Followers

Wednesday, June 24, 2009

‘Jangan pandang rendah BN’

PUTRAJAYA: “Jangan pandang rendah terhadap sokongan yang kita (Barisan Nasional) ada. Kita masih kerajaan majoriti ketika ini,” tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.baca lagi


Saya berharap dan merasakan sepatutnya kepimpinan UMNO dan BN berhentilah dari bercakap mengenai keikhlasan, keperluan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang, adalah lebih baik kerajaan BN tumpukan agenda kepada rakyat, jangan terikut ikut dengan rentak PAS dan PR, bimbang rakyat juga akan meluat dengan kerajaan BN.

Walaupun idea PAS ke UMNO ke atau idea siapa sahaja, parti pembangkang akan tetap menupulasikan kenyataan dan kerajaan BN tetap akan menjadi bahan dari idea busuk mereka, percaya lah, hari mereka sedang bercakap, "tengok pemimpin UMNO dan BN mula kalut, kita baru bagi idea dah seronok, ini semua nak menunjukkan kerana BN dan UMNO ada masaalah untuk memimpin negara"....

Maka Tan Sri dan Pemimpin UMNO henti hentikan lah bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai kerajaan perpaduan, bercakaplah mengenai kemajuan dan perancangan untuk memajukan bangsa agama dan negara.