Followers

Wednesday, May 27, 2009

PKR Timbang Tindakan Undang-undang Terhadap Aminah

PULAU PINANG, 26 Mei (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah, yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali.baca lagi

"Memang kelakar, dalam hal mengatakan mereka di pihak yang benar, kena pakai timbang lah pula, ya lah pakai timbang ni baru lah nampak keseimbangannya, nak lagi menunjukan kan ketelusan perjuangan maka, terima lah kata kata kak min tu datuk Z, bubarkan sahaja PKR kat pulau pinang tu, masuk barisan, nak selindung mamcam mana lagi ni?..."

No comments:

Post a Comment