Followers

Wednesday, May 20, 2009

Jangan jadi 'kaduk naik junjung'

Semalam kita telah di kejutkan dengan berita sebuah pertubuhan haram Hindraf yang ahli peratusannya nya terdiri daripada orang2 India di Malaysia ini yang tak sedar diri, mengugut untuk mengadakan rusuhan jalanan, maka ketua Polis Negara mengatakan siapa meraka ini nak ugut2 orang, apa besarnya dia orang dan apa kepentingan negara terhadap mereka ini, hari ini ramai pemimpin pertubuhan melayu terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar unutk mempertikaikan pertubuhan haram Hindraf.

pekara ini berlaku apabila dalam Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Disini apa yang nak kita lihat ya lah, mana kepimpinan pembangkang dalam keadaan macam ini, mana pemimpin melayu PKR? adakah mereka juga sekongkol dengan keadaan macam ini, atau mereka bimbang unutk bersuara dan menghalalkan perbuatan rusuhan jalanan yang sememangnya salah satu daripada dasar yang di pelopori oleh parti PKR atau adakah ahli ahli hindarf ini merupakan salah satu komponen PKR?

Mana pemimpin PAS, apa reaksi mereka terhadap pekara yang boleh menjejaskan keselamatan negara? atau Hindraf ini merupakan pertubuhan didikan parti PAS bagi menentang kepimpinan kerajaan yang sedia ada dan meraka akan menyalahkan kerajaan apabila sesuatu berlaku kepada pemimpin haram Hkndraf ini.

Apa yang nampak jelas hari ini, pemimpin pembangkang akn sentiasa mencari salah dan berselindung dan mengambil kesempatan di sebalik masaalah dan kemelut yang di hadapi oleh rakyat hari ini, malah pembangkang akan berselidung dan mengambil kesempatan di sebalik musibah yang di timpakan oleh Allah SWT terhadap hambanya.