Followers

Friday, August 19, 2011

ADUAN DARI ORANG ISLAM SENDIRI…..??


Dalam isu larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang Ketua Menterinya Lim Guan Eng menegaskan “Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak harus dipersalahkan kerana ia diputuskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri. Kenyataan ini keluar bila berlaku simbah cat dan membakar pejabat DAP di Pulau Pinang.

Katanya lagi “Keputusan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri ini diputuskan berikutan ada aduan daripada orang Islam sendiri, jadi ia tidak ada kena-mengena dengan DAP,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2011 di Putrajaya, hari ini.

ADUAN DARI ORANG ISLAM SENDIRI…..?? kata Lim Guang Eng..?? macam tak percaya pula ada org Islam pulau Pinang sendiri yang membantah, apa nak jadi dengan orang Islam pulau Pinang..?? mana pergi sensitivity umat2 Islam di Pulau Pinang..?? apatah lagi di bulan yg mulia, bulan yg penuh Barakah, bulan yg mengharuskan kita orang Islam dengan memperbanyak kan membaca, mendengar ayat2 suci al-Quran. Adakah ini juga salah satu dari sessi dari program2 untuk memurtadkan org2 Islam di seluruh negeri pulau pinang secara besar besaran dan secara kecil kecilan di negeri Selangor..??

Kita bukan menidak kan fatwa bukan menidakn kan tindakan JEIPP atau apatah lagi nak menolak al-Hadis yang jelas menyatakan keperluan kita yg tidak boleh memperkuat kan suara kita dalam ibadat yg sampai boleh menggangu jemaah2 serta orang2 di sekeliling, Cuma apa yg nak di pertikaikan kenapa sekarang..?? kenapa di zaman pemerintahan kononnya ala khalifah Lim Guan Eng al-Rasyidin oleh PAS….??

No comments:

Post a Comment