa sekarang masanya kita hentikan ungkapan ungkapan tersebut konon untuk menagih simpati masyarakat, rakyat dan ahli UMNO sendiri, kalau ini yang selalu kita main kan, saya bimbang ia akan menjadi kenyataan.

Kenapa kita tidak mencari sesuatu ungkapan yang lebih berhemah, lebih memberi semangat, lebih kepada memberi kesedaran, lebih kepada memberi kebimbingan kepada menyatakan untuk pekara yang sama tetapi jangan sampai kita meluahkan ungkapan ungkapan yang tersebut.

Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang di sebalik ungkapan kepada UMNO itu, saya akan bagai UMNO ini adalah sebuah syarikat, sebuah syarikat yang maju jaya yang berjaya mengembangkan perniagaan selama 63 tahun dengan mengeluarkan pelbagai produk dan hari ini ada ramai pesaing yang cuba meniru produk produk UMNO dan ini lah yang harus kita maklumkan kepada pengurus pengurus pemasaran kita agar turun padang kepada pelangan pelangan dengan menyatakan kepada mereka yang mana pesaing pesaing ini telah meniru produk jenama kita dan pelangan pelangan harus berhati hati dengan jenama jenama tiruan ini dan sekiranya pelangan pelangan mengunakan jenama tiruan ini kita akan mendapat masaalah masalah sampingan bukan sahaja pada diri kita malah pada bangsa agama dan negara.

Justeru itu rakan rakan perjuangan semua berhentilah dari mengunakan ungkapan UMNO sedang sakit, UMNO sedang tenat, sampai sampaikan dan panjang panjangkan kepada rakan rakan seperjuangan.

Salam perjuangan

Dr Mansor Pengasas TEKUN????

“Kita mau, Insyaallah kalau menang nanti kita mahu Dr Mansor yang merupakan pengasas kepada ‘Tekun’ perlu mencurahkan idea, tenaga dan masa bersama ketua Menteri untuk mencari jalan terbaik membela nasib orang-orang melayu di sini." ucapan anwar Ibrahim di Penanti.baca lagi

"Kepada pewagai TEKUN, kena jawablah ni, betul ke Dr Mansor tu Pengasas TEKUN, kepada anwar cukup cukup lah menipu rakyat,dah lah ramai tertipu 16 Sept di Pmtg Pauh,heboh satu malaya,kamu nak jadi PM,kesian pada mamat & minah,mak cik pakcik yang pakai topeng kertas muka kamu tu di tipu.

sumber dari pisau.net




'Altantuya' seret Badrul ke balai


kemaskini 8.57pm Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis. Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.

"kalau kita lihat politik pembangkang sekarang lebih kepada nak mencari publisiti untuk memperkenalkan diri dengan membangkit kepada pekara yang boleh mencabar kewibawaan pegawai keamanan dan lebih kepada untuk menjejaskan keamanan negara, macam sudah menjadi trend pembangkang untuk popular kan diri dengan melakukan pekara yang menyalahi undang undang, kena tangkap sahaja, maka pemimpin tertinggi PKR PAS danDAP akan melihat mereka sebagai perjuang, dan sudah tentu mereka akan di letakkan di suatu tempat atau jawatan di dalam parti, maka ramailah pemimpin pemimpin pembangkang ini terdiri daripada mereka mereka yang bersikap liar dan tidak pro aktif unutk membangunkan negara, tetapi kepada aktif dalam membangunkan kan masyarakat yang mundur pemikiran"

Friday, May 29, 2009

Program PKR Hambar, Tiada Sambutan


seorang menteri besar yang hadir ke majlis perjumpaan rakyat, yang hadir tak sampai 50 orang.siapa pun tak layan.masing-masing buat kerja dan tak mau layan mereka.mansor pula nampak bodoh jer



satu lagi. ketua wanita pkr malaysia mai untuk ceramah dan penerangan.tak sapa pun nak mai.semua pakat dok termenung



la banyak ni jer ke putri pkr yang gempur. jadi selama ni yang megahkan sangatkan tu orang luar la...........


