Followers

Friday, May 29, 2009

DUN Ladang kekal milik Pas

PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.

Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.


Makamah memihak kepada parti PAS, saya percaya Makamah ini adalah adil kerana berpihak kepada PAS, maka lepas ini mereka akan menyatakan yang mana tiga panel hakim adalah mereka yang tidak berpihak kepada kerajaan BN, hakim yang telus, Hakim yang bijaksana, Hakim demokrasi, memang hampeh PAS ni.....

No comments:

Post a Comment