Followers

Saturday, May 30, 2009

InsyaAllah UMNO tidak sakit, UMNO tidak Tenat, UMNO sentiasa sehat waalfiat

Hari ini saya saya terpanggil untuk membetulkan kepada semua kempimpinan di peringkat bahagian dan cawangan khususnya yang telah di beri peluang untuk menyampaikan maklumat mahupun pandangan mereka kepada ahli ahli di peringkat akar umbi, dan hari ini saya telah pun menyatakan kepada pandangan dan kebimbingan saya di peringkat Pemuda Pusat dan Pemuda Bahagian Pasir Gudang dan saya gembira kerana mereka bersetuju dengan pandangan saya dan saya rasa ini lah masanya mereka mencari pendekatan lain yang lebih berhemah dalam memberi penerangan, maklumat kepada ahli ahli di peringkat akar umbi khususnya pemuda pemuda, hari ini kalau kita lihat pembangkang juga mengunakan pendekatan yang sama dengan menanamkan kepada masyarakat dan rakyat khasnya mengenai ketenatan dan kesakitan yang di alami oleh UMNO hari ini malah mereka menyatakan yang ketenatan dan kesakitan UMNO itu di akui sendiri oleh kepimpinan UMNO, Apa dah jadi?

Saya hairan kenapa kita sebagai ahli UMNO di peringkat kepimpinan sendiri sering mengugkapkan pekara UMNO sedang sakit, UMNO sedang tenat, UMNO perlukan suntikan, UMNO perlukan obat, UMNO sudah tua, kemudian dengan sedihnya konon merayu kepada ahli di peringkat akar umbi untuk membuat sesuatu supaya UMNO itu kembali normal.Siapa yang sakit, siapa yang tenat sebenarnya?

Saya rasa sekarang masanya kita hentikan ungkapan ungkapan tersebut konon untuk menagih simpati masyarakat, rakyat dan ahli UMNO sendiri, kalau ini yang selalu kita main kan, saya bimbang ia akan menjadi kenyataan.

Kenapa kita tidak mencari sesuatu ungkapan yang lebih berhemah, lebih memberi semangat, lebih kepada memberi kesedaran, lebih kepada memberi kebimbingan kepada menyatakan untuk pekara yang sama tetapi jangan sampai kita meluahkan ungkapan ungkapan yang tersebut.

Saya ingin menyatakan pendapat saya tentang di sebalik ungkapan kepada UMNO itu, saya akan bagai UMNO ini adalah sebuah syarikat, sebuah syarikat yang maju jaya yang berjaya mengembangkan perniagaan selama 63 tahun dengan mengeluarkan pelbagai produk dan hari ini ada ramai pesaing yang cuba meniru produk produk UMNO dan ini lah yang harus kita maklumkan kepada pengurus pengurus pemasaran kita agar turun padang kepada pelangan pelangan dengan menyatakan kepada mereka yang mana pesaing pesaing ini telah meniru produk jenama kita dan pelangan pelangan harus berhati hati dengan jenama jenama tiruan ini dan sekiranya pelangan pelangan mengunakan jenama tiruan ini kita akan mendapat masaalah masalah sampingan bukan sahaja pada diri kita malah pada bangsa agama dan negara.

Justeru itu rakan rakan perjuangan semua berhentilah dari mengunakan ungkapan UMNO sedang sakit, UMNO sedang tenat, sampai sampaikan dan panjang panjangkan kepada rakan rakan seperjuangan.

Salam perjuangan

1 comment:

  1. UMNO bukannya sakit. Tetapi serong. Syarikat yang berjaya jelas bukan suatu pernyataan yang melambang UMNO hari ini. Perjuangan UMNO sekarang tidak berfokus kepada keadilan dan kebenaran serta kebaikan rakyat dan bumiputera tetapi kebaikan diri UMNO dan UMNOputera serta menjaga status diri. Bukti bukti jelas terpapar tetapi UMNO masih berdegil hendak menapis kebenaran dan tegas menggunkan kekerasan untuk mengangkat diri. Pada pandangan rakyat biasa, tabiat ini paling senang digambarkan sebagai: sakit.

    ReplyDelete