Followers

Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan

Sempena cuti sekolah ini saya menyepi diri buat seketika bagi menghayati erti cuti di dalam bumi Malaysia yang tercinta, yang aman dan damai tanpa rasa tergugat dan terganggu, bebas ke sana dan sini, bebas dengan menyaksikan pelbagai golongan bangsa dan agama duduk harmoni tanpa perlu bimbangkan adanya persengketaan kerana kita telah di didik dari awal setelah merdeka untuk berkongsi negara dengan pebagai kaum agama dan bangsa, walaupun rakyat tahu yang mana hari ini kita sedang berada di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu tetapi kehidupan seharian tetap di teruskan seperti bagaikan negara kita tidak rasa terjejas dengan keadaan yang tersebut.

Hari ini di setiap dada akhbar dan di mana mana sahaja ruangan akan terpapar mengenai pemimpin PAS yang bercakap mengenai kerajaan perpaduan, malah kepimpinan kerajaan juga ada yang rasa seronok dan ada yang juga merasa ragu ragu, begitu juga dengan kepimpinan pakatan pembangkang, walaupun hadi mengatakan di muktamar yang Pakatan Pembangkang menyokong malah UMNO juga menyokong, tetapi hari ini rakan seperjuangan mereka yang Akrab ( DAP ) menidakkan apa yang di war war kan oleh Hadi.

Walaupun Hadi melaungkan Kerajaan Perpaduan, tetapi rata rata paparan dalam laman laman blog pembangkang amat kurang untuk menyiarkan atau seperti tidak berminat dengan apa yang di laungkan oleh Hadi, di muktamar Pemuda Pas juga melaungkan agar jangan sesekali bersekongkol dengan UMNO begitu juga dengan muslimat PAS, tapi Hadi begitu yakin dengan ideanya

Saya secara peribadi juga tidak berminat dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang di labelkan oleh Hadi kerana kononnya untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kemelut ekonomi, bagi saya ini semua hanya lah idea idea politik Hadi yang saya rasa macam sudah nyanyok, sudah hilang panduan atau seperti orang yang terasa bersalah dengan apa sudah beliau lakukan kepada perjuangan saudara Islam mereka atau yang lebih nyata idea Hadi ini sperti nak mempermainkan minda rakyat yang mana selama 63 perjuangan UMNO yang berada di dalam Bn tidak dapat memajukan negara, kononnya nak maklumkan pada rakyat yang mana UMNO gagal melaksanakan tugasnya untuk memimpin negara dan dengan idea beliau maka barulah negara boleh berjaya negara boleh maju.

Saya secara peribadi tetap beranggapan Hadi hanya ingin mempersendakan perjuangan UMNO maka saya berharap kepada kepimpinan UMNO apatah lagi di peringkat Pemudanya, jangan lah ghairah sangat, PAS pernah bersama dengan UMNO, dan sekiranya mereka ikhlas kenapa tidak dari dulu lagi, semasa kemelut ekonomi yang amat sangat semasa era Tun Mahathir, Hadi tidak terfikir idea Perpaduan, mungkin masa tu sibuk cari idea macam mana nak mengkafirkan UMNO sahaja, tapi hari ini mugkin mereka dah dapat rasakan yang mana mereka (PAS) juga perlu menjadi kafir, baru lah boleh berkuasa, ujung2 kuasa.

No comments:

Post a Comment