Followers

Monday, May 25, 2009

Sogok wang: Gerak akui dihubungi ahli Pas


SHAH ALAM - Gerakan Rakyat Integrasi dan Anti Rasuah (Gerak) mendedahkan ada pemimpin Pas telah membuat tawaran wang sumbangan sekiranya diberi peluang merasmikan satu persidangan Pas Kawasan di Lembah Klang. Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, kebenaran mengenai perkara tersebut tidak dapat dipastikan namun be-liau mengaku telah dihubungi seorang ahli Pas di kawasan terbabit mengenai perkara tersebut dan ada meminta pandangannya. Kata Mohd Nazree, panggilan tersebut diterimanya minggu lepas dan ahli Pas itu memberitahu pemimpin terbabit sedia memberi sumbangan (tidak dinyatakan jumlah) jika diberi ruang merasmikan persidangan Pas kawasan ahli itu.



"Jangan lah ingat kita ni maksum sangat, selagi kita ini masih lagi bernama manusia yang bernafsu, kita tidak akan lari dari unutk melakukan pada pekara yang boleh merosakkan keimanan kita, kekadang kita dapat rasakan apa yang kita buat sentiasa betul belaka, oleh kerana kononnya sudah merasakan diri itu berada di pihak yang benar dan berada kononnya terlampau rapat dengan Allah SWT, maka apa yang di buat tidak lari dari akidah, hatta kononya dalam bentuk menyumbang, kemudian tanpa di sedari meminta pula, pucuk pangkalnya jangan lah nak salahkan kan orang sahaja, bak kata orang kata dulang paku serpih, jangan ingat orang PAS sahaja berada di jalan yang benar, kepada parti PAS, jagan mempermainkan agama untuk kepentingan politik dan kuasa semata mata."

No comments:

Post a Comment