Followers

Monday, February 21, 2011

ALLAH TAALA DEDAH KAN LAGI PEMBOHONGAN NIK AZIZ...??


Dalam salah satu ayat al Quran, diceritakan tentang sekumpulan Bani Israel yang cuba memperdayakan Allah Taala dan akhirnya mereka pula bertukar menjadi beruk dan babi. Kisahnya ialah apabila Bani Israel enggan beribadat sepanjang minggu dan hanya minta sehari sahaja yang dikhususkan untuk beribadat kepada Allah Taala, manakala hari-hari lain mereka boleh tumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka iaitu menangkap ikan. Maka Allah Taala perintahkan bahawa hari Sabtu adalah hari khusus untuk mereka beribadat dan mereka tidak dibenarkan menangkap ikan walaupun seekor.


Dengan takdir Allah Taala, pada hari Sabtu jugalah, ikan bukan main banyak sampaikan timbul-timbul di permukaan air sedangkan pada hari-hari yang lain, susah benar mereka hendak menangkapnya. Maka timbullah idea mereka untuk menggali sebatang parit sehingga ke belakang rumah mereka. Dan mereka turut memasang perangkap, jerat dan bubu selain pukat pada hari Jumaat dan hanya mengangkatnya pada hari Ahad.


Mereka cuba menipu tetapi Allah Taala Maha Mengetahui. Bani Israel yang degil itu akhirnya bertukar menjadi kera yang berekor panjang, manakala rabbi atau ulama mereka pula Allah Taala tukarkan menjadi khinzir.


Sesetengah riwayat mengatakan, setelah tiga hari bertukar wajah, bentuk tubuh dan kelakuan, habislah mati kesemua orang Israel yang mendurhaka kepada Allah Taala itu kerana kebuluran.


Itu cerita di dalam al Quran.


Nik Abdul Aziz masih mengulangi keangkuhannya. Nasihat daripada Zul Nordin agar dia menyemak dan mempraktikkan apa yang Allah Taala perintahkan menerusi Surah Abasa, ditolak mentah-mentah. Alasannya, Zul Nordin bukan daripada golongannya.


Bahkan yang paling memeranjatkan daripada seorang lelaki tua yang bertopengkan ulama dan kecendekiawanannya ialah PERASAAN TIDAK PERCAYANYA kepada Allah Taala, dengan mengatakan, seandainya Surah Abasa dipraktikkan, maka PAS akan kehilangan sokongan kaum bukan Islam.


Makanya, JADAH APALAH si Nik Abdul Aziz selalu menyatakan bahawa PAS memperjuangkan Islam, tetapi pada masa yang sama, begitu angkuh terhadap Allah Taala. Islam versi siapakah yang Nik Abdul Aziz ingin ajarkan kepada umat Melayu dan para pengikutnya?


Rupa-rupanya Nik Abdul Aziz takutkan undi orang kafir berbanding menuruti perintah Allah Taala.... rupa-rupanya apa yang Nik Abdul Aziz dakwahkan ialah, TAKUTKAN UNDI KAUM KAFIR berbanding TAKUTKAN ALLAH TAALA...


Mungkin dia fikir, dia hebat menipu, tetapi Nik Abdul Aziz terlupa, Allah Taala menjaga agama Islam kerana Allah Taala telah meredhai agama Islam sebagai agama umat. Allah Taala membersihkan sebarang kekotoran yang cuba merosakkan Islam.


Dan Nik Abdul Aziz ternyata salah satu kekotoran yang ada dalam tubuh badan Islam di negara ini... makin banyak perdaya Nik Abdul Aziz yang didedahkan oleh Allah Taala dalam sebarang keadaan dan peristiwa.... hanya perlu gunakan akal fikiran yang terbuka, berpandukan al Quran dan al-hadis, maka akan nampaklah kecacatan tersebut.
SUMBER THE FLYING KICK

No comments:

Post a Comment