Followers

Sunday, February 20, 2011

Semakin Rumit dan Kabur Perjuangan Islam PAS...?


Dua Tokoh agama di negeri Kelantan Zainal Abidin Awang Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, dan juga Mohd. Saifuddin Abdul Rahman jurucakap Minda pondok sekata mengatakan Pas sanggup menjadi bisu dan pekak kerana nak jaga hati DAP demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam. PAS juga sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP. PAS dah tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

Mereka berkata lagi Apakah perubahan yang dibawa oleh Pas setelah berpakat dgn DAP, malah lagi teruk jika di bandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang. Katanya lagi kalau betul lah PAS nak berdakwah dgn DAP mana suara PAS, Kita ambil contoh lah apa yg belaku di Selangor apabila exco DAP sanggup campur tangan dalam hal ehwal Islam kan


PAS hari ini terlalu banyak alasan berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi..??

Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya Hadi Awang; Nik Aziz dan Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar. Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Oleh itu, melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya.

No comments:

Post a Comment