Bukti Rakyat Penanti sudah menyampah dengan PKR

sumber www.pisau.net

Batal lesen pemberi pinjaman wang berlesen ala ah long

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan teragak-agak menggantung atau membatalkan lesen pemberi pinjaman wang berlesen yang mengamalkan corak perniagaan ala ceti haram atau ah long.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pasukan penguat kuasa kementeriannya sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pemberi pinjaman wang berlesen supaya lesen yang dikeluarkan oleh pihaknya itu tidak disalahgunakan.baca lagi

"Ini bukan pekara baru dah lama sangat, tapi nampaknya mereka ini macam mencabar kerajaan, kalau nak baca berita tentang ambil tindakan dah banyak kali, setiap kali ada masaalah tentang mereka, menteri main teragak agak saja, tindakan tegas tidak di ambil juga, macam ada kepentingan pula, di sini memang saya boleh lah kata bercanggah sedikit dengan kerajaan, saya rasa tidak ada ruginya kalau kerajaan bertindak untuk membatalkan atau mengantungkan sementara lesen lesen pemberi peinjaman wang berlesen ini.

Mahkamah tolakpermohonan Herald Catholic

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.
baca lagi

Saya percaya Nik Aziz akan berceramah di penanti demi utnuk menarik pengundi bukan islam bagi menyokong perjuangan PAS dalam PR bagi menidakkan keputusan yang telah di buat oleh makamah dalam mempergunakan nama Allah sewenang wenangnya, tapi apa nak hairankan kalau nik aziz dah kata sanggup berkawan dengan syaitan unutk menumbangkan kerajaan BN...

DUN Ladang kekal milik Pas

PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.

Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.


Makamah memihak kepada parti PAS, saya percaya Makamah ini adalah adil kerana berpihak kepada PAS, maka lepas ini mereka akan menyatakan yang mana tiga panel hakim adalah mereka yang tidak berpihak kepada kerajaan BN, hakim yang telus, Hakim yang bijaksana, Hakim demokrasi, memang hampeh PAS ni.....
Benih Benih Kominis Wujud Dalam Pas

Dr. Abdul Mu'ti Bayyumi, seorang pensyarah Akidah & Falsafah di kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar Kaherah berkata " Berapa banyak sudah gerakan Islam hampir menang tetapi tewas di garisan penamat kerana tidak mengetahui falsafah. Sudah berapa kali gerakan Islam hampir berjaya namun kecundang di perlawanan akhir kerana tidak mengenali falsafah dan ideologi barat. Harus berapa lagikah gerakan Islam yang tersungkur di depan pintu syurga kerana matlamat mereka dipesongkan oleh falsafah barat. Mereka tidak mempelajari falsafah kerana anggapan mereka falsafah itu tidak berguna dan mengatakan ia adalah ilmu sekular. Dan ilmu sekular haruslah dijauhi kerana berasal dari orang kafir. Lantas Mereka kecundang dan kalah hanya dengan falsafah". Demikian syarahan beliau yang diberikan kepada studentnya termasuk penulis.

Penulis di sini cuba ingin membincangkan tentang falsafah Komunisme dan mengaitkannya tentang fenomena landskap politik yang berlaku di Malaysia.

Komunisme adalah satu falsafah yang berideologikan kepada fahaman untuk membentuk sebuah negara egalitary, masyarakat tidak berkelas, memperjuangkan ketuanan rakyat serta kesamarataan dalam hak pemilikan, allegiance terhadap fahaman Marxisme-Leninisme.

Komunisme melahirkan satu fahaman sosialisme. Falsafah sosialisme adalah satu konsep yang mengatakan bahawa semua harta negara adalah milik rakyat. Pembahagian harta rakyat haruslah samarata dan adil agar semua orang berpuas hati. Pembahagian harta ini tidak didasari dengan kredit kerja malah orang yang kerja kuat pun sama sahaja hartanya dengan orang yang tidak bekerja. Falsafah ini telah menghancurkan ekonomi Islam yang bertunjangkan semangat berusaha.

Fahaman Komunisme menyatakan bahawa kepemilikan tanah dan total ekonomi dan politik adalah samarata kepada semua rakyat. Menurut sosialisme pebahagian kelas harus samarata. Pada prinsipnya semua harta direpresentasikan sebagai milik rakyat. Oleh karena itu, seluruh alat-alat produksi harus dikuasai oleh rakyat untuk kemakmuran rakyat secara sama rata.

Dalam falsafah Marxisme yang merupakan tunjang kepada falsafah Komunisme, menyatakan bahawa rakyat mesti menumbangkan kerajaan yang elit untuk mencapai masyarakat tanpa kelas, status marhaen, proletariat atau bourgeois. Maka dengan ini, pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam boleh ditumbangkan jikalau rakyat kesemuanya berfahaman Komunisme Demikian lah fahaman yang terkandung di dalam teori dialectical and historical oleh Karl Marx.

