Followers

Sunday, July 5, 2009

Nik Aziz Berhasrat Jumpa Najib Sebelum Berdebat

KOTA BAHARU, 5 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat dengan Perdana Menteri menjadi kenyataan.


" Kita dapat lihat hari ini kekalutan demi kekalutan yang telah Nik Aziz lakukan, mengkafir sesama Islam, memaki hamun sesama Islam, menuduh membuat fitnah, bercakap tanpa ada fakta, ikut sedap mulut, maka nilai-nilai keperibadian sebagai seorang ulama tergadai hanya kerana dengki dan iri hati dengan kejayaan sesama Islam, demi untuk kuasa dunia.


Hari ini untuk menutup kelemahan yang ada pada diri yang di rasakan sebagai ulama tersohor di kelantan, maka permohonan untuk berdebat pula diluahkan, berdebat dengan bertujuan untuk menyatakan kepada rakyat yang mana kononnya PAS masih lagi perjuangkan sebuah negara Islam dan Hukum Islam, nak memberitahu rakyat yang mana PAS berada di landasan yang betul bilamana berkongsi kuasa bersama sama dengan parti DAP dan PKR.

Perdebatan kononnya berkisar kenapa UMNO tolak Islam?....Rakyat yang lemah mental seperti beliau sahaja yang boleh melihat dan merasakan yang UMNO menolak Islam, saya percaya masih ada ramai penyokong beliau yang mental tidak selemah beliau. Dunia mengiktirafkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, malah pemimpin kita dari kalangan UMNO telah di lantik di tempat yang tertinggi didalam pertubuhan Islam sedunia, saya juga adalah orang UMNO dan syukur alhamdulillah saya masih lagi boleh merasakan Islam tetap di perjuangkan. laungan Allah Maha Besar sentiasa berkemundang setiap waktu untuk menunaikan solat.