Followers

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama Ku


Skim rumah pertama ku merupakan lagi satu kejayaan kerajaan pimpinan UMNO/BN dalam merealisasikan dan membantu impian golongan muda. Kalau dulu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah selalu garu kepala bila memikirkan bab nak beli rumah.Halangan terbesar biasanya ialah soal wang pendahuluan pinjaman perumahan 10 peratus. Kini mereka boleh masuk ke lebih daripada 20 institusi kewangan untuk mendapat pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah.

Ini berikutan pelancaran Skim Rumah Pertamaku petang Selasa oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC, dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd. Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

PM juga berharap bahawa segala urusan berhubung dengan skim ini dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak boleh memberi keuntungan yang besar kepada institusi kewangan tapi ini merupakan satu skim yang amat-amat bermakna kepada rakyat Malaysia," katanya. Najib turut mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri dengan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dengan sepenuhnya

No comments:

Post a Comment