Followers

Thursday, June 25, 2009

Hati busuk Nik Aziz

Pemuda UMNO Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan juga komunis.
baca lagi

Dia tidak senang selagi tidak dapat menghancurkan sesama saudara islam, kita sudah dapat melihat dengan jelas siapa Nik Aziz dan apa agenda beliau sebenarnya, saya tak nampak kenapa dengan melihat gambar mukanya konon seperti akan dapat pahala, mungkin saya belum dapat hidayah dari Allah SWT, maka apabila saya melihat gambar beliau terpapar muka seorang ditaktor politik yang berselindung di sebalik agama.Nik Aziz hanya mempergunakan agama bagi kepentingan politik yang gila kuasa.

Allah sentiasa menguji keimanan hambanya, selagi kuat kita beriman kepada Allah SWT, maka lagi kuatlah ujian Allah terhadap hambanya. Semoga kita tidak terpesong dari akidah demi untuk dunia semata mata, semoga rakyat tahu kini siapa nik aziz sebenarnya, saya berdoa semoga rakyat manek urai di berikan kekuatan untuk mengubah masa depan politik di kelantan.

Islam Fobia

Saya terpanggil untuk bercakap mengenai Islam Fobia yang di perkatakan oleh Nik Aziz, siapa yang Fobia dan siapa yang telah mengfobiakan Islam selama ini, adakah Nik Aziz perasan atau tidak yang mana selama ini PAS merupakan satu satunya Parti yang konon kononnya berjuang untuk sebuah negara Islam dan Hukum Islam.

PAS sebelum bergabung dengan parti parti lain dengan begitu agresif telah menjadikan agama Islam sebagai teras perjuangan, malah perjuangan Islam PAS amat menakutkan, bukan shaja orang bukan Islam malah orang Islam sendiri bimbang dengan cara perjuangan PAS.

Bermula dengan episod caci mencaci dan memaki hamun sesama islam, kafir mengkafir sesama islam, boikot memboikot sesama islam hingga lah berlaku kehancuran bukan sahaja di peringkat rakyat dan masyarakat malah merosakkan institusi kekeluargaan dan persaudaraan Islam, PAS menanamkan sikap benci terhadap orang bukan Islam.

Kita jangan lupa bagaimana, apa yang PAS perjuangan kan telah menyebabkan suami dan isteri bergaduh hanya kerana lain kefahaman politik, anak disisihkan dari keluarga, majlis kesyukuran sesama islam di pulaukan hanya kerana lain pegangan politik, sembelihan, pernikahan yang di sempurnakan oleh ulama dan Imam UMNO tidak sah, kita jangan lupa siapa yang mengadakan sembahyang dua imam dalam satu masa.

Tapi hari ini PAS bersama dengan DAP satu satunya parti yang perlembagaan dan perjuangan mereka yang terang terang menolak islam dan akan terus menolak islam, walaubagimanpun DAP tidak pernah fobia dengan Islam, selama berada di Malaysia, DAP tidak pernah menyuarakan bantahan yang amat sangat terhadap kepimpinan UMNO dalam melaksanakan Islam di Malaysia.

Makanya PAS lah yang telah menfobiakan rakyat dengan islam yang agresif yang di bawanya dan fobia ini bukan dapat di rasakan oleh DAP dan rakan rakan agama lain, malah rakyat yang beragama islam di Malaysia mahupun negara yang berjiran terasa bimbang dengan perjuangan agresif PAS.

Kita jangan lupa bagaimana UMNO telah di kafirkan hanya kerana satu pelembagaan dan juga hanya kerana bersekongkol dengan MIC dan MCA dalam BN, kita jangan lupa dan jangan jadi mudah lupa.

Wednesday, June 24, 2009

‘Jangan pandang rendah BN’

PUTRAJAYA: “Jangan pandang rendah terhadap sokongan yang kita (Barisan Nasional) ada. Kita masih kerajaan majoriti ketika ini,” tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.baca lagi


Saya berharap dan merasakan sepatutnya kepimpinan UMNO dan BN berhentilah dari bercakap mengenai keikhlasan, keperluan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang, adalah lebih baik kerajaan BN tumpukan agenda kepada rakyat, jangan terikut ikut dengan rentak PAS dan PR, bimbang rakyat juga akan meluat dengan kerajaan BN.

