Followers

Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz kaki pusing 360 darjah...?


"Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Nik Aziz Nik ketika mengulas dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar, Tetapi Nik Aziz pusing kata dah jadi jadi kewajipan plak dia untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh..Baca di sini

Nik Aziz bagi contoh, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat, justeru Nik Aziz kata siapa Tun Mahathir apa kelebihan Tun sehingga tak boleh kena tegur..?? persoaalannya siapa Nik Aziz pula nak tegur Tun adakah Nik Aziz nak beranggapan dia adalah malaikat plak ke..?? Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan Nik Aziz sehingga hari ini masih lagi Menteri Besar, Tun Mahathir Memimpin dan memastikan Negara sehingga maju jaya, tapi Nik Aziz hanya memimpin negeri sehingga hari ini tapi huru hara.

Tun Mahathir sifatkan kehidupan Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP PKR dan jelas bukan kerana Islam pun malah umat rakyat masyarakat dengar baca apa yg keluar dari mulut Nik Aziz sendiri hatta dgn syaitan pun Nik Aziz sanggup bekerjasama bagi memastikan untuk menghancurkan perjuangan UMNO/BN bukan kerana Islam pun.

Nik Aziz kata UMNO melawan Islam sebagaimana di sebut dalam al-Quran tapi yg jelas PAS adalah parti politik dan begitu juga UMNO tapi bagi Nik Aziz sesiapa yang melawan PAS maka melawan Islam dengan memberi contoh sebelum ada Nabi Muhammad maka zaman itu adalah jahiliah.dan setelah ada Nabi Muhammad sehingga hari ini kalau umat rakyat masyarakat tak sokong PAS maka serupa manusia itu masih di zaman jahiliah. Persoaalannya adakah PAS lahir sama dgn kelahiran Nabi Muhammad. Nik Aziz memperkuatkan lagi fatwanya dengan mengatakan UMNO/BN tidak mengharam judi, mengamal rasuah berlaku kemungkaran zina dan sebagainya tapi dalam masa yang sama tidak pula menyebut permis2 arak yang juga haram yg kini berleluasa di Kelantan baca disini


Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama. Nik Aziz sifat kan Tun Mahathir manusia yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur..tapi yg hairanya bila Tun tegur Nik Aziz, kenapa nak melenting juga dgn membalas semua kenyataan Tun

Mengulas mengenai kerjasama PAS dgn DAP Nik Aziz memberi alasan kononnya PAS memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO. Hanya mereka yg tak cerdik lah yg akan percaya dengan alasan Nik Aziz, DAP tak kenal Islam..?? adakah DAP pendatang ke dalam Negara..?? bukan kah semua ahli Dap adalah org Malaysia ada kad pengenalan Malaysia, malah dalam parti mereka juga ada ahli yg beragama Islam, pemimpin DAP semua lahir dalam Negara, mendapat pendididkan awal dalam Negara, kebanyakan pemimpin DAP adalah pengamal undang2, takan mereka tak kenal Islam..??

Yang jelas Nik Aziz kaki pusing 360 darjah, semakin rumit dan kabur perjuangan Islam PAS

No comments:

Post a Comment