Followers
Sunday, August 30, 2009
Episod Tunding Jari di Permatang Pasir
Suka tak suka boleh ke tidak, pekara ini akan menjadi isu dan akan di bincangkan juga, mengenal pasti atau mencari sebab dalam bahasa lainya "Post Mortem". Sememangnya dari peringkat awal lagi saya dapat rasakan ada yang tidak waras dalam pemilihan beliau, kerana peringkat awalnya ada desa desus bantahan dari peringkat akar umbi, sepatunya dalam hal seperti ini si empunya diri harus memainkan peranan, kena jujur kena insaf, keikhlasan, kena muhasabah diri, kena mandi wajib segala agar kita dapat rasakan yang diri kita ini betul betul bersih dari segala kotoran dan harus merasa diri kita betul2 bersedia sebelum menawarkan diri atau di tawarkan oleh rakan2 seperjuangan, kita harus mengenal pasti diri kita dulu, siapa kita? sesuaikah kita? ini bukan pekara yang boleh di katakan main2 atau boleh cuba2 (Try,Test,cuba,tengok).
Tetapi bolehkah pekara ini juga di katakan pengajaran? kerana pekara yang berlaku secara berulang, tsunami PRU ke12 kita dah dapat banyak pengajaran mengenai pekara yang sama, bila kesilapan meletak pemimpin di setiap kawasan adalah menjadi salah satu punca, adakah pemimpin kita ini masih belum dapat pengajaran atau tidak belajar atau terlupa nak belajar pekara tersebut kerana terlampau banyak sangat tugasan negara?
Sampai bila peringkat akar umbi sahaja yang akan menanggung risiko setiap kali berlaku seperti pekara tersebut, risiko untuk membetulkan keadaan di peringkat akar umbi, kami di peringkat akar umbi ingin mencari pemimpin yang boleh memimpin bukan mencari pemimpin yang di pimpin.
Kepada Pemimpin yang sedia ada yang mungkin yang terlepas dari senario pemilihan kali ini, dengarlah rintihan kepimpinan di peringkat akar umbi kerana mereka lebih mengenali siapa yang harus berada di tempat yang tersebut? pemikiran rakyat bukan seperti dahulu lagi, hari ini rakyat melihat pemimpin dari segala segi, pengajian tinggi bukan ukuran lagi, pembelaan kepada rakyat itu yang utama.
‘Jangan jual arak di sini’
Antara kandungan draf itu ialah tidak membenarkan kedai serbaneka menjual minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi. Seorang pemilik pasar mini, Tan Chee Kian, berkata premisnya sudah lama tidak menjual minuman keras tetapi hanya menjual bir...
Sumber dari Metro
Satu pendekatan yang baik yang boleh di ikut serta, yang baik tu kita kena ikutlah kan, apatah lagi sebagai orang Islam, cuma di johor harap dapatlah perhatian semua pihak memainkan peranan agar dapat memantau cyber cafe yang kita maklum kebanyakan adalah remaja melayu yang menjadi pelangan tetap yang saya dapati ada menjual arak yang jenis bir. Harapan saya agar kita yang di gelar pemimpin yang di pilih masyarakat agar dapat memainkan peranan untuk sama2 turun padang bagi mengenal pasti permis yang tersebut, bagi mengelakkan remaja melayu terjebak dalam gejala yang tidak sehat ini.
Bagi orang Islam apa sahaja minuman yang memabukan adalah arak, tapi di Selangor sudah mendapat tamparan hebat bila Ronie Liu YB DAP mengatakan Bir bukanlah dari jenis arak dan beliau mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak merampas bir bir di kedai2 runcit dan pekara ini tidak dapat di sangkal oleh rakan2 mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dalam F__katan Rakyat, justeru itulah bir kini berlambak di jual di kedai runcit di Selangor dan amatlah serius, hanya yang YB PAS boleh buat kembalikan semula kuasa kepada AJK Masjid dan Surau dan surohlah mereka2 ini membuat kerja mcm PBT dan Polis, sebab itu mereka mengadakan kempen secara bergerak, buat bantahan dan memo segala.