Walaupun idea PAS ke UMNO ke atau idea siapa sahaja, parti pembangkang akan tetap menupulasikan kenyataan dan kerajaan BN tetap akan menjadi bahan dari idea busuk mereka, percaya lah, hari mereka sedang bercakap, "tengok pemimpin UMNO dan BN mula kalut, kita baru bagi idea dah seronok, ini semua nak menunjukkan kerana BN dan UMNO ada masaalah untuk memimpin negara"....

Maka Tan Sri dan Pemimpin UMNO henti hentikan lah bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai kerajaan perpaduan, bercakaplah mengenai kemajuan dan perancangan untuk memajukan bangsa agama dan negara.

Kerajaan Perpaduan apa dah jadi PAS?

sudah di jangka tidak akan berlaku kerjasama di antara PAS dan UMNO, saya tidak rasa terkilan dengan apa yang berlaku kerana sememang dari awal lagi saya tidak bersetuju dengan apa yang di war war kan oleh PAS.

Bagi saya kerajaan Perpaduan sememangnya telah lama di praktikkan di dalam kerajaan BN dengan berkongsi kuasa dan sepatutnya kerajaan BN hari ini teruskan kejayaan dengan melaksanakan program program yang telah di atur dari melayan kerenah mereka mereka yang tidak ada perjuangan atau lain kata tidak tahu berjuang.

Saya harap komponen yang berada di dalam BN tidak berkecil hati dengan keghairahan pemimpin UMNO yang bersungguh sungguh untuk menerima cadangan daripada parti PAS yang sanggup mengadaikan perjuangan dan perlembagaan hanya kerana nak berkongsi nak berkuasa.

Perpaduan yang ada dalam BN harus di kekalkan dan di perbaiki dari masa ke masa dan saya percaya rakyat sudah mula dapat melihat perjuangan untuk rakyat dengan perjuangan nak berkuasa dan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat, apa pun ucapan syabas lah kepada hadi dan nasha walaupun tidak berjaya, InsyaAllah kalau niat yang baik pasti akan menjadi kenyataan.

Banyak juga hikmahNya dengan apa yang berlaku, sekurang2nya rakyat sudah tahu siapa Nik Aziz.

Friday, June 19, 2009

Pemimpin UMNO Firaun pula

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkempen dan saya percaya di Manek Urai mejadi tapak permulaan bagi beliau untuk meletakkan pemimpin UMNO sebagai firaun pula dan memulakan episod menyamakan orang yang menyembah Allah dengan Firaun, dulu meraka kata UMNO kafir dan murtad kerana bersama memerintah dengan bangsa lain dalam BN, tapi hari mereka juga melakukan pekara yang sama dalam PR dan kafir telah berbalik pada PAS.

Allah maha kaya, sepatutnya istilah firaun tu harus ditujukan kepada Nik Aziz, kerana ingin menghacurkan saudara se islam dan menolak kebaikan yang di bawa oleh rakan seperjuangan. InsyaAllah kita akan lihat Allah akan tunjukan di Manek Urai.

Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Didalam arus berita perdana hari dengan jelas menyiarkan kelantangan nik Aziz menyelar tindakan pemimpin no 2 dalam PAS yang di pilih oleh ahli ahli PAS, orang yang di pilih dan di amanahkan oleh ahli, agar dapat membuat perubahan dalam PAS. bagi saya Beliau hanya akur dengan pandangan Bos dia sahaja, belum tentu berlaku pun.

Saya memang tidak rasa terkejutlah dengan cara nik Aziz menagani kemelut yang kini berlaku di dalam PAS, cuma tak sangka lah dengan sampai mengesa pemimpin no 2 dalam PAS untuk meletak jawatan segala kan, tak sama macam mana beliau begitu mesra dan berlembut dengan kes Elizabeth wong, malah beliau memuja dan memuji lagi.

Ikhls cakap saya pun tak suka dengan idea kerajaan perpaduan ni, bukan menguntungkan pun, hari ini selepas PRU 12 masyarakat dan rakyat dah tahu tembelang PAS ni, terpaksa mengkafirkan perjuangan mereka hanya kerana mahukan kuasa.

Tuesday, June 16, 2009

Khalid: PAS keluar arahan tutup mulut

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan.

"Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
baca lagi

" Saya dan jangka perkara seperti ini akan berlaku, mereka akan mencari kesalahan dari UMNO, Saya rasa lebih elok kalau kita juga tutup saja cerita nak wujudkan kerjaan perpaduan, di peringkat PAS sendiri kita tidak nampak keikhlasan, bagi saya cerita kerajaan perpaduan ini tidak lebih hanya seperti gimmik politik PAS untuk melihat sokongan ahli ahli mereka yang kini saya percaya sudah mula kucar kacir selepas PRU 12 apabila PAS berada di dalam Pakatan Rakyat. Kalau kita lihat sendiri di Muktamar mereka yang lepas kebanyakan laungan untuk sebuah negara Islam dan Hukum Islam kini telah nampak pudar hanya kerana untuk menjaga hati DAP yang mereka tahu satu satunya parti yang menolak perjuangan mereka dan PKR yang satu satu nya parti yang menolak perjuangan ketuanan melayu dan saya percaya ini tidak di senangi oleh penyokong mereka.

Di merata tempat kini penyokong PAS sudah hilang punca, kalau dulu mengkafirkan dan mermurtadkan rakan seagama yang berada dan menyokong kerajaan BN adalah menjadi agenda mereka dalam menarik sokongan rakyat, tapi hari ini mereka akan terasa panas bontot kalau kita bertanya semula kepada mereka tidak kafir atau murtad ke PAS kini bersama DAP? Kalau dulu mereka boleh berjam jam dudok mengeteh berdebat dengan kita tapi hari ini kalau berjumpa dengan dengan kita, duduk dah terasa tidak selesa dan akan mencari alasan untuk pulang lebih awal hanya kerana bimbang kena pulang paku buah keras...

Siasat misteri pembuangan 14 KP


Pemuda PAS mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis 8 Jun lalu.
"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
baca lagi

" Dalam hal hal seperti ini, saya rasa pihak yang bertanggong jawab harus tampil untuk memberi penjelasan, saya juga berpandangan pekara ini adalah serius, kerana ia membabitkan hal keselamatan negara, walaubagaimana pun polis harus di beri masa dan waktu untuk menyiasat, saya harap pemuda PAS jangan lah sampai nak provokasi melampau lah pula, seperti meletakkan topi lambang BN segala untuk menampakkan konon kononnya ia adalah kerja kerja orang UMNo, banyak andaian yang boleh di buat dari apa yang berlaku, saya boleh juga mengatakan yang ianya sengaja di lakukan oleh Pemuda PAS sendiri, biasalah dan tak ada kerja kan.....
TINDAKAN TUTUP TADIKA KEMAS HAMPIR CETUS PERGADUHAN
Seramai 43 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Blok I, Flat Seri Perantau di sini terpaksa memulakan pembelajaran di bawah khemah selepas Jawatankuasa Komuniti Blok itu bertindak mengunci pusat pembelajaran berkenaan hari ini.

Tindakan itu dibuat setelah jawatankuasa itu didakwa tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Tabika berkenaan yang dikatakan tidak melangsaikan tunggakan sewa sejak lima bulan lalu yang berjumlah RM2,500.


MURSYIDUL AM PAS BEKAS GURU TADIKA KEMAS TAHUN 70 AN

PERKARA INI TELAH BEBARPA KALI SAYA ULANG DAN SAYA MERASAKAN RAMAI YG TIDAK PERASAAN POST YG PERNAH SAYA KELUARKAN

RAMAI ORG MEMPERTIKAIKAN LATAR BELAKANG NIK AZIZ
MAKLUMAT YG DITERIMA SEBELUM NIK AZIZ MENYERTAI PAS BELIAU MERUPAKAN BEKAS GURU TADIKA KEMAS DI SEKITAR TAHUN 70 AN


" Mereka masih tak mahu belajar atau memang mereka sengaja untuk menunjuk kekuasaan mereka daripada ketentuan dan kekuasaan Ilahi, anak anak ini merupakan amanah dari Allah, di negeri yang berada di dalam pemerintahan BN, Tadika yang bermotif politik seperti PASTI, kerajaan tidak pernah unutk mengambil sikap menutup atau sebagainya, kerana BN lebih berhemah dalam unutk memastikan anak anak mendapat pembelajaran yang terbaik. Mereka tidak mahu belajar semasa memerintah di Terangganu, bila mana mereka begitu agresif dengan menutup Tadika Tadika Kemas, adakah mereka sedar yang mana kemas itu adalah untuk ibu bapa yang tidak berkemapuan unutk menghantar anak anak mereka ke sekolah swasta, kerana kos yang mereka tanggung terlalu tinggi, saya juga percaya dari perbuatan menginaya anak anak itu lah, maka Allah menarik semula kuasa yang telah di berikan, sama sama lah kita lihat kesombongan mereka terhadap Allah.