Apakah PAS yang menyokong kepulangan Chin peng ini merupakan tanda-tanda bahawa PAS sudah dikuasai oleh fahaman komunisme?

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng .

Persoalannya adalah, Apakah mereka ini tidak melihat kekejaman komunisme yang dibawa oleh Chin Peng? KLIK SINI Untuk melihat kekejaman komunisme terhadap bangsa Malaysia. Juga lihat kekejaman komunisme di serata dunia terhadap manusia KLIK SINI , mahu lagi? ambil ni DI SINI LAGI. Masih mahu? kau ambillah semua di sini DAN JUGA DI SINI.
baca lagi

"Kadang kadang Pembangkang hanya nak tunjuk kepada pekara yang bertentangan, mereka tahu, mereka sedar, tapi hanya kerna mahukan sokongan semata mata maka mereka sanggup mengiakan kepada pekara menidakkan, hari ini kita akan melihat kejatuhan satu satunya parti PAS yang memperjuangkan Islam kononnya, Pada Ceramah di Penanti demi unutk menarik penyokong bangsa lain, Nik Aziz sanggup mempertikaikan pembinaan rumah Allah oleh kerajaan BN, menentang pembinaan Masjid yang di katakan membazir duit rakyat.

Thursday, May 28, 2009

Zahrain: Semua Dakwaan Aminah Satu Pembohongan

PULAU PINANG, 27 Mei (Bernama) -- Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim Rabu menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.baca lagi


"Datuk Z dah mula berpeluh sejuk ni, saya tak percaya kita boleh mereka cipta sesuatu cerita tanpa kejadian yang betul betul berlaku, mugkin ada sikit terpesong ke, terkucil ke, tapi yang nyata ia nya berlaku, kalau kita dengar rakaman perbualan Aminah Abdullah, Mohd. Rofi Osman(suami Aminah), Chia Kah Peng (lawyer) MT PKR dan Peter Lim - Pegawai Khas Exco YB Lau Chu Kiang, kita dapat andaikan memang berlaku sogokan, kalau tak sabit kesalahan oleh SPRM pun tak tahu lah kan, semoga berjayalah Kak Min. bongkar kan saja biar rakyat Penanti dan rakyat di seluruh negara tahu.."

Wednesday, May 27, 2009

Bukti Gambar Kehadiran 2 orang pemimpin PKR di rumah calon bebas Aminah Abdullah .

Azmin gelar calon bebas 'Minah Ronggeng'

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) 'mencerminkan' dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannyabaca lagi

Bermula kempen cemuh mencemuh dan hina menghina, mana ada pendekatan yang baik, beginikah sikap se orang pemimpin PKR, tak faham macam mana rakyat boleh mengundi mamat ni? berkempen pun tak berhemah, cuba menegakkan benang yang basah, dah jelas dan nyata, pekara sogokan itu berlaku, malah ada bukti lagi, masih nak tutup, harapan rakyat Penanti tidak termakan tipu helah orang2 PKR.
Nafi Atur Pertemuan, Cabar PKR Beri Bukti

BUKIT MERTAJAM[1.30 pm] - Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah (foto), menafikan beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 Mei lalu. Sebaliknya, katanya, pertemuan itu diaturkan seorang daripada mereka yang menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang. Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut mencabar Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya mendedahkan satu peristiwa berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal yang berkaitan soal maruah. "Saya berikannya masa selama 24 jam untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


"Apalah yang di buat oleh Datuk Z pula kat Hotel masa itu, hanya Kak Min sahaja yang tahu, apa yang nak saya perjelaskan di sini hanyalah mengenai kempen, maka disini kita nak rakyat sendiri menyaksikan cara orang orang PKR, PAS dan DAP berkempen, Cara mereka berkempen hanyalah memburok burok dan membuat fitnah sahaja, hari ini kita lihat bagaimana mereka cuba untuk mencari salah di antara satu sama lain, kalau kita dapat saksikan dan kita fikir fikirkan dan kita tanya lah pula, siapa Kak Min? hari ini semalam dan 2 hari sebelum semalam, tidak ada pun satu artikel yang megajak rakyat penanti untuk sama sama membangun kan Penanti demi kesejahteraan rakyat Penanti"



"Kempen Poster di Penanti sudah bermula, dan sudah di jangka kan, tuduhan tetap di lemparkan kepada UMNO, dalam ceramah DSAI di Penanti hanya berkisar pada mengutok UMNO dan BN, MBM Nizar pula berkisar pada kejatuhan beliau di perak, maka rakyat Penanti hanya di semaikan dengan perasaan benci dan dengki semata mata, nama nak beri pembangunan pada rakyat Penanti jauh sekali, cerita orang PKR jumpa kak min mungkin tak berani di dendangkan....

