Followers

Monday, June 1, 2009

Kemenangan PKR Tidak Bayangkan Penerimaan Sepenuhnya

BUKIT MERTAJAM, 31 Mei (Bernama) -- Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.
baca lagi

" kemenagan PKR adalah kemenagan perbuatan mereka sendiri, kita dah jangka, hanya retorik kononnya mereka adalah parti yang sekarang ini di terima rakyat. Bagi saya hanya segelintir rakyat yang sahaja termakan dengan tipu helah PKR, kerana ramai lagi rakyat di Penanti tidak mudah kena tipu dengan mainan politik kotor PKR, saya juga percaya mereka yang mengundi ini buak lah penyokong tegar PKR, tetapi rakyat Penanti yang terpaksa kena menjalankan kewajipan mereka,maka satu satu nya symbol parti yang nampak glomar di atas kertas mengundi adalah si mata satu, maka suka tak suka kena lah pangkah, apa pun saya igin mengucapkan syabas lah kepada rakyat Penanti kerana telah menjalankan kewajipan mereka sebagai rakyat.

No comments:

Post a Comment