Monday, June 15, 2009

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen

kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. baca lagi

" Bagi saya si Nizar ni hanya memalukan diri sendiri dan juga Parti PAS secara umumnya, Gelaran yang di berikan sebagai anjing DAP adalah tepat oleh kebanyakan blog blog yang menyokong kerajaan, saya percaya Nizar tak ubah seperti pemimjam pada ah long, bayaran yang cukup besar harus di pulangkan kepada DAP, sehingga maruah diri pun tergadai, Nizar memang tidak boleh tidor malam, saya juga percaya beliau sentiasa akan di desak agar melakukan sesuatu, saya percaya dia akan melakukan apa sahaja agar tokeh ah long gembira walaupun perbuatan nya boleh menjejaskan imej nya sebagai pemimpin yang melaung sebuah negera islam dan hukum islam.....kesian nizar

Anwar terus dibidas

IPOH 14 Jun – Pelbagai pihak termasuk Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP) terus mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia.

'Kami bekas perajurit amat terkilan dan kecil hati, isu Chin Peng sebenarnya bukan isu politik tetapi malangnya ia dipolitikkan. Provokasi Anwar itu boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara'baca lagi

" Sdr Anwar kita apa yang nak di pelik kan, beliau suka buat pekara yang bertentangan, kira macam suka buat pekara yang di luar tabii, suka cari publisiti, dia tahu orang akan marah dengan tindakan dia, aliran beliau cuma satu sahaja, kena cari sokongan kaum bangsa lain, siapa yang dulu menimbulkan tentang chin peng ni? maka beliau cuba menarik penyokong tersebut, konon kononnya menyokong dengan saranan mereka,

Sunday, June 14, 2009

Nik Aziz Yang Terlajak Kata

Nik Aziz terlalu benci pada UMNO.Nik Aziz marah sangat kepada penyokong Datuk Seri Haji Hadi Awang. cetusan idea kerajaan perpaduan menyebabkan Nik Aziz bersikap keterlaluan.

Nik Aziz membakar semangat ahli dan penyokong partinya sampai ramai orang yang terkejut dan menjadi buah mulut bila beliau membuat seruan penyokong parti itu agar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai walaupun terpaksa ‘bertumpah darah’.

Nik Aziz membuat seruan itu ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS DUN Manek Urai dua hari lepas.Istilah ‘ bertumpah darah’ itu dibimbangi boleh mencetuskan berbagai andaian negatif dan salah tafsiran sepanjang kempen pilihanraya kecil dikawsan yang terpencil di Kelantan itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed yang merasa amat dukacita dengan provokasi Nik Aziz selaku MB kelantan itu.

Datuk Mustapa Mohamed akan memberi tumpuan khusus DUN Manik Urai dari semua aspek terutama pembangunan infrastruktur sekiranya BN menang dan sekaligus Manik Urai juga akan dijadikan anak angkat kepada Kerajaan Pusat.

Bermulanya kejayaan 'gelombang biru' di Manik Urai ini seterusnya akan merebak ke seluruh Kelantan untuk mencetuskan semangat baru di kalangan ahli UMNO dan rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Kerajaan Pas dalam PRU13 nanti.

oleh PAK MIE
bypass308.blogspot.com

" Nik Aziz yang nampak sangat begitu amat sangat benci dengan saudara Isalam yang berada di dalam UMNO sanggup menyeru kepada penyokong nya agar sanggup bermandi darah bagi mempertahankan kerusi DUN Manik Urai, kita jangan tumpukan pada DUN, tetapi sikap Nik Aziz kini, betapa sekarang syaitan sudah mula meresap di dalam jiwanya sehingga sanggup provok yang boleh mencetuskan keadaan yang huru hara.....

Saturday, June 13, 2009

Pemuda UMNO sambut baik minat Pas bekerjasama

KUALA LUMPUR 12 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pendirian parti Pas yang masih menunjukkan minat untuk berbincang dan bekerjasama dengan UMNO bagi pembentukan kerajaan perpaduan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu melihat kerjasama itu masih boleh diteruskan walau apa pun syarat yang diletakkan Pas.

"Saya harap sebarang isu yang negatif tidak menjadi syarat yang menghalang usaha UMNO dan Pas itu sebaliknya ia boleh dibincangkan secara positif," katanya semalam.

baca lagi

" Saya harap Pemuda UMNO tak perlu lah nak menunjukkan agresif yang tidak tentu pasal dalam hal kerajaan perpaduan yang di ilham kan oleh PAS ni, jangan sampai nak mencari publisiti konon ini adalah usaha Pemuda kalau berjaya membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS, walaupun bersyarat atau pun tidak, jangan suatu hari nanti pemuda akan di tertawakan dan akan di persalahkan pula, sekiranya berlaku turn over.Sepatutnya pemuda hari ini lebih agresif kepada bagimana nak pertingkat usaha untuk mengembalikan keyakinan pemuda kepada kerajaan dengan pelbagaikan lagi usaha bagi menarik pemuda.

