Followers

Wednesday, June 24, 2009

Kerajaan Perpaduan apa dah jadi PAS?

sudah di jangka tidak akan berlaku kerjasama di antara PAS dan UMNO, saya tidak rasa terkilan dengan apa yang berlaku kerana sememang dari awal lagi saya tidak bersetuju dengan apa yang di war war kan oleh PAS.

Bagi saya kerajaan Perpaduan sememangnya telah lama di praktikkan di dalam kerajaan BN dengan berkongsi kuasa dan sepatutnya kerajaan BN hari ini teruskan kejayaan dengan melaksanakan program program yang telah di atur dari melayan kerenah mereka mereka yang tidak ada perjuangan atau lain kata tidak tahu berjuang.

Saya harap komponen yang berada di dalam BN tidak berkecil hati dengan keghairahan pemimpin UMNO yang bersungguh sungguh untuk menerima cadangan daripada parti PAS yang sanggup mengadaikan perjuangan dan perlembagaan hanya kerana nak berkongsi nak berkuasa.

Perpaduan yang ada dalam BN harus di kekalkan dan di perbaiki dari masa ke masa dan saya percaya rakyat sudah mula dapat melihat perjuangan untuk rakyat dengan perjuangan nak berkuasa dan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat, apa pun ucapan syabas lah kepada hadi dan nasha walaupun tidak berjaya, InsyaAllah kalau niat yang baik pasti akan menjadi kenyataan.

Banyak juga hikmahNya dengan apa yang berlaku, sekurang2nya rakyat sudah tahu siapa Nik Aziz.