Followers

Saturday, June 13, 2009

Pemuda UMNO sambut baik minat Pas bekerjasama

KUALA LUMPUR 12 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pendirian parti Pas yang masih menunjukkan minat untuk berbincang dan bekerjasama dengan UMNO bagi pembentukan kerajaan perpaduan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu melihat kerjasama itu masih boleh diteruskan walau apa pun syarat yang diletakkan Pas.

"Saya harap sebarang isu yang negatif tidak menjadi syarat yang menghalang usaha UMNO dan Pas itu sebaliknya ia boleh dibincangkan secara positif," katanya semalam.

baca lagi

" Saya harap Pemuda UMNO tak perlu lah nak menunjukkan agresif yang tidak tentu pasal dalam hal kerajaan perpaduan yang di ilham kan oleh PAS ni, jangan sampai nak mencari publisiti konon ini adalah usaha Pemuda kalau berjaya membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS, walaupun bersyarat atau pun tidak, jangan suatu hari nanti pemuda akan di tertawakan dan akan di persalahkan pula, sekiranya berlaku turn over.Sepatutnya pemuda hari ini lebih agresif kepada bagimana nak pertingkat usaha untuk mengembalikan keyakinan pemuda kepada kerajaan dengan pelbagaikan lagi usaha bagi menarik pemuda.

Bagi saya kononnya PAS harus melaksanakan perpaduan bagi menunjukkan kepada rakyat yang kononnya kerjaan BN yang di terajui oleh UMNO kini dah lemah. Selama kerajaan BN memerintah kononnya telah mejadikan Negara dalam keadaan tidak aman dan stabil dan kemajuan negara sekarang mengalami kehancuran.

Bagi saya kerajaan perpaduan sekarang dalam BN adalah yang terbaik dan kita harus meneruskan perpaduan yang berada di dalam Pakatan BN bukan dengan mereka yang berkepentingan, tak akan lah Pemuda tak nampak bagaiman PAS sanggup bersama mereka yang menidakkan Islam dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mendapat tempat untuk berkuasa sahaja? so pada khairy dan para exco nya fikir lah elok2.....

No comments:

Post a Comment