Bagi saya kononnya PAS harus melaksanakan perpaduan bagi menunjukkan kepada rakyat yang kononnya kerjaan BN yang di terajui oleh UMNO kini dah lemah. Selama kerajaan BN memerintah kononnya telah mejadikan Negara dalam keadaan tidak aman dan stabil dan kemajuan negara sekarang mengalami kehancuran.

Bagi saya kerajaan perpaduan sekarang dalam BN adalah yang terbaik dan kita harus meneruskan perpaduan yang berada di dalam Pakatan BN bukan dengan mereka yang berkepentingan, tak akan lah Pemuda tak nampak bagaiman PAS sanggup bersama mereka yang menidakkan Islam dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mendapat tempat untuk berkuasa sahaja? so pada khairy dan para exco nya fikir lah elok2.....

Hadi malukan pembangkang

KUALA LUMPUR 12 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Baca Lagi

" Saya tak faham kenapa pula Karpal dan yang lainnya nak malu dalam hal kerajaan perpaduan ni, dah memang jenis muka tidak tahu malu semuanya, jangan ingat mereka boleh memerintah kalau mereka tidak berada di dalam pakatan rakyat, tapi bagi saya yang patut malu sangat sangat adalah Nik Aziz, kerana bagi saya dia lah yang merupakan orang telah memecah belahkan perpaduan selama ini dan hari ini rakan seperjuangannya seperti ingin membetulkan kesalahan yang telah di buat oleh Nik Aziz selama ini, sekiranya kerajaan perpaduan ini betul betul berlaku, maka agenda Nik Aziz yang ingin memusnahkan saudara seagama dengan DAP ( yang pernah menyatakan langkah mayat mereka dahulu unutk sebuah negara islam)selama ini dan dengan pertolongan syaitan tidak akan berjaya.


Zaid Ibrahim masuk PKR

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
baca lagi

" sememang nya sudah di duga dan UMNO dan BN tidak merasa kehilangan pun, UMNO dan BN hanya mahu pemimpin yang kental, pemimpin yang mempuyai kekuatan fizikal dan mental, pemimpin yang boleh di tegur, kita hanya manusia yang tidak akan lari dari membuat kesilapan dan bagi kita pula rakan rakan sekeliling merupakan cermin yang akan memperlihatkan siapa diri kita sebenarnya, sebagai manusia kita sentiasa merasakan berada di tempat yang betul, sentiasa tidak pernah melakukan kesalahan, walaupun pada satu masa kita tidak sedar apa yang kita lakukan akan menguris atau boleh merosakakan perpaduan, tapi pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh di tegur dan pemimpin yang baik adalah mereka yang tidak akan lari dari perjuangan asal, kerana kita kena belajar dari kesilapan.

Jangan ingat bila kita lari dari kenyataan maka kita akan merasakan diri kita akan sentiasa berada di tempat yang betul, macam mana lah keadaanya dalam satu pasukan yang berada di dalamnya terdiri dari mereka mereka yang tidak ada pendirian hidup, dan yang mudah kecewa?

Thursday, June 11, 2009

Hentikan segera polemik, perkasakan institusi masjid

Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa semua pihak agar menghentikan perbalahan dan polemik negatif berkaitan dengan isu pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Masjid bagi sesi 2009-2012 ini dengan segera.

"AMK Selangor juga mengingatkan agar tiada pihak yang cuba menimbulkan suasana keruh daripada isu ini. Masyarakat juga tidak perlu terjebak dengan permainan pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram ini sehingga bertindak tanpa memikirkan agenda besar ummah di masa hadapan yang perlu diperjuangkan,"tegasnya.


"Siapa yang mempolitik kan masjid selama ini?, siapa yang mempergunakan masjid selama ini?, jangan kita alpa dan juga kita lupa, semasa tidak memerintah pun intitusi masjid di perkotak katik kan, apatah lagi dah memerintah, kini dah terbalik pula kan?, berlaku isu sembahyang jumaat dua imam dalam satu masa. siapa yang mulakan dulu?