Apa yang nak saya dzahirkan disini adalah mengenai orang orang syurga iaini PAS, parti PAS yang kononnya berjuang dengan Islam, keindahan apa yang mereka war warkan kelak di dalam kerjasama dalam F__katan Rakyat ini? Selangor? Pulau Pinang? alhamdulilah doa2 rakyat Perak di perkenankan Allah SWT, dari banyak2 pekara yang berlaku dan senario di Selangor, insyaAllah selepas ini kita akan dapat lihat Selangor pula selepas Perak. kalau sekarang ini orang orang syurga ini main angguk2 sahaja dengan rakan2 syaitan mereka maka ini kah kerajaan Pakatan yang rakyat mahukan?
Saturday, August 29, 2009
ROHAIZAT DAN KARTIKA

Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.
Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.
Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini
Baca Lagi disini

Saya juga ada menulis tentang Kartika. Pada 21hb Julai 2009 dan juga pada 23hb Ogos 2009. Saya tetap mempertahankan hukuman yang dikenakan keatas Kartika. Semuanya kerana saya berpendirian bahawa :-
1.Undang-undang Syariah Pahang adalah sah dan berkuatkuasa.
2.Kartika mengaku salah terhadap kesalahannya.
3.Kartika tidak mahu membuat rayuan.
4.Kartika rela dengan hukuman yang hendak dijalankan.
Baca Lagi dsini
Allah takdirkan Umno kalah lagi
Di Selangor kini Beer sudah mula di halalkan, YB DAP sudah mula menegur tentang laungan azan yang membingitkan, rumah pelacuran tempat2 maksiat bertambah......apa yang PAS boleh lakukan? YB PAS pun kena herdik sahaja di Selangor supaya jangan campur tangan, hari ini YB PAS mengarahkan supaya AJK Masjid dan Surau di beri kuasa semula untuk menangkap orang2 Islam yang minum Beer yang di halalkan oleh rakan rakan mereka, itu sahaja yang mereka boleh buat atas dasar komited dan kerjasama Pakatan Rakyat. ini kah yang PAS katakan keindahan dan fahaman Islam kepada rakan2 mereka?...Hampas!!
Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.
Baca Lagi
Saya juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tapi tidak lah sampai mengutuk terlampau keras, mungkin kita tidak berada di dalam suasana seperi apa yang berlaku dengan penduduk Seksyen 23, Shah Alam, maka kita tidak dapat merasakan betapa semangat mereka untuk memastikan sebuah kuil tidak terbina di kawasan yang di katakan lebih ramai orang Islam.
Saya juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda Malaysia yang sememangnya tidak sepatutlah kepala lembu di jadikan bahan bagi menyatakan kemarahan yang amat sangat kepada pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang saya rasa segilintir dari mereka adalah yang mengundi untuk memastikan kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti kata rakan kita Puan Normala yang memberi komen "dan itulah harga yang harus di bayar oleh pengundi2 yang tidak mengenang jasa".
Friday, August 28, 2009
UMNO & BN MEMANG CELAKA DAN SIAL

Kepala Lembu Di Letakkan di Pejabat Khalid Samad
Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP sering membuat protes secara jalanan dan membuat provokasi untuk menentang kerajaan BN, mereka mendidik rakyat untuk melakukan pekara pekara yang menjejaskan keharmonian negara dengan slogan reformasi, bagi mereka unutk mencapaikan matlamat mereka tanpa mengambil kira majorati penduduk yang masih menyokong kempimpinan kerajaan.
Hari ini mereka merasakan apa yang pernah mereka lakukan, ini janji Allah
Tidak benar tiada tukang sebat!!!...
