Followers

Wednesday, May 27, 2009

PKR Akui Dua Anggotanya Buat Tawaran Kepada Aminah

BUTTERWORTH, 26 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menafikan bahawa dua individu yang didakwa menawarkan ganjaran wang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, adalah anggota parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata tawaran itu bukannya daripada parti berkenaan.

"Saya sudah menemui kedua-duanya. Mereka memaklumkan tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat antara mereka dan (ia) bukan mewakili parti," katanya kepada pemberita di Yayasan Aman di sini Selasa.
baca lagi

"Dah boleh jadi bahan ketawa, nak perbodohkan orang pun patut2 lah kan, teringat pula iklan kat tv mengenai pelekat gigi palsu, dailog dia berbunyi, "dulu mereka selalu gelak kan saya, Sekarang saya pulak gelak besar bersama sama dengan mereka", rakyat Penanti bukan nya bodoh sangat nak buat penilaian, apa pun kita serahlah kepada rakyat Penanti untuk buat penentuan, nak komen banyak2 kan bimbang pula, kerana dah jadi kes, biar lah kita tunggu siasatan SPRM dan Polis.

No comments:

Post a Comment