Wednesday, June 10, 2009

PKR, DAP tidak berhak membantah

KUALA LUMPUR 9 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diminta tidak 'membuat kacau' berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, DAP dan PKR sebenarnya tidak berhak untuk membangkang sebarang cadangan baik yang diberi Pas terutama bagi tujuan perpaduan rakyat negara ini.

Tegasnya, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, nasihat kedua-dua parti 'pengacau' itu dilihat tidak langsung menguntungkan negara sekali gus membantutkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Kita percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan kedua-dua parti berkaitan diminta tidak memberi nasihat yang tidak menguntungkan.

"Soal perpaduan harus diutamakan mana-mana parti politik di negara ini. Sesiapa yang tidak suka perpaduan bermakna tidak mempunyai pendirian kukuh untuk membina negara," ujarnya
baca lagi

" Bagi saya Datuk Seri, PAS sememang tidak ada perpaduan sejak azali lagi pun, saya tetap merasakan yang mana memang ada permainan politik dari PAS, PAS sendiri pun dah tidak ada pendirian lagi, perjuagan mereka tidak konsisten apabila mereka bersama sama dengan DAP dan PKR dan hari ini misi mereka hanyalah untuk menganyang dan melenyapkan pemerintahan UMNO saudara Islam mereka.

Saya tidak akan lupa dan tidak akan alpa dengan apa yang telah mereka hukum dan caci maki tehadap perjuangan kita, sepatutnya apa yang mereka lakukan hari adalah memohon maaf kepada semua ahli ahli UMNO dan menarik semula semua tuduhan mereka terhadap ahli ahli UMNO sebelum bercerita mengenai kerajaan perpaduan"

Tuesday, June 9, 2009

Pembangkang adalah 'cermin': Dr M

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penutupan Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lalu, bagi penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang. - Bernama

" Selama ini BN tidak melaksanakan tugas dengan baik ke? maka kepada rakan2 di luar sana jangan terleka dengan permainan politik PAS, tidak ada kesudahannya, percayalah ini akan menjadi kempen PAS untuk menarik rakyat bagi menidakkan kemampuan BN atau lampu hijau yang menyatakan sememangnya BN kini sedang kalut dengan perpecahan....."

Umno spesis suka tikam belakang kata perwakilan Kelantan

kekadang kita ni bercakap ikut sedap mulut sahaja, tanpa memikirkan risiko, tanpa melihat sekeliling, bercakap tanpa membuat kajian, apa yang penting kepuasan pada diri,"Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w", hari ini PAS bersama dengan paktan rakyat adakah juga mereka tidak merasakan tiga suku ke?


Kata beliau lagi "Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang". hari ini pemimpin mereka menyatkan kerajaan perpaduan dan guan eng pun kata walaupun secara berhemah tapi yang jelas katanya Hadi pembohong. kerana tidak pernah buat rundingan pun dengan rakan rakan pakatan.

Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan

Sempena cuti sekolah ini saya menyepi diri buat seketika bagi menghayati erti cuti di dalam bumi Malaysia yang tercinta, yang aman dan damai tanpa rasa tergugat dan terganggu, bebas ke sana dan sini, bebas dengan menyaksikan pelbagai golongan bangsa dan agama duduk harmoni tanpa perlu bimbangkan adanya persengketaan kerana kita telah di didik dari awal setelah merdeka untuk berkongsi negara dengan pebagai kaum agama dan bangsa, walaupun rakyat tahu yang mana hari ini kita sedang berada di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu tetapi kehidupan seharian tetap di teruskan seperti bagaikan negara kita tidak rasa terjejas dengan keadaan yang tersebut.

Hari ini di setiap dada akhbar dan di mana mana sahaja ruangan akan terpapar mengenai pemimpin PAS yang bercakap mengenai kerajaan perpaduan, malah kepimpinan kerajaan juga ada yang rasa seronok dan ada yang juga merasa ragu ragu, begitu juga dengan kepimpinan pakatan pembangkang, walaupun hadi mengatakan di muktamar yang Pakatan Pembangkang menyokong malah UMNO juga menyokong, tetapi hari ini rakan seperjuangan mereka yang Akrab ( DAP ) menidakkan apa yang di war war kan oleh Hadi.