Hari ini cerita hukuman sebat terhadap model sambilan menjadi topik perbualan hangat di mana mana sahaja, baik dari media, NGO, Politik malah rakyat, adakah patut pekara ini di perbualkan? di perdebatkan? di perbesarkan di kalangan kita yang tidak arif?. makamah syariah negeri Pahang telah menjatuhkan hukuman tersebut dan adalah sepatutnya kita menghormati keputusan itu.
Sekarang cerita hukuman itu sudah menjadi publisiti besar di bulan yang mulia ini, ada yang Pro dan ada yang Kon dalam hal ini, tapi tidak kah kita sendiri rasa bersalah mempersoalkan hukum itu tadi, saya sendiri pun bimbang untuk memberi komen dan akhirnya hukuman itu tadi menjadi bercelaru kini dan selamanya apabila campurtangan pelbagai pihak dengan kenyataan kenyataan yang berbaur Pro dab Kon itu tadi
Kekadang terfikir apakan ini yang empunya diri kehendaki? megapa dari awal, si empunya diri sering atau seperti mencari publisiti dengan keluar kenyataan2 di dada akhbar untuk menyatakan keikhlasan dengan reda dan menerimanya atas sebab balasan atas perbuatannya yang beliau lakukan, adakah beliau reda atau pun tidak? ataupun pihak2 media eletronik arus perdana mengunakan kan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan dengan menemubual beliau? Banyaklah persoaalan kini yang bermain di kalangan rakyat yang prihatin.
Sekarang empunya diri mungkin tersenyum atau mungkin hampa kerana hukuman yang sepatutnya di laksanakan kini terhalang dengan pelbagai campurtangan. Saya percaya kalau ada keredhaan dari semua pihak, maka setiap hukuman akan berjalan dengan izin Allah SWT seperti kata setiap bijak pandai agama khususnya mufti2 yang terbabit untuk memberi komen dan layak memperkatakan pekara ini, keseluruhan mengatakan jangan ada campurtangan dari pihak lain.
Hari ini saya percaya pekara ini akan di politikkan khususnya PAS dan hari ini juga akan terpalit di lembaran sejarah kini muncul seorang lagi wira yang akan mengharumkan nama negara atau akan muncul lagi seorang penceramah politik atau satu lagi isu hitam yang akan di jadikan bahan kempen oleh parti PAS terhadap kejahilannya kepimpinan UMNO sebagai pemerintah sebuah negara Malaysia yang mana Islam adalah agama rasminya.
Wednesday, August 26, 2009
Buat Bangsa Melayu Kesayangan
Saya pun kadang2 rasa kelakar, malu dan sedih dengan Bangsa Melayu (walaupun saya Bangsa Melayu).
Orang ajak berhimpun, kita berhimpun..
Orang ajak reformasi, kita reformasi..
Orang ajak tunjuk perasaan, kita tunjuk perasaan..
Saya dah tengok berpuluh-puluh keping gambar perhimpunan hari tuh.. Paling ramai saya boleh kira Bangsa Lain2 tak sampai sepuluh orang dari berpuluh-puluh ribu Bangsa Melayu.. Saya pelik jugak.... Bangsa Melayu nak sangat ke Hapuskan ISA? Tak takut ke, satu hari nanti, Malaysia akan diperintah oleh Bangsa Lain2?
Pernahkah anda semua ke Kota Singa? Pernahkah? Tahukah anda, bahawa di Kota Singa, penduduk Melayu diasingkan supaya tidak tinggal di rumah flat HDB secara berkelompok? Sebagai contoh, jika sebuah bangunan flat HDB yang mempunyai 50 buah rumah, hanya 10-15 peratus sahaja dikuotakan untuk Bangsa Melayu.
Bangsa Melayu juga tidak dibenarkan mempunyai apa2 pangkat tinggi didalam Tentera, Polis dan sebagainya. Kerana? Bangsa2 Lain khuatir jika Bangsa Melayu berkumpul dan bersatu, mereka akan bertambah kuat. Bangsa2 Lain di Kota Singa amat takut akan kekuatan Bangsa Melayu. Oleh itu, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk melemahkan Bangsa Melayu di Kota Singa..
