Followers

Tuesday, May 19, 2009

Pemimpin Negeri Sambut Baik Keputusan Najib

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin politik Pulau Pinang rata-rata hari ini menyokong keputusan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti 31 Mei ini.

Di Johor Baharu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata, "Tindakan BN (tidak bertanding) adalah bijak kerana ia tidak mengikut gendang paluan pembangkang yang membazirkan wang rakyat seperti kos Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis dan lain-lain".

Tapi bagi Pembangkang yang bergelar PKR mereka rata rata sungguh kecewa dengan dengan keputusan Najib yang tidak meletakkan calon untuk bertanding di penanti, maka memukullah gendang pencacai pencacai mereka di blog blog di dada akhbar mereka bagi menutup apa berlaku sehingga perletakan jawatan DUN Penanti oleh fairuz adalah kesalahan dari UMNO, amat melucukan sekali.

Siapakah orang yang telah membongkar amalan rasuah fairuz selama ini, kenapa mereka tidak mahu bercerita atau mendendangkan orang tersebut, apakah semua itu lakonan PKR semata mata, mungkin tidak kerana orang UMNO masih berfikiran waras untuk berfikir,bukan seperti apa yang orang PKR fikirkan sekarang...Moein

No comments:

Post a Comment