Followers

Tuesday, May 19, 2009

Tiada amalan politik wang dalam Pas

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tidak ada amalan politik wang dalam Pas sebagaimana dakwaan Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamad Daud Iraqi pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, maklum balas itu diperoleh hasil taklimat daripada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Ketua Dewan Pas Pusat dan beberapa pimpinan pusat lain.

PAS mana ada rasuah semua, pemimpin dan ahli PAS semua macam malaikat, kerja nya cuma menghambakan diri sahaja pada al-Hadi dengan al-Nik Aziz, tak makan tak minum, baju yang pemimpin dan ahli PAS pakai setahun sekali tukar, pemimpin dan ahli PAS ni tak ada nafsu, maka tak perlu bimbang, memang tak ada rasuah lah dalam PAS ni.

Kata orang tak kan lah pokok boleh bergoyang dengan sendirinya kan, dalam hal rasuah dalam PAS pun UMNO yang salah juga ni, dalam kemelut PKR pun UMNO Salah juga, bagi orang PAS dalam hal pemberian wang ni bukan rasuah, kalau bagi pun tak haram tapi halal, orang bagi ambil lah, kan tok guru al-Nik aziz dah bagi amanat.

No comments:

Post a Comment