Sebagai contoh, Kota Singa ada menapis air kumbahan(najis manusia) dan merawatnya hingga ke tahap yang boleh diminum serta memberinya nama "New Water". Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengesahkan bahawa air tersebut boleh digunakan untuk berwudhu dan kegunaan harian. Bukankah ada 7 jenis air suci saja yang dibenarkan? Bukankan jika asalnya air najis, dicuci dan ditapis tetap juga air najis?
Sekarang juga sudah menjadi trend di Kota Singa untuk Bangsa Melayu tidak kira lelaki dan perempuan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu tattoo dibadan mereka. Cubalah ke Orchard Road. Di situ anda akan lihat, yang emaknya bertudung, bapanya berkopiah dan anak2nya tanpa segan silu mempamerkan tattoo dan meminum arak pada khalyak ramai. Itulah Bangsa Melayu di Kota Singa.
Saya masih enggan untuk bercerita apa yang saya lihat di Kota Singa pada bulan puasa dan di hadapan sebuah Masjid di Lorong Geylang, salah satu pusat pelacuran yang berlesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kota Singa.
Itulah yang terjadi kepada Kota Singa, yang mana dahulunya adalah kepunyaan Malaysia. Diminta dan diberi kepada Bangsa Lain2. Saya amat khuatir, jika satu hari nanti, negara kesayangan saya, Malaysia akan diberi kepada Bangsa Lain2. Cukuplah apa yang terjadi kepada Kota Singa. Buat pengetahuan, bapa saya dilahirkan di Kota Singa pada tahun 1938 dan menukar kerakyatan pada tahun 50an serta menjadi seorang Askar Melayu Diraja. Beliau ialah salah seorang yang paling dikehendaki oleh komunis pada masa itu kerana penglibatanya dalam usaha memerangi anasir serta fahaman komunis. Beliau amat kecewa kerana segala usahanya tidak dihargai oleh generasi Bangsa Melayu moden yang sanggup bersekongkol dengan Bangsa Lain2.
Sedarlah, bahawa kesenangan dan kemudahan yang anda kecapi sekarang amat tinggi nilainya!! Oleh itu, wahai Bangsa Melayu, saya harap anda semua tidak menjadi Kuda Kuda kepada Bangsa Lain2!!
Terima Kasih.
(Dipetik dari sebuah group Kat Yahoo}
Tahniah Portal Rasmi UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Maka dapatlah ahli-ahli mendapat maklumat dari peringkat Bahagian secara terus dan telus, selepas ini tidak adalah rungutan tidak dapat maklumat, bukan sahaja ahli malah kepimpinan di peringkat cawangan apatah lagi yang telah di bekalkan dengan komputer riba dan juga di bekalkan dengan ilmu ilmu pengetahuan mengenai pengunaan jalur lebar, bolehlah sama sama berjuang di alam siber pula.
Nasihat saya kepada admin dan yang berada di belakang Portal ini, jangan gunakan Portal ini seperti hak individu, gunakan lah Portal ini sebagai hak semua ahli di dalam UMNO Bahagian Pasir Gudang, kerja biar ikhlas demi Agama Bangsa dan Negara.
Salam dari saya untuk warga Portal UMNO Bahagia Pasir Gudang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada UMNO Bahagian PAsir Gudang.Tahniah dan syabas sekali lagi.
BN akan kaji punca kekalahan di Permatang Pasir - Najib
Saya masih dapat merasakan yang mana pemilihan untuk bertanding masih lagi di hantui oleh orang2 yang tertentu, pemilihan yang masih lagi tidak mengunapakai di peringkat akar umbi yang lebih memahami dan lebih mengetahui ciri ciri kepimpinan yang sepatutnya di letakkan di setiap ADUN atau Parlimen.
