Followers

Thursday, February 17, 2011

PRK hanya Medan Persiap hadapi PRU13


Pilihan raya kecil (PRK) merupakan medan bagi Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau berkata sempena persiapan PAS menghadapi PRK Dun Merlimau, kata nya lagi PRK adalah sebagai latihan kepada jentera PAS yg kini dah berada dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar. Dan lagi yang penting untuk menyuntik maklumat kepada rakyat dan untuk memobilisasi jentera parti sebagai latihan katanya lagi jentera PAS tidak harus memikirkan soal kemenangan tapi memberi fokus bagi maklumat untuk tujuan mengurangkan majoriti undi BN dan bukan bertujuan pun nak merampas kerusi BN saja..??.


Sudah hampir 53 tahun takan lah jentera PAS asyik nak berlatih saja, tak letih ke..? saya percaya PRU13 nanti merupakan medan bagi umat rakyat masyarakat menyaksikan sekali lagi jentera PAS tamat latihannya dalam Pakatan dan mula berlatih sendiri semula seperti biasa

Sudah menjadi track rekod PAS yang asyik keluar masuk berpakat dgn parti2 lain untuk menghancurkan saudara2 Islam dalam perjuangan UMNO, itu saja lah kerja perjuagan Islam PAS dan apabila berlaku berpecah kelak dalam pakatan maka Pas akan kembali semula dengan fatwa sonsang mereka kononnya Allah bagi petunjuk betapa berjuang bersama orang kafir adalah haram dan perjuangan PAS merupakan korban bagi tujuan petunjuk dari Allah dan PAS akan membuat pengakuan semula yg mana masih konsisten dengan perjuangan mereka, kerana Islam…??

Oleh kerana asas PAS hanya nak menghancurkan sesama Islam justeru itu lah perjuangan PAS harus umat rakyat masyarakat tolak . Perjuagan Islam PAS hanya retorik semata2. Hari ini PAS sudah terpesong jauh dari arus kebenaran perjuangan mereka. PAS terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan Islam mereka demi untuk bersama DAP, hari ini perjuangan PAS di lihat seperti TIN KOSONG, justeru itu lah PAS seperti melukut di tepi DAP dan PKR...

“Jangan jadi menang sorak tetapi Islam terancam dalam Negara”

1 comment:

  1. PRU 13, MEMANG GELAP BAGI PAKATAN RAKYAT, BN/UMNO NAIK SEMULA.

    ReplyDelete