Followers

Saturday, July 18, 2009

Di sebalik kematian Teoh Beng Hock

Apa yang sebenarnya berlaku? pertanyaan yang hanya boleh di jawab oleh mendiang Teoh Beng Hock, tapi pekara yang mustahil, orang yang sudah mati mana boleh menjawab, tapi oleh kerana itu yang hidup terpaksa menjawab untuk mendiang.

Pelbagai spekulasi dan andaian kini yang kita dengar, bermula dari penulis blog Raja Petra yang membuat adaian cara penyiasatan SPRM yang menjadi punca kematian, dan blog yang anti kerajaan menyalah kan UMNO dan BN yang ada konspirasi, walaupun bila difikirkan secara rasionalnya apa pula kepentingan politik BN dalam kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Andaian saya kematian Teoh Beng Hock sebenarnya adalah menunjukkan kepada kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri. mereka ingin menutup segala tembelang yang telah mereka lakukan, cakap tak serupa bikin, maka penyiasatan terhadap tujuh(7) ADUN DAP terhadap kes salah mengunakan peruntokan rakyat akan terbantut, rakyat kini beralih kepada kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, bijak sungguh permainan DAP, dan semua akan mengambil kesempatan dari kematian mendiang Teoh Beng Hock, termasuk lah Anwar.

Kita orang Islam tahu, membunuh diri adalah suatu perbuatan yang di larang dalam Islam dan mati itu adalah perjalanan terakhir bagi orang Islam sementara menunggu kebangkitan di alam barzakh, tapi bagi orang penganut agama lain kematian adalah bukan jalan terakhir, mereka percaya akan di hidupkan atau di lahirkan semula, sebab itu kalau kita lihat penganut agama lain akan memilih jalan mati sekiranya mereka berada di dalam situasi yang tertekan atau mempunyai masaalah. Saya percaya ini jugalah yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock,

Maka saya menyeru kepada semua orang melayu, saudara Islam khususnya yang berada dalam PAS dan PKR agar berfikirlah secara rasional jangan hanya kerana dasar perjuangan pakatan yang di menterai oleh mereka yang gila kuasa dan terpaksa mengadaikan maruah perjuangan parti yang tidak tahu sampai kemana hala tuju, dan kita terpaksa mengadai kan persaudaraan hanya kerana ingin menyokong secara melulu kepada satu prinsip kononya setia kawan, walhal orang melayu PAS dan PKR tahu kedudukan yang sebenarnya apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik kematian mendiang Teoh Beng Hock.

No comments:

Post a Comment