Followers

Sunday, July 3, 2011

Guan Eng berang, ditanya video seks babitkan Anwar….


KUALA LUMPUR 29 Jun – Sikap dwistandard Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini terserlah, apabila beliau berang dengan pertanyaan N. Golakrishnan (Bebas-Padang Serai) berhubung laporan pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengenai video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.,

puncanya Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan menerima pakai data daripada laporan Integriti Kewangan Global (GFI) yang berpangkalan di Washington, AS, untuk menuduh Bank Negara bersubahat dalam aktiviti aliran keluar wang haram dari Malaysia.

“Saya ucapkan syabas kepada Bagan kerana boleh menerima laporan GFI dan AS untuk dibawa ke dalam dewan ini tetapi kebelakangan ini, laporan daripada pakar AS mengesahkan 99.99 peratus pelaku dalam video seks adalah Permatang Pauh (Anwar)( kira bunyinya kenapa tak boleh terima..??)

"Itu pun laporan daripada AS juga, Bagan boleh terima ke laporan yang dibuat oleh pakar AS itu,” soal Golakrishnan ketika mencelah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kata balas Guan Eng “Saya tidak berminat untuk menjawab soalan Padang Serai, kalau Yang Berhormat tidak puas hati tanya PKR sendiri,” ..:)

Kata saya “ bila kena part mereka, walaupun kajian terhadap kerajaan BN 00.01% dari mana2 pakar luar dan dalam punya berkemungkinan pun mereka terima, tapi bila kena pada mereka yg jelas pakar kata 99.99% pun mereka kata tak boleh pakai kerana kurang 00.01%...:)

No comments:

Post a Comment