Saya tidak faham dengan sikap kepimpinan yang berada di atas yang masih melakukan kesilapan yang sama, apakah kali ini peringkat akar umbi akan merombak secara keseluruhannya? Kenapa tidak gunapakai pandangan di peringkat akar umbi? ujung2 kita mesti sedar yang mana perlantikan di peringkat tertinggi adalah bermula dari bawah.
Saya Harap Datuk Seri dapat mengubah percaturan dengan mengunapakai pandangan dan cadangan dari peringkat akar umbi. Adakah menjadi kesalahan kalau pemilihan itu terdiri hanya dari ahli biasa sekalipun tapi mempunyai potensi dan latarbelakang yang baik untuk kita wakilkan bagi menjadi ADUN? Apakah ianya mesti dari kalangan Bahagian sahaja?
Aapapun bagi saya pandangan dari akar umbi harus diberikan keutamaan.
Wednesday, August 19, 2009
Nik Aziz (180) membohongi diri sendiri dan rakyat lagi

Sekali lagi Masihdol am PAS Nik Aziz telah dengan ketaranya menunjukan kenyanyukan beliau. Hari ini cakap lain esok lusa cakap lain, terlajak perahu bolehlah nak di undur-undur kan tapi terlajak kata? apayah lagi dari mulut seorang tok guru dan ulama tersohor politik dan Masihdol am PAS lagi.
Masihdol Am PAS Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku disebalik terkeluarnya fatwa Ahli-Ahli UMNO tidak masuk syurga. "Beliau menafikan laporan yang dipetik akhbar berkenaan dan menganggapnya ia perbuatan jahat. Katanya dia tidak pernah menyebut perkataan ahli Umno. Apa yang beliau biasa sebut ialah penyokong Umno". Apa lah punya penjelasan MAsihdol PAS, adakah Ahli dan Penyokong UMNO berlainan ketogori ke?
Masihdol am PAS Nik Aziz juga mengesali sikap Mufti Kerajaan Perak, Harussani Zakaria yang menegurnya berdasarkan petikan laporan berita itu. dia beranggapan cara Harussani itu tidak betul di mana beliau sepatutnya menanyai dirinya dulu. Nak tanya juga adakah Masihdol Am PAS ni mengeluarkan fatwa tersebut adakah beliau berunding atau menghubungi atau meminta pandangan Munfti-Mufti?
Masihdol am PAS Nik Aziz juga menyalahkan wartawan kerana memutar belitkan kenyataan beliau, kira wartawan ni semua jenis pekak badak macam beliau juga ke yang terpaksa bertanya banyak kali setiap kali di ajukan soaalan kepada belaiu, beliau menyalahkan wartawan kerana tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu, mungkin Masihdol am PAS Nik Aziz ada juga buat cadangan untuk menyaman wartawan.
Apapun kepada Masihdol am PAS Nik Aziz bertaubatlah, jangan ingat kita ini sentiasa berada di jalan yang benar, Allah SWT menduga keimanan semua hambanya tidak kira siapa, Masihdol am PAS Nik Aziz pun akan di uji, mungkin Masihdol am PAS Nik Aziz tidak sedar yang beliau kini begitu sombong dengan gelaran tuan guru dan ulama tersohor yang konon orang yang paling dekat dengan Allah SWT, sehingga boleh menghukum sesama manusia, sedangkan Rasululah SAW sebagai kekasih Allh SWT pun tidak berani menghukum umatnya hatta umatnya itu berpaling kepadanya.
Tuesday, August 18, 2009
'Kami tidak akan undi pembangkang lagi'
baca lagi
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, dalam hal untuk perjuangan kita tidak boleh main cuba mencuba, maka ini lah yang akan berlaku, tidak ada keadilan, Pakatan Rakyat yang longgar, hari ini kita lihat di dalam pakatan rakyat, bangsa Melayu seperti lembu di cucuk hidung, takut dengan bayang bayang sendiri.
