Followers

Tuesday, July 28, 2009

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.
baca lagi

Saya mengambil kesempatan ini juga ingin menyokong penafian yang di buat oleh Nik Aziz, memang saya saya nafi sekeras-kerasnya dan malah sememang saya tak percaya langsung dan memang saya tak percaya dengan Nik Aziz, sebagaimana dengan Nik Aziz yang boleh atau terpaksa berkawan dengan syaitan maka tidak mahulah pula saya katakan yang saya lebih percaya pada syaitan pula untuk menunjukan tidak percaya saya pada Nik Aziz. mungkin Nik Aziz saya jatuhkan nombor dua dari syaitan. maka kepercayaan wajib dan harus saya adalah lebih kepada janji-janji Allah SWT bukan Nik Aziz yang boleh menghukum sesama manusia, Nik Aziz bukan maksum pun.

Saya pun kadang-kadang hairan apa kelebihan PAS khususnya pemimpin mereka sehingga kita kena menghulurkan tangan, sedangkan kita tahu yang mana mereka-mereka ini mati hidup balik pun tidak akan menyambut tangan kita kalau sambut pun belum tentu ada keikhlasannya, kehairanan saya lebih memuncak oleh sikap pemimpin UMNO adakah dengan berjabat tangan dengan PAS adakah menjadi keutamaan kini.

Saya rasa hentikanlah gimmik-gimmik untuk berjabat tangan dengan pemimpin PAS , maka kepada mereka-mereka yang cuba mengaturkan atau ada consultant atau tender yang menjurus kepada yang kononnya untuk membina jambatan hatta cukup dengan berjabat tangan di antara pemimpin PAS dan UMNO harap berhentikan sahaja, kerana impaknya adalah kepada UMNO, kita hulur tangan pada ahli-ahli PAS dan UMNO adalah lebih molek lagi kerana ahli-ahli PAS dan UMNO adalah penentu, kepada pemimpin UMNO jangan lah membazir hanya kerana sebuah salaman, kita wujudkan program budaya salam dengan ahli-ahli PAS dan UMNO di peringkat akar umbi, ada masanya kita kena tangkap ekor untuk melemahkan kepala.

No comments:

Post a Comment