Walaupun Hadi melaungkan Kerajaan Perpaduan, tetapi rata rata paparan dalam laman laman blog pembangkang amat kurang untuk menyiarkan atau seperti tidak berminat dengan apa yang di laungkan oleh Hadi, di muktamar Pemuda Pas juga melaungkan agar jangan sesekali bersekongkol dengan UMNO begitu juga dengan muslimat PAS, tapi Hadi begitu yakin dengan ideanya

Saya secara peribadi juga tidak berminat dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang di labelkan oleh Hadi kerana kononnya untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kemelut ekonomi, bagi saya ini semua hanya lah idea idea politik Hadi yang saya rasa macam sudah nyanyok, sudah hilang panduan atau seperti orang yang terasa bersalah dengan apa sudah beliau lakukan kepada perjuangan saudara Islam mereka atau yang lebih nyata idea Hadi ini sperti nak mempermainkan minda rakyat yang mana selama 63 perjuangan UMNO yang berada di dalam Bn tidak dapat memajukan negara, kononnya nak maklumkan pada rakyat yang mana UMNO gagal melaksanakan tugasnya untuk memimpin negara dan dengan idea beliau maka barulah negara boleh berjaya negara boleh maju.

Saya secara peribadi tetap beranggapan Hadi hanya ingin mempersendakan perjuangan UMNO maka saya berharap kepada kepimpinan UMNO apatah lagi di peringkat Pemudanya, jangan lah ghairah sangat, PAS pernah bersama dengan UMNO, dan sekiranya mereka ikhlas kenapa tidak dari dulu lagi, semasa kemelut ekonomi yang amat sangat semasa era Tun Mahathir, Hadi tidak terfikir idea Perpaduan, mungkin masa tu sibuk cari idea macam mana nak mengkafirkan UMNO sahaja, tapi hari ini mugkin mereka dah dapat rasakan yang mana mereka (PAS) juga perlu menjadi kafir, baru lah boleh berkuasa, ujung2 kuasa.

Thursday, June 4, 2009

'End is nigh for Jurassic Umno'

UMNO sudah 63 tahun memacu dan memandu negara sehingga kehari ini di dalam BN, dan rakyat semua tahu yang UMNO adalah merupakan tulang belakang dalam BN dan satu2 nya parti yang memperjuangkan hak hak orang melayu, memastikan kuasa melayu, perlembagaan melayu, kedaulatan melayu, kedaulatan raja raja melayu terus di jaga bagi untuk memastikan melayu terus menjadi tuan kepada sebuah negara yang dulunya Tanah Melayu. Tapi oleh kerana demi ingin kan satu negara yang merdeka maka satu perjanjian telah dibuat dengan untuk memastikan bangsa2 lain juga mendapat tempat di negara melayu maka dikenali dengan nama Malaya dan kini Malaysia dan di dalam negara ini bila di sebut bangsa Melayu semestinya lah agama Islam itu adalah agama rasminya dan bila Melayu terus berkuasa maka Malaysia adalah merupakan sebuah negara Islam dan kompenan BN yang terdiri dari bangsa Cina dan India tidak pernah menidakannya malah negara negara Islam sedunia juga mengiktirafkan Malaysia adalah sebuah negara Islam sampai pemimpin negera di lantik sebagai Pengerusi di dalam pertubuhan OIC.

Hari ini mereka ( pembangkang ) cemburu dengan kejayaan kerajaan BN, cemburu dengan penyatuan BN, cemburu dengan UMNO yang menerajui BN, maka mereka melakukan yang sama dengan kononya atas dasar kerjasama PAS, PKR dan DAP mereka menubuhkan PR, satu pakatan yang sama kononnya nampak mcm BN tapi tak lebih kepada masing2 gila untuk berkuasa yang tidak tahu hala tuju masing2, kerana mereka sepakat hanya pada untuk menjatuhkan kan kerajaan BN yang UMNO adalah didalamnya, tetapi perjuangan mereka adalah berbeza di antara satu sama lain dan PAS hari ini berkata yang mereka ingin menjadi driving force of Pakatan Rakyat.


Allah maha Mengetahui, dulu PAS menuduh UMNO kafir kerana bersama sama dengan MIC dan MCA dalam BN, hari ini tuduhan tersebut berbalik pada mereka, malah lebih dasyat lagi bila yang bersama dengan PAS adalah satu2nya parti yang pernah menyatakan langkah mayat mereka dahulu sekiranyan PAS igin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tapi apa nak di hairan kan kalau Maha Guru PAS ada mengatakan sanggup berkawan dan meminta pertolongan hatta dengan syaitan sekalipun bagi menjatuhkan UMNO dan hari ini perjuangan dan laugan PAS untuk sebuah negara Islam dan hukum Islam sudah pudar dalam perjuangan mereka dan hari ini mereka lebih kepada untuk memperjuangkan untuk menghapuskan parti orang melayu saudara Islam mereka....Takbirrr!!!

