Followers

Thursday, June 25, 2009

Islam Fobia

Saya terpanggil untuk bercakap mengenai Islam Fobia yang di perkatakan oleh Nik Aziz, siapa yang Fobia dan siapa yang telah mengfobiakan Islam selama ini, adakah Nik Aziz perasan atau tidak yang mana selama ini PAS merupakan satu satunya Parti yang konon kononnya berjuang untuk sebuah negara Islam dan Hukum Islam.

PAS sebelum bergabung dengan parti parti lain dengan begitu agresif telah menjadikan agama Islam sebagai teras perjuangan, malah perjuangan Islam PAS amat menakutkan, bukan shaja orang bukan Islam malah orang Islam sendiri bimbang dengan cara perjuangan PAS.

Bermula dengan episod caci mencaci dan memaki hamun sesama islam, kafir mengkafir sesama islam, boikot memboikot sesama islam hingga lah berlaku kehancuran bukan sahaja di peringkat rakyat dan masyarakat malah merosakkan institusi kekeluargaan dan persaudaraan Islam, PAS menanamkan sikap benci terhadap orang bukan Islam.

Kita jangan lupa bagaimana, apa yang PAS perjuangan kan telah menyebabkan suami dan isteri bergaduh hanya kerana lain kefahaman politik, anak disisihkan dari keluarga, majlis kesyukuran sesama islam di pulaukan hanya kerana lain pegangan politik, sembelihan, pernikahan yang di sempurnakan oleh ulama dan Imam UMNO tidak sah, kita jangan lupa siapa yang mengadakan sembahyang dua imam dalam satu masa.

Tapi hari ini PAS bersama dengan DAP satu satunya parti yang perlembagaan dan perjuangan mereka yang terang terang menolak islam dan akan terus menolak islam, walaubagimanpun DAP tidak pernah fobia dengan Islam, selama berada di Malaysia, DAP tidak pernah menyuarakan bantahan yang amat sangat terhadap kepimpinan UMNO dalam melaksanakan Islam di Malaysia.

Makanya PAS lah yang telah menfobiakan rakyat dengan islam yang agresif yang di bawanya dan fobia ini bukan dapat di rasakan oleh DAP dan rakan rakan agama lain, malah rakyat yang beragama islam di Malaysia mahupun negara yang berjiran terasa bimbang dengan perjuangan agresif PAS.

Kita jangan lupa bagaimana UMNO telah di kafirkan hanya kerana satu pelembagaan dan juga hanya kerana bersekongkol dengan MIC dan MCA dalam BN, kita jangan lupa dan jangan jadi mudah lupa.