Followers

Friday, August 12, 2011

SYAITAN DAH MAKBULKAN DOA SAHABAT - SAHABAT NYA......??


Selepas Hasan Ali di kecam teruk oleh PAS sendiri kerana menyokong tindakan JAIS memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama kini di maklumkan menerima nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yg di katakan telah menerima tekanan hebat dari pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ akibat dari kenyataan dia bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa..??

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”. Mereka menganggap endirian Nasrudin berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas.

Sementara itu kepada rakan2 khususnya sdr2 ku dalam PAS marilah kita baca dah cuba buat ulasan mengenai cetusan hati Ketua Pemuda PAS ini di laman blognya http://www. eperjuangan.com …….“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.


Yang jelasnya PAS dah tak ada jati diri perjuangan. PAS kini jadi lebih berbahaya dan pasti akan merosakkan Islam itu sendiri kerana nak kan berkuasa kononya dgn kuasa nanti PAS akan mengapai cita2 mereka. Oleh kerana sibuk nak berkuasa, sehingga Nik Aziz berkata, “dengan syaitan pun PAS sanggup berkawan” bagi saya ia bukan ungkapan dari seorang ulama yg di katakan pewaris Nabi tapi ungkapan dangkal dari seorang manusia lemah yg sedang beremosi yg bercita2 tinggi, Nik Aziz sedar yg mana syaitan adalah makhluk yg di laknat Allah yg pasti tidak akan menolong PAS dan sentiasa akan menyesatkan umat manusia itu janji dan permintaan Syitan pada Allah dan mungkin hari ini kita dapat lihat bagaimana Syaitan membantu PAS untuk menjahanam kan Islam dalam Negara….PAS nak ganti UMNO..??

No comments:

Post a Comment