Followers

Friday, May 29, 2009

Batal lesen pemberi pinjaman wang berlesen ala ah long

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan teragak-agak menggantung atau membatalkan lesen pemberi pinjaman wang berlesen yang mengamalkan corak perniagaan ala ceti haram atau ah long.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pasukan penguat kuasa kementeriannya sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pemberi pinjaman wang berlesen supaya lesen yang dikeluarkan oleh pihaknya itu tidak disalahgunakan.baca lagi

"Ini bukan pekara baru dah lama sangat, tapi nampaknya mereka ini macam mencabar kerajaan, kalau nak baca berita tentang ambil tindakan dah banyak kali, setiap kali ada masaalah tentang mereka, menteri main teragak agak saja, tindakan tegas tidak di ambil juga, macam ada kepentingan pula, di sini memang saya boleh lah kata bercanggah sedikit dengan kerajaan, saya rasa tidak ada ruginya kalau kerajaan bertindak untuk membatalkan atau mengantungkan sementara lesen lesen pemberi peinjaman wang berlesen ini.

1 comment:

  1. Saya Adalah seorang hamba Allah kerakyatan Malaysia. Saya ingim mengemukakan Satu Soalan. Tidak Bolehkah Dihapuskan Sama sekali segala Syarikat pemberi pinjaman berlesen yang tumbuh macam cendawan di merata-rata daerah dan di pelusuk negeri sememangnya tidak dinafikan lagi sungguh bersepah.... lihat iklan di merata rata dan di dada akhbar tu cukup banyak! besar sangat ke lesen-nya...

    ReplyDelete