Followers

Friday, May 29, 2009

Benih Benih Kominis Wujud Dalam Pas

Dr. Abdul Mu'ti Bayyumi, seorang pensyarah Akidah & Falsafah di kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar Kaherah berkata " Berapa banyak sudah gerakan Islam hampir menang tetapi tewas di garisan penamat kerana tidak mengetahui falsafah. Sudah berapa kali gerakan Islam hampir berjaya namun kecundang di perlawanan akhir kerana tidak mengenali falsafah dan ideologi barat. Harus berapa lagikah gerakan Islam yang tersungkur di depan pintu syurga kerana matlamat mereka dipesongkan oleh falsafah barat. Mereka tidak mempelajari falsafah kerana anggapan mereka falsafah itu tidak berguna dan mengatakan ia adalah ilmu sekular. Dan ilmu sekular haruslah dijauhi kerana berasal dari orang kafir. Lantas Mereka kecundang dan kalah hanya dengan falsafah". Demikian syarahan beliau yang diberikan kepada studentnya termasuk penulis.

Penulis di sini cuba ingin membincangkan tentang falsafah Komunisme dan mengaitkannya tentang fenomena landskap politik yang berlaku di Malaysia.

Komunisme adalah satu falsafah yang berideologikan kepada fahaman untuk membentuk sebuah negara egalitary, masyarakat tidak berkelas, memperjuangkan ketuanan rakyat serta kesamarataan dalam hak pemilikan, allegiance terhadap fahaman Marxisme-Leninisme.

Komunisme melahirkan satu fahaman sosialisme. Falsafah sosialisme adalah satu konsep yang mengatakan bahawa semua harta negara adalah milik rakyat. Pembahagian harta rakyat haruslah samarata dan adil agar semua orang berpuas hati. Pembahagian harta ini tidak didasari dengan kredit kerja malah orang yang kerja kuat pun sama sahaja hartanya dengan orang yang tidak bekerja. Falsafah ini telah menghancurkan ekonomi Islam yang bertunjangkan semangat berusaha.

Fahaman Komunisme menyatakan bahawa kepemilikan tanah dan total ekonomi dan politik adalah samarata kepada semua rakyat. Menurut sosialisme pebahagian kelas harus samarata. Pada prinsipnya semua harta direpresentasikan sebagai milik rakyat. Oleh karena itu, seluruh alat-alat produksi harus dikuasai oleh rakyat untuk kemakmuran rakyat secara sama rata.

Dalam falsafah Marxisme yang merupakan tunjang kepada falsafah Komunisme, menyatakan bahawa rakyat mesti menumbangkan kerajaan yang elit untuk mencapai masyarakat tanpa kelas, status marhaen, proletariat atau bourgeois. Maka dengan ini, pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam boleh ditumbangkan jikalau rakyat kesemuanya berfahaman Komunisme Demikian lah fahaman yang terkandung di dalam teori dialectical and historical oleh Karl Marx.

Apakah PAS yang menyokong kepulangan Chin peng ini merupakan tanda-tanda bahawa PAS sudah dikuasai oleh fahaman komunisme?

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng .

Persoalannya adalah, Apakah mereka ini tidak melihat kekejaman komunisme yang dibawa oleh Chin Peng? KLIK SINI Untuk melihat kekejaman komunisme terhadap bangsa Malaysia. Juga lihat kekejaman komunisme di serata dunia terhadap manusia KLIK SINI , mahu lagi? ambil ni DI SINI LAGI. Masih mahu? kau ambillah semua di sini DAN JUGA DI SINI.
baca lagi

"Kadang kadang Pembangkang hanya nak tunjuk kepada pekara yang bertentangan, mereka tahu, mereka sedar, tapi hanya kerna mahukan sokongan semata mata maka mereka sanggup mengiakan kepada pekara menidakkan, hari ini kita akan melihat kejatuhan satu satunya parti PAS yang memperjuangkan Islam kononnya, Pada Ceramah di Penanti demi unutk menarik penyokong bangsa lain, Nik Aziz sanggup mempertikaikan pembinaan rumah Allah oleh kerajaan BN, menentang pembinaan Masjid yang di katakan membazir duit rakyat.

No comments:

Post a Comment