Followers

Sunday, July 5, 2009

Teraniaya dan terpedaya


Hari ini kita di kejutkan lagi dengan pembabitan pelajar pelajar dari universiti yang membuat provokasi terhadap isteri Perdana Menteri, semua ini tercetus apabila penulis laman blog tersohor mereka Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan pembuhuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa klip video yang lebih kepada masaalah dalaman keluarga yang di perbesar besar oleh mereka yang terasa tersisih dalam keluarga dan tidak di beri perhatian oleh beliau.

Saya cuma ingin memberi komen mengenai pembabitan pelajar-pelajar yang boleh lah kita sifat mereka-mereka ini telah di aniaya oleh mereka mereka yang berada di sekeliling mereka dengan memberikan, menanamkan perasaan benci yang amat sangat kepada individu, pada hal mereka mereka ini sepatutnya di tanamkan dengan sikap cintakan umat dan saudara Islam.

Adakah dengan menconteng dinding, menyimbah minyak ini pratikal ke dengan status kita sebagai seorang pelajar universiti? tidak ada pendekatan lain ke yang lebih berhemah yang lebih mencerminkan kita ini pelajar sebuah universiti, bukankah banyak lagi ruang, pentas yang boleh di gunakan bagi menyuarakan sesuatu pekara dan pendapat.

Kepada pelajar-pelajar yang terbabit, berbaliklah semula kepada nawaitu kita, jangan hampakan keluarga yang berharapkan seorang anak yang berjaya di masa kan datang, tinggalkan dahulu pekara pekara yang boleh menjejaskan masa depan, masa masih panjang lagi, suatu saat masa akan merubah segalanya, manusia tak kekal. Jangan kita terpedaya dan di perdayakan oleh mereka yang berkepentingan diri semata-mata demi sebuah kepuasan yang belum tentu.