PKR Timbang Tindakan Undang-undang Terhadap Aminah

PULAU PINANG, 26 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah, yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali.baca lagi

"Memang kelakar, dalam hal mengatakan mereka di pihak yang benar, kena pakai timbang lah pula, ya lah pakai timbang ni baru lah nampak keseimbangannya, nak lagi menunjukan kan ketelusan perjuangan maka, terima lah kata kata kak min tu datuk Z, bubarkan sahaja PKR kat pulau pinang tu, masuk barisan, nak selindung mamcam mana lagi ni?..."

PKR Akui Dua Anggotanya Buat Tawaran Kepada Aminah

BUTTERWORTH, 26 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menafikan bahawa dua individu yang didakwa menawarkan ganjaran wang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, adalah anggota parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata tawaran itu bukannya daripada parti berkenaan.

"Saya sudah menemui kedua-duanya. Mereka memaklumkan tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat antara mereka dan (ia) bukan mewakili parti," katanya kepada pemberita di Yayasan Aman di sini Selasa.
baca lagi

"Dah boleh jadi bahan ketawa, nak perbodohkan orang pun patut2 lah kan, teringat pula iklan kat tv mengenai pelekat gigi palsu, dailog dia berbunyi, "dulu mereka selalu gelak kan saya, Sekarang saya pulak gelak besar bersama sama dengan mereka", rakyat Penanti bukan nya bodoh sangat nak buat penilaian, apa pun kita serahlah kepada rakyat Penanti untuk buat penentuan, nak komen banyak2 kan bimbang pula, kerana dah jadi kes, biar lah kita tunggu siasatan SPRM dan Polis.

Tuesday, May 26, 2009

Penyokong 'rasa tertipu' mainan Umno

Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian.
"Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya.
"Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga," kata Datuk Hashim Suboh hari ini.Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga "berasa tertipu" dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.baca lagi

"Dalam perjuangan,ahli parti dan rakyat adalah di utamakan fokus perjuangan di dalam pelembangaan UMNO yang merangkumi semua aspek adalah demi agama bangsa dan negara, itu dasar perjuangan UMNO, sekiranya ada sikap untuk mengugut keluar parti hanya kerana individu, itu bukan perjuangan dalam UMNO, siapa yang menjadi ketua kita mesti akur, permasalahan dengan tindak tanduk ketua dengan keluar parti bukan jalan penyelesainnya dan jangan ingat kita juga akan berada di dalam zon yang selesa bila berada di luar parti, adakah dengan melihat kemusnahan itu satu kepuasan, sepatutnya mereka ini lebih kepada bermsyuarah dari terus membuat tindakan.

Pembangkang Jadikan BN Sasaran Kempen Kerana Tiada Modal Lain

PULAU PINANG , 25 Mei (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembangkang menjadikan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai sasaran pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti memang dijangkakan kerana mereka ketiadaan modal untuk berkempen.baca lagi

"Apa yang ada pada perjuangan parti PKR PAS dan DAP?, kalau mereka memerintah pun haya sekadar menyambung apa yang telah di usahakan oleh perjuangan BN, sebelum memerintah berjanji bukan main lagi, tapi bila dah memerintah tak tahu nak buat kerja, janji tinggal janji, ujung2 malu malu alah dalam melaksanakan kerja, apa yang mereka buat selama ini meniru sahaja, malah saya percaya mereka juga akui tentang keberkesanan pembangunan yang telah BN buat. Apa lagi yang ada dari perjuangan parti yang kononnya bersatu dalam nama Pakatan Rakyat selain nak jadi Penipu Rakyat semata mata.

