Followers

Thursday, May 28, 2009

Zahrain: Semua Dakwaan Aminah Satu Pembohongan

PULAU PINANG, 27 Mei (Bernama) -- Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim Rabu menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.baca lagi


"Datuk Z dah mula berpeluh sejuk ni, saya tak percaya kita boleh mereka cipta sesuatu cerita tanpa kejadian yang betul betul berlaku, mugkin ada sikit terpesong ke, terkucil ke, tapi yang nyata ia nya berlaku, kalau kita dengar rakaman perbualan Aminah Abdullah, Mohd. Rofi Osman(suami Aminah), Chia Kah Peng (lawyer) MT PKR dan Peter Lim - Pegawai Khas Exco YB Lau Chu Kiang, kita dapat andaikan memang berlaku sogokan, kalau tak sabit kesalahan oleh SPRM pun tak tahu lah kan, semoga berjayalah Kak Min. bongkar kan saja biar rakyat Penanti dan rakyat di seluruh negara tahu.."

No comments:

Post a Comment