Kebimbangan harus kita dapat rasakan kini, bagaimana yang belaku di singapura, perjanjian asal adalah untuk semua kaum tapi hari ini, kaum melayu hilang, inilah yang akan berlaku di Malaysia sekarang, mereka akan menyokong Anwar sebagai PM menteri Malaysia selepas Anwar?
Bertimbang rasalah
baca lagi
Betapa mudahnya MB Selangor Pakatan ni menyelesaikan masaalah yang di hadapai oleh masyrakat, sama kes nya dengan penduduk Buah Pala, akhirnya sekira tiada atau tidak boleh membuat penyelesaian mereka akan menyalahkan kerajaan yang terdahulu.
Ini lah yang berlaku di Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, tanah orang melayu mula tergadai secara terang terangan, tergadainya tanah melayu bukan kerana atau perjuangan unutk membangunkan tanah tersebut bagi tujuan satu Malaysia tetapi hanya untuk kepentingan satu kaum.
Sememang atas dasar sikap dan sifat setiakawan kita semua kena lah saling menghormati dan bertimbang rasa, tetapi mereka mereka juga kena menghormati dan bertimbang rasa, tempat dan lokasi adakah sesuai untuk pembinaan sesebuah tempat beribadat dengan majoriti kaum, jangan lah hanya nak kan sokongan sesebuah kaum maka kita sanggup mengadaikan kepentingan kaum majoriti yang berada di situ.
Maka kepada MB Pakatan Selangor jangan ambil mudah, kesannya kelak sehingga ke anak cucu......
Monday, August 17, 2009
LIM GUAN ENG: Sana Kutip Duit, Sini Kutip Wang
Gobalakrishnan Buat Kecoh
baca lagi
Memang dah dasar perjuangan mereka, kira jenis tak sedar diri, yang sedihnya apabila cara mereka ini di restui oleh rakan rakan seperjuangan, inikah cara setia kawan mereka? ini kah perjanjian yang telah mereka tangani?
Apakah kelak nanti sekiranya ada pertumpahan darah atau pertempuran kaum juga merupakan salah satu dari agenda dan persefahamam mereka juga ke? adakah juga penghinaan atas agama Islam juga telah di menterai sesama mereka?
Hari ini Masihdol am PAS mengeluarkan kenyataannya yang mana orang Islam UMNO tidak akan masuk syurga maka yang layak masuk syurga adalah orang orang PAS sahaja, bagaimana dengan orang Islam yang berada di dalam PKR ?
Adakah kenyataan Masihdol am PAS ini menyokong penuh dengan tindakan DAP agar terus boleh menghina Islam, agar terus membuat provokasi, adakah Masihdol am PAS ini ingin melihat negara Malaysia ini hancur?
Allah SWT Maha Mengetahui, saya beranggapan Masihdol am PAS Nik Aziz dah nyanyok, Allah memanjangkan umor beliau agar dapat perbanyakkan memohon keampunan kepada Allah SWT, sebagai sesama islam saya tetap mendoakan semoga beliau terus mendapat keampunan dari Allah SWT.
Sunday, August 16, 2009
YB PKR sudah mula ada class
Rezeki Allah, rezeki anak-anak, ini lah yang saling kita dengar sekiranya ada rakan-rakan atau orang yang tak semena mena menjadi kaya sekelip mata, walaupun kita tidak tahu dari mana datangnya hasil yang diperkatakan rezeki Allah dan rezeki anak anak itu tadi, tapi sebagai orang islam kita harus beperangsangka baik dalam semua hal yang membabitkan jodoh dan pertemuan.
Tapi sebagai manusia pula kita sering ingin mempersoalkan dari mana hasil itu di perolehi adakah dari sumber yang baik atau sebaliknya, memang pada dasarnya ia adalah seorang peniaga, tetapi kita rasa jenis cukup2 makan sahaja, tetapi setelah bergelar YB, pekara yg cukup makan sudah menjadi terlebih makan.
