Followers

Wednesday, July 8, 2009

Ibu bapa marah pagar tabika dikunci lagi

MURID Tabika Kemas Taman Samudera, Gombak duduk
beralas surat khabar lebih dua jam kerana pintu pagar
dikunci pihak tidak bertanggungjawab, semalam.



KUALA LUMPUR: Seramai 43 murid Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Samudera, Gombak, di sini menunggu lebih dua jam di pintu pagar, semalam, selepas ia dikunci seorang wanita yang mendakwa mendapat arahan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
baca lagi


"Doa orang yang terinaya akan di makbulkan Allah SWT, ketabsuban berpolitik oleh ahli parti PAS sehingga sanggup membelakangi moral kehidupan sebagai orang Islam yang yang sentiasa berhemah tinggi yang sentiasa ada sifat kasih sayang kepada sesama manusia sebagaimana yang dituntut oleh agama tidak ada dalam perjuangan PAS. hanya kerana perbezaan politik sehingga kita sanggup bermusuhan di atara sama kita.


Perjuangan UMNO tidak sampai tahap pulau memulau, tapi kalau kita lihat di mana mana kawasan PAS memulaukan diri mereka sendiri, UMNO sentiasa berbuat baik dengan siapa sahaja dari azali penubuhan UMNO, malah UMNO sentiasa mnghulurkan tangan untuk mengeratkan tali siratulrahim.
Hal hal seperti ini lah yang harus di perbetulkan oleh PAS.


Anak-anak adalah amanah Allah SWT, kita harus memberi pendidikan yang terbaik buat mereka, tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka juga akan berusaha unutk memastikan anak anak mereka juga mendapat ilmu, kewujudan KEMAS adalah untuk membantu golongan yang tersebut. Kita belum nampak PAS berusaha untuk membantu golongan tersebut atau mencipta modul untuk membantu golongan tersebut.


Sebenarnya PAS sentiasa cemburu dan dengki dengan perjuangan UMNO dalam memastikan anak bangsa berjaya dalam kehidupan, sama samalah kita berdoa bersama sama dengan anak anak yang terinaya ini, sebagaimana yang berlaku di Terangganu.

No comments:

Post a Comment