Monday, May 25, 2009


Kempen Penanti

Maka kini bermula lah kempen untuk memburok burok kan parti lawan, biasalah ini akan berlaku dan sudah menjadi amalan parti khususnya PAS yang akan mencari atau tidak ada pun akan di adakan keburokan demi untuk memastikan mereka dapat memalukan pihak lawan, kalau tidak ada sikap, sifat lawan pun boleh di malukan dan ini sudah pun bermula di peringkat blogger yang di bayar oleh PAS, selalunya penceramah mereka ini kan bermula dengan kutokan lemparan fitnah hampir berjam jam dan selang tak berapa minit sahaja baru lah mereka akan bercerita tentang pembangunan dan selalunya bila cerita tentang pembangunan ini ada di kalangan yang hadir mula untuk angkat kaki, kerena sudah terasa ceramah ceramah mereka yang berbentuk pembangunan ini hanyalah berbentuk lawak semata mata, tetapi fitnah dan memburok burok kan pihak lawan adalah sesuatu yag serius dalam ceramah PAS ni.
DUN Perak bakal bubar tidak lama lagi

SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat.:

:Beliau berkata, hasil perjumpaannya dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman awal minggu ini, mereka bersetuju DUN Perak perlu dibubarkan.:baca lagi

"Satu lagi cara pembangkang nak manipulasikan sesuatu keadaan dan cubaan untuk mengajak rakyat agar merasakan kan apa juga keadaan sekiranya tindakan di ambil sewajarnya bagi kesejahteraan rakyat, kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO tetap juga di anggap mempunyai agenda untuk kepentingan parti bukan kepentingan rakyat. Bagi saya adalah lebih baik DUN perak tidak perlu di bubarkan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat perak, PR telah di berikan masa untuk secukupnya untuk memerintah Perak, maka persoaalannya adakah PR telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Perak khususnya orang melayu pada masa tersebut? dan saya percaya Husam sebagai perjuang Islam kononya mesti pecaya pada Qada dan Qadar Allah, adalah menjadi sesuatu yang pelik perjuang Islam tidak boleh menerimanya Qada dan Qadar Allah, maka kenapa tidak PAS, PKR dan DAP tunggu untuk pemilu yang 13 demi untuk kesejahteraan rakyat perak.
Sogok wang: Gerak akui dihubungi ahli Pas


SHAH ALAM - Gerakan Rakyat Integrasi dan Anti Rasuah (Gerak) mendedahkan ada pemimpin Pas telah membuat tawaran wang sumbangan sekiranya diberi peluang merasmikan satu persidangan Pas Kawasan di Lembah Klang. Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, kebenaran mengenai perkara tersebut tidak dapat dipastikan namun be-liau mengaku telah dihubungi seorang ahli Pas di kawasan terbabit mengenai perkara tersebut dan ada meminta pandangannya. Kata Mohd Nazree, panggilan tersebut diterimanya minggu lepas dan ahli Pas itu memberitahu pemimpin terbabit sedia memberi sumbangan (tidak dinyatakan jumlah) jika diberi ruang merasmikan persidangan Pas kawasan ahli itu.



"Jangan lah ingat kita ni maksum sangat, selagi kita ini masih lagi bernama manusia yang bernafsu, kita tidak akan lari dari unutk melakukan pada pekara yang boleh merosakkan keimanan kita, kekadang kita dapat rasakan apa yang kita buat sentiasa betul belaka, oleh kerana kononnya sudah merasakan diri itu berada di pihak yang benar dan berada kononnya terlampau rapat dengan Allah SWT, maka apa yang di buat tidak lari dari akidah, hatta kononya dalam bentuk menyumbang, kemudian tanpa di sedari meminta pula, pucuk pangkalnya jangan lah nak salahkan kan orang sahaja, bak kata orang kata dulang paku serpih, jangan ingat orang PAS sahaja berada di jalan yang benar, kepada parti PAS, jagan mempermainkan agama untuk kepentingan politik dan kuasa semata mata."

Thursday, May 21, 2009

Pemuda lapor polis Salahuddin hina hakim


IPOH 20 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mendakwa barisan hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dengan kes Menteri Besar Perak boleh dibeli.baca lagi

PAS macam sudah tahu yang mana kes ini tidak akan berpihak pada mereka atau mereka sengaja memberi tekanan awal agar semoga hakim makamah rayuan berpihak pada mereka, kalau kita lihat secara seikologinya sebenar nya PAS telah memberi tekanan pada hakim atau dengan erti kata lain sebenarnya PAS telah mula mengugut Hakim dengan membeli hakim secara mentaliti.

