Followers

Wednesday, May 20, 2009

Anak Raja Petra Mengaku Salah Tuduhan Mencuri

SHAH ALAM [2.56 am] - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.




Saya ketawa dan tesenyum sendiri apabila satu blog yang di pelopori oleh angkatan muda PKR yang terlampau sangat exstrim hinggakan pengakuan bersalah anak Blogger tersohor Raja Petra pun di katakan salah satu konpirasi untuk mengaburi mata rakyat. Apa lagi dalam fikiran saya masai ini?, mesti di dalam kepala mereka pemimpin UMNO ataupun pihak berkuasa, walaupun tidak secara terang terang, maka banyaklah konon adaian yang tak masuk akal lah dengan tujuan untuk mereka ini (PKR) nak mengaburi pemikiran rakyat pula supaya konon2 ada konpirasi untuk memburuk buruk kan Blogger tersohor Raja Petra mereka.