Semasa kempen mungkin dia akan memeperkatakan betapa kepimpinan terdahulu begitu boros hingga terlupa untuk memberi zakat atau membantu kepada yang kurang mampu, saya percaya mereka juga akan mempersoalkan harga pagar sebuah rumah YB dahului, yang boleh menyara kehidupan atau boleh di salurkan kepada yang memerlukan, mempersoalkan pembaziran yang di lakukan oleh kepimpinan terdahulu.
Tetapi hari ini setelah mereka memegang tampok pemerintahan, apa yang di kata, diumpat, dikeji di hina, di aibkan, hingga ketaraf mempersoalkan peribadi, hingga ke anak cucu orang kini akan berbalik kepada mereka pula, apa kata penyokong mereka pula dalam hal hal seperti ini?.......
Baca lagi disini
Saturday, August 15, 2009
PAS Kini Jelas dan Nyata
Hari ini kita sudah nampak jelas dan nyata apa yang di perjuangkan oleh parti yang kononnya agama Islam adalah teras perjuangan mereka, hujung2 kita dapat lihat bagaimana perjuangan mereka sudah terpesong jauh dari landasan, kita dapat lihat bagaimana mereka mempermainkan agama demi untuk berkuasa di bumi Malaysia ini yang rata rata penduduk majoritinya adalah yang beragama islam. dalam erti kata lainnya, mereka mempergunakan sensetiviti masyarakat islam di Malaysia.
Bagi PAS pembangunan itu bukan nya aspek penting dalam perjuangan islam, sedangkan Allah SWT berfirman cari lah dunia dan akhirat, kalau kita lihat hari ini Malaysia yang di terajui oleh UMNO dengan berlandaskan perlembangaan setia kawan yang ada di dalam kepimpinan Barisan telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara islam yang moden tanpa menidakkan syiar islam.
Semangat setia kawan di dalam Barisan yang memahami dan menghormati antara satu sama lain baik dari segi anutan agama dan budaya, bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan negara berada di dalam satu tahap yang membanggakan. Semangat setia kawan yang tidak akan menghina agama di antara satu sama lain.
Semangat ini lah yang tidak ada dan tidak akan ada di dalam Pakatan Rakyat.......
Wednesday, August 12, 2009
Masyarakat Islam kecewa cadangan kerajaan Selangor guna wang zakat
Saya di maklumkan kini pejabat yang menempatkan pejabat zakat kini sesak dengan rakyat yang menagih janji janji kerajaan PKR, mungkin ramai rakyat Selangor yang belum lagi maklum yang mana kini pejabat tersebut adalah seperti jabatan kebajikan masyarakat, tapi yang peliknya kehadiran di pejabat tersebut bukanlah dari kalangan mereka yang sepatutnya di bantu tetapi dari kalangan mereka yang mampu.
Buat masa ini maklumat bagi boleh mengunakan wang zakat yang tidak perlu di bayar semula ini hanya di ketahui oleh mereka yang rapat dengan rakan2 politik sahaja khususnya parti PKR.
Tuesday, August 11, 2009
Kebiadapan DAP dan Kebisuan PAS
Tetapi saya lebih suka untuk memberi komen mengenai gejala tidak sehat politik tanah air yang saya rasa salah satu sebab menularnya penyakit H1N1, sememangnya kita mungkin tidak sedar, bermula daripada arak yang haram di halalkan oleh sekutu kuat PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangan mereka dan kini rakan PAS sanggup memaki hamun dan mencerca serta menghina Islam.
Apa kata masihdol Am PAS Nik Aziz mengenai Arak yang di halalkan oleh rakan sekutunya? tidak ada komen pun, kenapa? kerana masihdol Am PAS Nik Aziz bimbang putus kawan dan putus kuasa, apa yang dapat Masihdol Am Pas ni cakap, negeri Selangor dengan Negeri Kelantan lain, datanglah negeri Kelantan nanti hambo tunjukkan cara nak memerintah,kelakor lah kan.
Adakah memperjuangkan Islam berkirakan tenpat dan kawasan ke?.......