Saya berharap agar rakyat perak lebih rasioanal dan memahami perjalanan politik dan memahami keperluan dan peruntokan di dalam dewan undangan negeri, walaupun keputusan sudah di buat oleh makamah tinggi dan BN akur, kalau pun ia nya berpihak pada PR dalam makahamah rayuan, BN masih ada majorati di dalam dewan undanagn negeri Perak adn saya percaya makamah tidak boleh mengubah majorati di dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Wednesday, May 20, 2009

Imej Elizabeth Wong masa kini

Ini baru betul nak mengaburi mata rakyat dan nak minta simpati semata mata, apa pun sebagai manusia yang bermoral saya simpati dengan apa yang berlaku dengan YB Eli ni, tapi bila fikir fikir semula YB Eli memang tidak bermoral langsung, pelik tapi benar ini lah yang berlaku, bila gejala yang tak sehat ini terkena kepada komponen BN maka menyalak lah pak ulama ulama PAS menempelak ketidak ada moral, tapi bila terkena batang hidung sendiri, molek belaka.
Anak Raja Petra Mengaku Salah Tuduhan Mencuri

SHAH ALAM [2.56 am] - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.




Saya ketawa dan tesenyum sendiri apabila satu blog yang di pelopori oleh angkatan muda PKR yang terlampau sangat exstrim hinggakan pengakuan bersalah anak Blogger tersohor Raja Petra pun di katakan salah satu konpirasi untuk mengaburi mata rakyat. Apa lagi dalam fikiran saya masai ini?, mesti di dalam kepala mereka pemimpin UMNO ataupun pihak berkuasa, walaupun tidak secara terang terang, maka banyaklah konon adaian yang tak masuk akal lah dengan tujuan untuk mereka ini (PKR) nak mengaburi pemikiran rakyat pula supaya konon2 ada konpirasi untuk memburuk buruk kan Blogger tersohor Raja Petra mereka.

Jangan jadi 'kaduk naik junjung'

Semalam kita telah di kejutkan dengan berita sebuah pertubuhan haram Hindraf yang ahli peratusannya nya terdiri daripada orang2 India di Malaysia ini yang tak sedar diri, mengugut untuk mengadakan rusuhan jalanan, maka ketua Polis Negara mengatakan siapa meraka ini nak ugut2 orang, apa besarnya dia orang dan apa kepentingan negara terhadap mereka ini, hari ini ramai pemimpin pertubuhan melayu terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar unutk mempertikaikan pertubuhan haram Hindraf.

pekara ini berlaku apabila dalam Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Disini apa yang nak kita lihat ya lah, mana kepimpinan pembangkang dalam keadaan macam ini, mana pemimpin melayu PKR? adakah mereka juga sekongkol dengan keadaan macam ini, atau mereka bimbang unutk bersuara dan menghalalkan perbuatan rusuhan jalanan yang sememangnya salah satu daripada dasar yang di pelopori oleh parti PKR atau adakah ahli ahli hindarf ini merupakan salah satu komponen PKR?

Mana pemimpin PAS, apa reaksi mereka terhadap pekara yang boleh menjejaskan keselamatan negara? atau Hindraf ini merupakan pertubuhan didikan parti PAS bagi menentang kepimpinan kerajaan yang sedia ada dan meraka akan menyalahkan kerajaan apabila sesuatu berlaku kepada pemimpin haram Hkndraf ini.

Apa yang nampak jelas hari ini, pemimpin pembangkang akn sentiasa mencari salah dan berselindung dan mengambil kesempatan di sebalik masaalah dan kemelut yang di hadapi oleh rakyat hari ini, malah pembangkang akan berselidung dan mengambil kesempatan di sebalik musibah yang di timpakan oleh Allah SWT terhadap hambanya.
PKR bertanding dengan PKR


Ini lah hakikat yang sebenarnya, ini lah mesej yang nak di sampaikan oleh kepimpinan BN, kemelut yang berlaku di dalam parti PKR, sendiri sama sendiri pun nak lawan, selepas ni mari kita lihat lagi satu calon bebas yang akan di taja oleh parti PAS pula, al-nik aziz dah mula buat buat konon terkejut dan terkujat bila mendengar BN tak bertanding di Penanti, maka tak ada pelunag lah untuk ulama ulama PAS nak buat fitnah di Penanti kali ni, gian sebenarnya buat fitnah ni, macam orang hisap dadah juga kan.

