Followers

Thursday, June 4, 2009

'End is nigh for Jurassic Umno'

UMNO sudah 63 tahun memacu dan memandu negara sehingga kehari ini di dalam BN, dan rakyat semua tahu yang UMNO adalah merupakan tulang belakang dalam BN dan satu2 nya parti yang memperjuangkan hak hak orang melayu, memastikan kuasa melayu, perlembagaan melayu, kedaulatan melayu, kedaulatan raja raja melayu terus di jaga bagi untuk memastikan melayu terus menjadi tuan kepada sebuah negara yang dulunya Tanah Melayu. Tapi oleh kerana demi ingin kan satu negara yang merdeka maka satu perjanjian telah dibuat dengan untuk memastikan bangsa2 lain juga mendapat tempat di negara melayu maka dikenali dengan nama Malaya dan kini Malaysia dan di dalam negara ini bila di sebut bangsa Melayu semestinya lah agama Islam itu adalah agama rasminya dan bila Melayu terus berkuasa maka Malaysia adalah merupakan sebuah negara Islam dan kompenan BN yang terdiri dari bangsa Cina dan India tidak pernah menidakannya malah negara negara Islam sedunia juga mengiktirafkan Malaysia adalah sebuah negara Islam sampai pemimpin negera di lantik sebagai Pengerusi di dalam pertubuhan OIC.

Hari ini mereka ( pembangkang ) cemburu dengan kejayaan kerajaan BN, cemburu dengan penyatuan BN, cemburu dengan UMNO yang menerajui BN, maka mereka melakukan yang sama dengan kononya atas dasar kerjasama PAS, PKR dan DAP mereka menubuhkan PR, satu pakatan yang sama kononnya nampak mcm BN tapi tak lebih kepada masing2 gila untuk berkuasa yang tidak tahu hala tuju masing2, kerana mereka sepakat hanya pada untuk menjatuhkan kan kerajaan BN yang UMNO adalah didalamnya, tetapi perjuangan mereka adalah berbeza di antara satu sama lain dan PAS hari ini berkata yang mereka ingin menjadi driving force of Pakatan Rakyat.


Allah maha Mengetahui, dulu PAS menuduh UMNO kafir kerana bersama sama dengan MIC dan MCA dalam BN, hari ini tuduhan tersebut berbalik pada mereka, malah lebih dasyat lagi bila yang bersama dengan PAS adalah satu2nya parti yang pernah menyatakan langkah mayat mereka dahulu sekiranyan PAS igin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tapi apa nak di hairan kan kalau Maha Guru PAS ada mengatakan sanggup berkawan dan meminta pertolongan hatta dengan syaitan sekalipun bagi menjatuhkan UMNO dan hari ini perjuangan dan laugan PAS untuk sebuah negara Islam dan hukum Islam sudah pudar dalam perjuangan mereka dan hari ini mereka lebih kepada untuk memperjuangkan untuk menghapuskan parti orang melayu saudara Islam mereka....Takbirrr!!!

No comments:

Post a Comment