Followers

Wednesday, May 27, 2009

Nafi Atur Pertemuan, Cabar PKR Beri Bukti

BUKIT MERTAJAM[1.30 pm] - Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah (foto), menafikan beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 Mei lalu. Sebaliknya, katanya, pertemuan itu diaturkan seorang daripada mereka yang menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang. Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut mencabar Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya mendedahkan satu peristiwa berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal yang berkaitan soal maruah. "Saya berikannya masa selama 24 jam untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


"Apalah yang di buat oleh Datuk Z pula kat Hotel masa itu, hanya Kak Min sahaja yang tahu, apa yang nak saya perjelaskan di sini hanyalah mengenai kempen, maka disini kita nak rakyat sendiri menyaksikan cara orang orang PKR, PAS dan DAP berkempen, Cara mereka berkempen hanyalah memburok burok dan membuat fitnah sahaja, hari ini kita lihat bagaimana mereka cuba untuk mencari salah di antara satu sama lain, kalau kita dapat saksikan dan kita fikir fikirkan dan kita tanya lah pula, siapa Kak Min? hari ini semalam dan 2 hari sebelum semalam, tidak ada pun satu artikel yang megajak rakyat penanti untuk sama sama membangun kan Penanti demi kesejahteraan rakyat Penanti"

No comments:

Post a Comment