Followers

Wednesday, June 15, 2011

Bila Haji Hadi mahu tarik balik fatwa?




FATWA Haji Hadi yang memecahbelahkan umat Islam dan Melayu sehingga ke hari ini adakah masih terpakai? Pas menjadikan fatwa tersebut sebagai rukun dan rujukan dalam perjuangan politik untuk menghadapi UMNO.

Ternyata fatwa tersebut telah memporakperandakan institusi keluarga Melayu dan Islam di nega...ra ini. Suami isteri bercerai berai. Anak berputus kasih dengan ibu bapa, kawan terputus sahabat sesama sendiri, ahli kariah tidak bertegur sapa kerana fatwa songsang ini.

Hari ini, Haji Hadi mengeluarkan fatwa baru. Tidak ada kerajaan Islam. Yang ada Kerajaan Berkebajikan.

Besar dosa yang Haji Hadi terpaksa tanggung di atas Fatwa Haji Hadi yang beliau keluarkan.

Begitu mudahnya orang berserban dan mengaku alim mengelirukan rakyat jelata dengan fatwa songsang yang racunnya terasa sehingga ke hari ini. Walaupun berapa puluh tahun, kesan perpecahan umat Melayu dan Islam masih tidak boleh dibaiki dan diubati.

Kenapa Haji Hadi membisu seribu bahasa? Bila lagi beliau hendak mengisytiharkan Fatwa Haji Hadi yang dibuatnya adalah salah? Bila lagi beliau hendak menarik balik fatwa tesebut? Tidakkah Haji Hadi berasa bersalah mengeluarkan fatwa tersebut? Apa lagi sandiwara Pas selepas ini?... ANAK SELUANGSee More

No comments:

Post a Comment