Followers

Tuesday, June 16, 2009

Khalid: PAS keluar arahan tutup mulut

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan.

"Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
baca lagi

" Saya dan jangka perkara seperti ini akan berlaku, mereka akan mencari kesalahan dari UMNO, Saya rasa lebih elok kalau kita juga tutup saja cerita nak wujudkan kerjaan perpaduan, di peringkat PAS sendiri kita tidak nampak keikhlasan, bagi saya cerita kerajaan perpaduan ini tidak lebih hanya seperti gimmik politik PAS untuk melihat sokongan ahli ahli mereka yang kini saya percaya sudah mula kucar kacir selepas PRU 12 apabila PAS berada di dalam Pakatan Rakyat. Kalau kita lihat sendiri di Muktamar mereka yang lepas kebanyakan laungan untuk sebuah negara Islam dan Hukum Islam kini telah nampak pudar hanya kerana untuk menjaga hati DAP yang mereka tahu satu satunya parti yang menolak perjuangan mereka dan PKR yang satu satu nya parti yang menolak perjuangan ketuanan melayu dan saya percaya ini tidak di senangi oleh penyokong mereka.

Di merata tempat kini penyokong PAS sudah hilang punca, kalau dulu mengkafirkan dan mermurtadkan rakan seagama yang berada dan menyokong kerajaan BN adalah menjadi agenda mereka dalam menarik sokongan rakyat, tapi hari ini mereka akan terasa panas bontot kalau kita bertanya semula kepada mereka tidak kafir atau murtad ke PAS kini bersama DAP? Kalau dulu mereka boleh berjam jam dudok mengeteh berdebat dengan kita tapi hari ini kalau berjumpa dengan dengan kita, duduk dah terasa tidak selesa dan akan mencari alasan untuk pulang lebih awal hanya kerana bimbang kena pulang paku buah keras...

No comments:

Post a Comment