Wednesday, June 3, 2009

Saksikan Pendedahan Dari Nizar Jamaluddin ( Bekas Menteri Besar Perak) Tiada Penubuhan Negara Islam Dalam Perjuangan PAS

'Saudara Husam, jika UMNO kafir bagaimana pula Pas?

MAK cik adalah warga emas berusia 63 tahun. Rahmat dan nikmat Allah terlalu murah dan melimpah di bumi yang mak cik pijak ini.

Ketenteraman dan keharmonian menjadi asas pegangan hidup kami sejak merdeka. Negara makmur dan maju di bawah Parti Perikatan yang kini Barisan Nasional (BN).

Walau pun terdapat parti-parti lawan tetapi tiada kebiadaban. Walau pun Pas bermusuhan dengan UMNO, Pas ada alasan tersendiri.

Pas mendakwa berjuang atas prinsip menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Mak cik amat menghormati dan kagum dengan Pas yang lantang mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Jadi tidak hairanlah jika UMNO dituduh sebagai kafir sebab berjuang bersama bukan Islam. Hanya Allah ada hak untuk mengkafir, bukan hak Pas. Astaghfirullah.

Anwar Ibrahim semasa dalam BN mengutuk keras kebiadaban Pas mengkafiri beliau. DAP juga dibidas oleh Anwar. Sekarang niat Anwar dah terbalik.

Kalau Anwar nak tumbangkan UMNO dengan apa cara pun sekarang, kita memang faham dan simpati. Sebabnya dia ada dendam terhadap parti yang hampir-hampir dia terajui. Tapi Allah Maha Mengetahui!

Soalan mak cik kepada Pas, khususnya kepada Husam Musa:

n Apa alasan yang ada pada saudara sekarang nak tumbangkan UMNO, parti yang mungkin menyumbang pada saudara?

n Kalau UMNO kafir, apakah Pas sekarang?

Kenapa ghairah sangat nak tumbangkan UMNO yang orang-orangnya Islam sedangkan Pas sekarang bukan boleh digelar parti Islam!

Pencerobohan dalam Pas dan bersekongkol dengan bukan Islam telah melemahkan perjuangan Islam itu.

Kenapa Husam, prinsip Pas boleh dimanipulasi? Kenapa musuh Pas berdekad-dekad sekarang boleh jadi teman karib? Siapa sekarang melemahkan siapa? Semua kerana kuasa!

Adakah Islam ajar kita:

n Biadab sesama kita?

n Puasa lapar?

n Kompromi prinsip kerana nak kuasa?

Kalau niat saudara murni, tegakkanlah model 'Islamic state' pada negeri-negeri di bawah Pas sekarang. Allah akan berkati saudara. Tapi kalau cakap tak serupa bikin, itupun Allah Amat Mengetahui.

UMNO - dulu, sekarang dan selama-lamanya - berjuang atas prinsip yang sama dan komponen BN adalah 'gentlemen.'

Mak cik rindukan Pas yang lantang dan mencabar parti-parti dan individu-individu yang memperlekehkan negara Islam dan amat kecewa dengan Pas yang ada kini.

Sayang sekali yang dulu musuh nampaknya menjadi penyuluh.

MAK ANI
Kuala Lumpur

Monday, June 1, 2009

Saksi dan jangan kita lupa, beliau pun ada skandal

Kemenangan PKR Tidak Bayangkan Penerimaan Sepenuhnya

BUKIT MERTAJAM, 31 Mei (Bernama) -- Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.
baca lagi

" kemenagan PKR adalah kemenagan perbuatan mereka sendiri, kita dah jangka, hanya retorik kononnya mereka adalah parti yang sekarang ini di terima rakyat. Bagi saya hanya segelintir rakyat yang sahaja termakan dengan tipu helah PKR, kerana ramai lagi rakyat di Penanti tidak mudah kena tipu dengan mainan politik kotor PKR, saya juga percaya mereka yang mengundi ini buak lah penyokong tegar PKR, tetapi rakyat Penanti yang terpaksa kena menjalankan kewajipan mereka,maka satu satu nya symbol parti yang nampak glomar di atas kertas mengundi adalah si mata satu, maka suka tak suka kena lah pangkah, apa pun saya igin mengucapkan syabas lah kepada rakyat Penanti kerana telah menjalankan kewajipan mereka sebagai rakyat.