Tuesday, May 19, 2009

Tiada amalan politik wang dalam Pas

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tidak ada amalan politik wang dalam Pas sebagaimana dakwaan Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamad Daud Iraqi pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, maklum balas itu diperoleh hasil taklimat daripada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Ketua Dewan Pas Pusat dan beberapa pimpinan pusat lain.

PAS mana ada rasuah semua, pemimpin dan ahli PAS semua macam malaikat, kerja nya cuma menghambakan diri sahaja pada al-Hadi dengan al-Nik Aziz, tak makan tak minum, baju yang pemimpin dan ahli PAS pakai setahun sekali tukar, pemimpin dan ahli PAS ni tak ada nafsu, maka tak perlu bimbang, memang tak ada rasuah lah dalam PAS ni.

Kata orang tak kan lah pokok boleh bergoyang dengan sendirinya kan, dalam hal rasuah dalam PAS pun UMNO yang salah juga ni, dalam kemelut PKR pun UMNO Salah juga, bagi orang PAS dalam hal pemberian wang ni bukan rasuah, kalau bagi pun tak haram tapi halal, orang bagi ambil lah, kan tok guru al-Nik aziz dah bagi amanat.

Pemimpin Negeri Sambut Baik Keputusan Najib

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin politik Pulau Pinang rata-rata hari ini menyokong keputusan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti 31 Mei ini.

Di Johor Baharu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata, "Tindakan BN (tidak bertanding) adalah bijak kerana ia tidak mengikut gendang paluan pembangkang yang membazirkan wang rakyat seperti kos Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis dan lain-lain".

Tapi bagi Pembangkang yang bergelar PKR mereka rata rata sungguh kecewa dengan dengan keputusan Najib yang tidak meletakkan calon untuk bertanding di penanti, maka memukullah gendang pencacai pencacai mereka di blog blog di dada akhbar mereka bagi menutup apa berlaku sehingga perletakan jawatan DUN Penanti oleh fairuz adalah kesalahan dari UMNO, amat melucukan sekali.

Siapakah orang yang telah membongkar amalan rasuah fairuz selama ini, kenapa mereka tidak mahu bercerita atau mendendangkan orang tersebut, apakah semua itu lakonan PKR semata mata, mungkin tidak kerana orang UMNO masih berfikiran waras untuk berfikir,bukan seperti apa yang orang PKR fikirkan sekarang...Moein
Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Kata Presiden PAS al-Hadi

Apa dasar PAS sekarang ini?, apabila bersekongkol dengan DAP satu2 parti yang menolak Islam. Dulu mereka melaung laungkan UMNO kafir laknatullah apabila bersama sama dengan orang kafir, mereka memainkan sentimen keagamaan, sanggup membohong rakyat, memutar belit kan fakta dengan mengatakan orang2 UMNO kafir, tak boleh berimam kan orang2 UMNO, tapi hari ini PAS bersama sama dengan orang yang kafir, maka tidak kah mereka juga kafir laknattullah, bagi PAS semua boleh belaka, Betapa sikap benci dan sakit hatinya pemimpin yang bergelar ulama ini maka sampai sanggup kempimpinan mereka terulung al-Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan sampai sanggup berkawan dengan syaitan untuk menghancurkan UMNO.

Maka di sini kalau kita lihat betapa pemimpin ulma ini mempergunakan islam untuk mainan politik mereka yang kotor, sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik dan kuasa. sanggup menghukum kafir kepada saudara islam. bersama sama dengan DAP adakah itu dasar PAS?

Saturday, May 16, 2009

60,000 anggota jentera penerangan UMNO tak faham tugas - Ahmad Maslan

15/05/2009 4:14pm


KUALA TERENGGANU 15 Mei — Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.


Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.


Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.


“Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. - Bernama

Tugas Utama Umno Kini Ubati Hati Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih.

Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A. Kadir Jasin berkata jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar.

"Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita," katanya yang juga seorang blogger terkenal.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat malam.

Anggota panel lain ialah ahli akademik dan juga penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling dan Penasihat Undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Kadir berkata Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang bakal berlangsung 31 Mei depan.

"Segala cakap-cakap mengenai Umno tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan merosakkan kedudukan Umno... jadi pilihan raya kecil atau besar Umno kena juga bertanding," katanya.

Prof Zainal ketika mengetengahkan pendapatnya pula berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana termasuk juga media alternatif.

"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.

"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive". Sebab itu corak politik yang terlalu "ethical" yang dipraktikkan Umno sudah tidak relevan lagi sekarang," katanya.



-- BERNAMA