Followers

Sunday, July 5, 2009

Pemuda Umno 'ganas'????

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN pembangkang, malam tadi.

Saya rasa dan berharap agar Pemuda UMNO jangan terikut-ikut dengan cara atau perilaku seperti yang di buat oleh pemuda PAS PKR dan DAP, biarlah mereka sahaja yang monopolikan keganasan, bukan UMNO, kerana UMNO sememang nya telah di kenali dengan perilaku yang berhemah dalam perjuangan, kerana perjuangan yang berhemahlah, maka UMNO sehingga kini masih mengekalkan satu-satu nya parti siasah orang-orang melayu yang masih memerintah negara, saya percaya provokasi-provokasi awal semmemangnya di cetuskan oleh pihak PAS dan DAP, bukan kita menidak kan apa yang sudah berlaku tetapi kita mesti juga meneliti peringkat awal kejadian.

Walaupun saya tidak berada di tempat kejadian, tetapi saya memberi komen berdasarkan track rekod pembangkang dalam mereka menangani isu isu yang berbangkit, malah cara tindakan mereka yang ganas telah merugikan pelbagai pihak, termasuk negara malah kalau kita lihat yang terbaru bagaimana mereka menyerang instiusi beraja, secara seikologi secara mental, dengan mengunakan semua ruang yang ada, mungkin mereka tidak sedar bahawa itu juga adalah berbentuk kegaganasan.

Maka kepada pembaca apa sangat lah kalau setakat pecah sebuah meja yang tidak kita tahu kesahihannya, walaupun di akui, kalau nak di bandingkan dengan memecahkan belahkan umat-umat melayu.